Kapal yang dikendalikan oleh syarikat eksplorasi dasar laut Ocean Infinity itu telah bertolak dari pelabuhan Fremantle ke lokasi pencarian pada Isnin (12 Februari).
Sebelum ini, Seabed Constructor dilaporkan mematikan transponder lokasinya selama tiga hari dan mencetuskan pelbagai spekulasi.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun menepis segala khabar angin dengan menegaskan kapal itu berada dalam keadaan baik.
Katanya, ia hanya berhenti seketika untuk mengisi minyak seperti yang dijadualkan.
Namun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh wakil firma swasta Ocean Infinity mengenai perkara itu sehingga hari ini.
BACA: Kapal pencarian MH370 'hilang', muncul selepas tiga hari
BACA: MH370: Will conspiracy theories put to rest tomorrow?
BACA: Dakwaan penemuan baharu MH370 bakal terjawab esok?
BACA: Kapal cari MH370 'hilang' dari radar? Tunggu kenyataan Ocean Infinity - Azharuddin
Bulan lalu, kerajaan Malaysia mengupah Ocean Infinity untuk mengetuai misi baharu pencarian bagi pesawat yang hilang sejak 8 Mac 2014 itu.
Kapal pencari Seabed Constructor menggunakan dron bawah air berteknologi tinggi menampung pencarian di kawasan baru berkeluasan kira-kira 25,000 kilometer persegi di Lautan Hindi.
Lokasi pencarian telah menjangkau sejauh 7,500 kilometer persegi setakat Isnin.