Susulan misteri yang menyelubungi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu, populariti bekas Ketua Juruterbang Penerbangan Serantau MAS, Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain turut meningkat.
NIk Huzlan yang mempunyai pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam bidang penerbangan merupakan ahli panel yang sering dijemput oleh Astro AWANI untuk berkongsi pandangannya untuk masyarakat memahami apa yang sebenarnya mungkin berlaku kepada pesawat Boeing 777- 200 itu.
Mungkin ingin mengambil kesempatan daripada popularitinya, sebuah laman peminat tiba-tiba muncul di Facebook atas nama Kapten Datuk Nik Ahmad Huzlan.
Nik Huzlan dalam satu kenyataan di Facebook rasmi beliau menafikan terlibat membuka laman peminat itu dan mengaku beliau tidak ada kena-mengena serta tidak pernah menulis apa-apa di laman itu.
"Ini boleh menimbulkan salah faham bagi sesiapa yang melawat page tersebut. Saya juga mendapati ada sejumlah gambar peribadi saya yang telah diposkan. Saya kurang selesa dengan keadaan itu," tulisnya.
Walau bagaimanapun, Nik Huzlan berterima kasih kepada orang yang membuka laman itu yang beliau percaya dilakukan dengan niat yang baik.
"Saya hanya ada satu laman FB yang dulu dinamakan XR Rider, dan baru ditukarkan kepada nama "Nik Huzlan"," katanya lagi.
Beliau juga berharap pihak yang membuka laman peminat itu dapat berhubung segera dengan beliau
"supaya isu ini dapat diselaraskan dengan sebaik mungkin."
Dalam diskusi terbaru dengan Astro AWANI, Nik Huzlan mengulas mengenai salinan transkrip komunikasi 54 minit terakhir antara pesawat MH370 yang hilang pada awal pagi 8 Mac dengan menara kawalan yang didakwa diperolehi akhbar The Telegraph.
Beliau menganggap transkrip itu, berdasarkan pengalamannya jadi juruterbang, sebagai meragukan dan satu 'jenaka'.
Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang bersama 12 anak kapal hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam penerbangan menuju ke Beijing.
Astro Awani
Mon Mar 24 2014
Kapten Datuk Nik Huzlan Nik Hussain (kiri) ketika menjadi tetamu program Agenda AWANI
Isteri pemimpin Syria yang digulingkan dilapor hidap leukemia kronik
Asma al-Assad sedang diasingkan untuk mencegah jangkitan dan tidak boleh berada di dalam bilik yang sama dengan individu lain.
Pantau Agenda Reformasi: Ombak yang mengubah Aceh
Dua dekad tsunami 2004, namun kenangan dan kesannya masih terasa di seluruh dunia. Bagaimana tragedi ini mengingatkan kita tentang kekuatan alam dan pentingnya solidariti global dalam menghadapi bencana? Adakah kita telah belajar dan memperkuat sistem mitigasi bencana melindungi nyawa dan komuniti di masa depan?
Sudah merdeka 67 tahun, masih ada kekurangan penguasaan bahasa kebangsaan - DBP
Walaupun negara sudah merdeka selama 67 tahun, isu penguasaan bahasa kebangsaan masih menjadi antara isu utama dalam kalangan masyarakat.
Jumlah jualan kenderaan baharu dijangka turun kepada 755,000 unit pada 2025 - CIMB Securities
Penurunan itu dipengaruhi beberapa faktor seperti penyasaran subsidi petrol RON95 dan semakan semula kaedah perkiraan nilai pasaran terbuka.
Usaha perlu diperkasa eratkan hubungan China-Jepun - Wang Yi
Wang Yi berkata, kedua-dua pihak perlu menjana impak sosial dalam suasana proaktif, terutamanya menyokong pertukaran antara kumpulan pemikir.
Temui karakter kandungan Astro di Home Of Kids
Astro selaku syarikat peneraju kandungan dan hiburan membawakan semula Home of Kids, sebuah acara yang membawa pengalaman riang kepada kanak-kanak dan seisi keluarga.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
Tsunami 2004: Selepas 20 tahun, trauma masih menghantui
Warga Kuala Muda yang menjadi mangsa tragedi tsunami 2004 berkongsi kisah ketika hari kejadian dan bagaimana sehingga ke hari ini trauma itu masih menghantui mereka.
Indonesia bunyikan siren, kenang 20 tahun tragedi
Bagi memperingati lebih 220,000 mangsa terkorban dalam bencana tsunami yang melanda negara-negara sekitar Lautan Hindi 20 tahun lalu, siren dibunyikan di sebuah masjid di banda Aceh, Indonesia, pagi ini.
38 disahkan terkorban dalam nahas pesawat Azerbaijan Airlines
Antara mangsa, 23 daripada 37 adalah warga Azerbaijan yang berada di dalam pesawat, maut, manakala 14 lagi selamat.
Sebarang usaha tanam bibit pertentangan kaum mesti dielakkan - PM Anwar
Sebarang usaha menanam bibit dan gejala memicu pertentangan kaum di negara ini mesti dielakkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
'Sejarah akan tercipta' - Konsert TRIAD bakal lakar nama dalam MBOR
Tiga kumpulan ikonik itu yang pernah dikemudi Awie ialah Wings, Search Kid Din, dan Dragon Malaya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ireland denda Meta 251 juta euro atas pelanggaran data Facebook
Pelanggaran itu disebabkan oleh kelemahan dalam fungsi muat naik video pada ciri 'View As' Facebook, yang mendedahkan data peribadi sensitif.
Tiga individu kerugian lebih RM5.4 juta terperdaya love scam, phone scam
Dua wanita dan seorang lelaki berputih mata selepas masing-masing terperdaya dengan sindiket Love Scam dan Phone Scam, mengakibatkan kerugian lebih RM5.4 juta dalam tiga kes berasingan.
56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan hingga 1 Disember - Teo
Sebanyak 56,294 kandungan berunsur penipuan diturunkan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak Januari hingga 1 Dis lepas.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.