KUALA LUMPUR: Dalam menghadapi hari-hari sukar berhadapan peristiwa pahit yang melanda negara kita, Islam mengajar umatnya agar sentiasa menerima ujian tragedi pesawat MH370 sebagai Qada’ dan Qadar dari Allah SWT.
Susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin mengenai nasib pesawat MH370, bekas Mufti Perlis dan Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memberikan pandangan dan menjawab persoalan apakah cara terbaik bagi mereka yang beragama Islam menghadapinya.
1. Bolehkah seorang Islam memberi ucapan takziah kepada orang bukan Islam?
2. Apa syarat-syarat solat jenazah ghaib untuk kes pesawat MH370?
3. Ada pendapat mengatakan, perlu tunggu sehingga satu tempoh masa untuk melakukan solat jenazah ghaib?
4. Apa peranan masyarakat dalam meringankan beban ahli keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370?
5. Dengan spekulasi dan tumpuan dari media asing, apa yang boleh Malaysia lakukan dalam menangkis pandangan negatif?