Selepas pesawat MH370 disahkan mengakhiri perjalanannya di Lautan Hindi Selatan, operasi mencari kini diutamakan untuk memastikan objek-objek yang dijumpai adalah milik pesawat tersebut.

Bagi memastikannya, objek ini perlulah dibawa ke darat terlebih dahulu dan sebuah pelabuhan di Perth iaitu Pelabuhan Fremantle bakal menjadi tumpuan jika objek tersebut dinaikkan ke darat.

Tentera Udara Diraja Australia sebelum ini telah pun melaporkan penemuan beberapa objek di kawasan pencarian di Lautan Hindi Selatan.

Menurut Jurucakap Pelabuhan Fremantle, Ainslie De Vos, Pelabuhan Fremantle boleh menyediakan segala kemudahan yang dikehendaki bergantung kepada keperluan pihak berkuasa.

Freemantle
Pelabuhan Fremantle di Perth bakal menjadi tumpuan jika objek tersebut dinaikkan ke darat.

Untuk tujuan pengesahan sama ada objek berkenaan ada kaitan dengan pesawat MH370, proses pengecaman perlu dilakukan terlebih dahulu.

Objek yang berjaya dijejaki akan diangkut menggunakan kapal dan dibawa ke pelabuhan berhampiran seperti Pelabuhan Fremantle ini sebelum ianya diteliti pasukan penyiasat.