Harapan masih sama agar penantian selama lebih setahun itu berakhir dengan khabar gembira.
Bagi Maira Elizabeth Nari, penemuan bangkai pesawat di Pulau La Reunion, berhampiran Madagascar merupakan satu perkara yang mendebarkan.
"Sebab sudah setahun perkara ini berlalu. Jadi saya rasa sudah tiba masanya mungkin. Kami sudah lama menunggu," jelas Maira ketika dihubungi pada Khamis.
Sejak dilaporkan terputus hubungan pada Mac tahun lalu, pasukan pencari dan penyelamat tidak menjumpai serpihan pesawat MH370, kejadian yang dianggap misteri dalam sejarah penerbangan.
BACA:Serpihan di Pulau Reunion milik MH370? Apa yang diketahui setakat ini
BACA : Masih terlalu awal untuk buat spekulasi serpihan ditemui milik MH370 - Najib
MH370: 'Saya sudah masak dengan drama murahan sebegini' - Waris
Kehilangan pesawat berkenaan membingungkan penyiasat dan menyebabkan ahli keluarga serta waris masih tercari-cari jawapan.
Kerajaan Malaysia kemudiannya mengisytiharkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal yang berada di dalam pesawat berkenaan telah terkorban.