Bayangkan, anda dan pasangan anda berkasih sayang bertahun-tahun. Setiap masa dihabiskan bersama, setiap perkara dibincang dan difikirkan bersama. Dialah segala-galanya dalam hidup anda.
Namun satu hari, si dia tiba-tiba tiada lagi di sisi anda.
Tiada penjelasan, tiada sebab, juga tiada petanda akan pergi. Hilang begitu sahaja tanpa sepatah kata.
Tentunya kotak fikiran akan dihantui banyak persoalan.
Ke mana dia pergi? Kenapa dia pergi? Apa yang terjadi sebenarnya?
Mungkin itu perumpamaan yang paling mudah untuk difahami bagi menggambarkan perasaan ahli keluarga penumpang dan kru penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang dari radar pada 8 Mac 2014.
Empat tahun berlalu, penantian Grace Subathirai Nathan seolah-olah tidak berpenghujung. Galau di hati tidak mampu disingkir, mengenang ibu tercinta, Anne Daisy, yang turut sama hilang bersama misteri yang sehingga kini belum terungkai.
"Mudah untuk orang ramai bercakap. Kata mereka, move on. Sudah empat tahun, nak tunggu apa lagi?
"Hakikatnya situasi kami tidak sama dengan orang lain. Kami kehilangan orang yang kami sayangi, tapi kami tidak tahu apa yang terjadi kepada mereka.
"Bagaimana kami mahu move on dan lupakan semuanya, jika 'penutup cerita' tiada, dan semua persoalan masih belum terjawab?" kata Grace.
Air wajah peguam muda ini sukar dibaca. Namun nada sugul terdengar jelas di telinga penulis.
BACA: Empat tahun MH370: Kehidupan diteruskan, namun harapan takkan padam
BACA: MH370: Empat tahun berlalu, rasa bagai baru sahaja berlaku
Berdepan realiti hidup tanpa ibunya, Grace mengakui segala-galanya cukup sukar. Bagaikan ada awan mendung yang sentiasa membelenggu hidupnya, membuatkan dia tidak mampu lagi tersenyum atau ketawa seperti dahulu.
"Ayah saya selalu keluar negara untuk urusan kerja, jadi saya dan adik rapat dengan ibu. Apa sahaja perkara, kami akan beritahu ibu dan minta nasihatnya.
"Ibu seorang yang periang dan sentiasa gembira. Itulah yang paling kami rindui, being with her and her happiness," bersahaja suaranya, namun sepasang mata Grace cukup untuk menceritakan beban kerinduan yang tidak terbendung.
BACA: Pencarian MH370 lancar, ikut perancangan
BACA: Apa jadi selepas MH370 dijumpai?
Lebih perit bagi Grace adalah apabila dia terpaksa melupakan impian untuk berbakti kepada ibunya selepas tamat belajar.
"Ketika pesawat itu hilang, saya sudah beberapa tahun berada di luar negara kerana belajar. Walaupun setiap hari kami berhubung, tetapi manalah sama dengan melihat dan tinggal satu bumbung dengannya.
"Kerana itu, setiap hari saya berdoa agar masa dipercepatkan, dapatlah saya segera tamat belajar dan pulang ke Malaysia.
"Remuk hati saya apabila mendapat tahu tentang tragedi itu. Sekarang saya terpaksa terima hakikat yang hidup saya dan keluarga tidak akan sama seperti dahulu lagi," katanya sambil memberitahu, sejak kehilangan dalam keluarganya itu, dia dan keluarga tidak sampai hati untuk menyambut Hari Krismas.
"Krismas sekarang hanya hari biasa untuk kami. Pokok Krismas juga kami tidak beli. Tiada lagi rasa teruja untuk menyambut hari perayaan," lemah sahaja tutur Grace, seolah-olah enggan terus diheret untuk mengimbas keriangan sambutan hari kebesaran penganut Kristian itu semasa ibunya masih di sisi.
Peredaran masa, kata Grace, membuatkan dia sudah lali dengan cakap-cakap orang, hatinya bagai sudah kalis dengan pelbagai soalan mengenai kehilangan pesawat itu.
Namun ada masanya, perasaan yang dididik agar sentiasa kuat, merintih jua. Apatah lagi apabila berhadapan dengan pandangan sinis masyarakat yang tidak faham mengapa dia dan ahli keluarga penumpang dan kru yang lain tetap mahu berjuang agar pencarian pesawat itu diteruskan.
"Pencarian itu bukan sahaja bagi mencari penutup bagi kami, tetapi lebih penting adalah mengetahui punca kejadian itu. Jika dibiarkan tanpa jawapan, ada kemungkinan tragedi seperti ini akan berulang lagi dan lebih ramai yang akan menderita apabila terpaksa melalui apa yang kami lalui kini.
"Saya takut sangat jika pencarian kali tidak berhasil, dan mereka akan menghentikan pencarian. That's my biggest fear.
"Jika itu terjadi, terpaksalah saya dan waris mangsa yang lain berusaha sendiri. Mungkin kami akan kumpul dana untuk meneruskan pencarian," katanya tegas.
MH370: Laporan pencarian kepada waris diberi setiap minggu - Liow
BACA: MH370: 'Mak tunggu kau nak, selagi hayat dikandung badan'
Lebih sejam meluangkan masa bersamanya, dapat penulis gambarkan betapa Grace enggan terus berharap adanya kesudahan yang baik untuk tragedi malang itu, sebaliknya dia hanya mahu semua soalan yang menghantuinya diberikan jawapan selayaknya.
Antara persoalan yang bermain di benak fikirannya, mengapa dan siapa yang bertanggungjawab?
Masa kata Grace, mengajarnya untuk bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. Baginya, jawapan, biarpun menyakitkan, lebih baik daripada dibiar tergantung tidak bertali.
"Saya sudah bersedia. Sudah empat tahun, saya perlu realistik. Tetapi jauh di sudut hati, masih ada terselit sedikit harapan walaupun ia mungkin hanya angan-angan.
"Macam mana perit sekalipun, saya sanggup menghadapinya. Sekurang-kurangnya saya tahu apa yang terjadi dan boleh mula untuk move on," ujarnya mengakhiri perbualan.
Madiha Abdullah
Wed Mar 07 2018
![MH370: 'Jawapan, biarpun menyakitkan, lebih baik dari tergantung tidak bertali' MH370: 'Jawapan, biarpun menyakitkan, lebih baik dari tergantung tidak bertali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/41520420009_GraceNathan.jpg)
Grace Nathan kehilangan ibunya, Anne Daisy, yang merupakan salah seorang penumpang MH370.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/71618796812_RussianEmbassy.jpg)
Rusia umum bakal usir 20 diplomat dari Republik Czech
Ia sebagai tindak balas Republik Czech yang menghalau 18 diplomat Rusia pada Sabtu.
![Banjir di Maran ibarat tsunami, paling buruk dalam tempoh 20 tahun Banjir di Maran ibarat tsunami, paling buruk dalam tempoh 20 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51609730088_banjirTamanMaran.jpg)
Banjir di Maran ibarat tsunami, paling buruk dalam tempoh 20 tahun
Penduduk Taman Maran Jaya mula membersihkan kediaman masing-masing dengan mengalihkan barang-barang rosak dibantu rakan sekerja dan keluarga.
![Banjir di pantai Timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia Banjir di pantai Timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/61609837159_Tinjauanudara.jpg)
Banjir di pantai Timur, Johor diramal tidak seburuk 2006, 2014 - MetMalaysia
Situasi banjir ketika ini khususnya di negeri-negeri pantai Timur Semenanjung dan Johor diramalkan tidak seburuk seperti sebelum ini.
![AirAsia Japan tutup operasi serta-merta AirAsia Japan tutup operasi serta-merta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71601894242_airasia.jpg)
AirAsia Japan tutup operasi serta-merta
Penutupan itu susulan impak besar COVID-19 serta larangan perjalanan yang menjejaskan permintaan penerbangan.
![Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/71597645725_ajai.jpg)
Saya sudah ada lagu untuk Sandra - Ajai
Menurut Ajai dia mula mengenali penyanyi tersebut pada satu program pada tahun 2014 sama seperti rakan juri, Dayang Nurfaizah.
![42 juta mesej dihantar melalui WhatsApp dalam tempoh seminit 42 juta mesej dihantar melalui WhatsApp dalam tempoh seminit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597714035_Whatsapp.jpg)
42 juta mesej dihantar melalui WhatsApp dalam tempoh seminit
Pengguna WhatsApp kini sudah mencecah 1.5 bilion atau kira-kira 59 peratus daripada keseluruhan populasi dunia.
![Ribuan sertai tunjuk perasaan kecam pemerintahan Prayut Ribuan sertai tunjuk perasaan kecam pemerintahan Prayut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/71595136920_BangkokProtest.jpg)
Ribuan sertai tunjuk perasaan kecam pemerintahan Prayut
Gerakan pemimpin mahasiswa tuntut tiga perkara iaitu adakan pilihan raya baru, pinda perlembagaan dan tamat ugutan terhadap pihak kritik pemerintah.
![Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/61582170494_950x600.jpg)
Kekebalan Israel mungkin berakhir, ICC bakal buka siasatan jenayah perang
Meskipun menerima serangan diplomatik dari Amerika Syarikat dan Israel, namun mahkamah tersebut tidak tunduk dengan ugutan berkenaan, lapor The Electronic Intifada.
![TVET fokus utama sambutan Hari Kemahiran Belia Sedunia - Reezal Merican TVET fokus utama sambutan Hari Kemahiran Belia Sedunia - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/81591410834_REEZALMERICAN.jpg)
TVET fokus utama sambutan Hari Kemahiran Belia Sedunia - Reezal Merican
Reezal Merican berkata, fokus itu mampu sedia peluang kepada belia yang dilengkapi dengan pelbagai kemahiran bertujuan pasaran kerja.
![Tata Sons mahu tamatkan usaha sama dalam Airasia India Tata Sons mahu tamatkan usaha sama dalam Airasia India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-06/51591790117_AirAsia.jpg)
Tata Sons mahu tamatkan usaha sama dalam Airasia India
Tata Sons berhasrat menamatkan usaha sama syarikat penerbangan tambang rendah dengan AirAsia Bhd.