Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein percaya bahawa ada hikmah di sebalik tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.
Katanya meskipun saat ini merupakan saat yang paling sukar, namun ia memberikan hikmah supaya rakyat bersatu-padu mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.
“Ini memberikan hikmah terutama kepada rakyat Malaysia supaya bersatu padu tidak kira latar belakang. Kelmarin di Parlimen, pihak pembangkang telah sokong 100 peratus usul yang dibentangkan oleh Perdana Menteri.
“Kita tengok semua doakan tak kira agama mana... untuk pesawat,” kata Hishammuddin pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Rabu.
Selain itu, Hishammuddin turut menyifatkan sikap bersatu padu dalam memberikan sokongan kepada usaha pencarian MH370 itu telah menyuntik semangat kepada pihaknya untuk terus mencari serpihan yang berkaitan dengan pesawat tersebut.
Katanya dorongan itu dapat membantu mereka untuk terus memberi tumpuan kepada pencarian meskipun terdapat pelbagai spekulasi yang dicetuskan oleh pelbagai pihak.
Sementara itu, Hishammuddin berkata sejarah akan menjadi penentu usaha yang dibuat oleh Malaysia dalam menangani insiden ini.
Katanya tidak semua negara di dunia boleh mendapat bantuan sebanyak 26 negara seperti yang diterima Malaysia sekarang.
Katanya lagi, tidak semua negara boleh mendapat bantuan berupa pesawat canggih dari serata dunia.
“Apa yang kita lihat sekarang ialah usaha kerjasama dari segala sektor komuniti, tanpa mengira warna kulit, kaum dan agama,” tegas Hishammuddin.
Tambahnya dalam usaha pencarian yang sukar ini, ia boleh dikatakan sebagai satu pencapaian yang amat baik.
Haider Yutim
Wed Mar 26 2014
![MH370: Ada hikmah di sebalik tragedi, kata Hishammuddin MH370: Ada hikmah di sebalik tragedi, kata Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51395750914_295x200.jpg)
AWANI Pagi: Hidup bersama COVID-19
Jom ketahui semua info penting tentang “Hidup Bersama COVID-19”! Langkah, pengurusan kes, vaksin, dan banyak lagi bersama Dr Aznida Mohamad Zaki, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Awani Pagi Selasa, 8.30 pagi.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699450877_wang.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada jam 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.6695/6735 berbanding dolar US daripada 4.6725/6745 semalam.
YB Kinabatangan 'musykil' Ahli Parlimen PN pakai riben putih
Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin 'musykil' Ahli Parlimen Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) guna lilitan riben putih.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Penguasaan bahasa Inggeris, KPM buka ruang kepada pesara beri cadangan
"Kalau sukarelawan Singapura nak datang, kita alu-alukan. Kalau guru-guru bersara nak berkhidmat dengan kita pun kita alu-alukan," kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini? Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718169354_TBKimPanGon.jpg)
Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Kim Pan-gon dipercayai akan mengadakan sidang akhbar hari ini untuk mengumumkan peletakan jawatannya.
AWANI Ringkas: Syor ambil guru Bahasa Inggeris dari Singapura jadi tumpuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721098519_suspekbunuhNurFar.jpg)
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.
KPM teliti cadangan sukarelawan Guru Bahasa Inggeris dari Singapura
Sukarelawan berbentuk hubungan diplomasi yang dibiayai kerajaan Singapura bagi bantu tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid di kawasan miskin bandar dan luar bandar, kata Menteri Pendidikan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
Niaga AWANI: [Pasca IPO] Apa hala tuju Johor Plantations Group?
Johor Plantations Group (JPG) memperoleh RM735 juta daripada penyenaraiannya di pasaran utama Bursa Malaysia sejak 9 Julai lalu. Bagaimanakah pelan JPG untuk terus berdaya saing pada masa hadapan?
Impact of cloud complexity on cybersecurity risk and AI's role in this mix
Organizations who are adopting multi-cloud or hybrid cloud environments are having to navigate new complexities that emerge as they expand on cloud. As these cloud environments lead to the expansion of attack surfaces, a global survey conducted by Gigamon found that 93% of IT and security leaders predict cloud security attacks will increase this year.
![Bersatu padu demi keselamatan, perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar Bersatu padu demi keselamatan, perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51717136942_Anwar.jpg)
Bersatu padu demi keselamatan, perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar
Perdana Menteri tegaskan bahawa kita tidak boleh memandang rendah terhadap pihak-pihak tertentu yang mengancam keselamatan dan perpaduan negara.
![Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713086374_TBRAMANAN.jpg)
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
![Menteri Kabinet ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam Menteri Kabinet ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708504250_TBKABINETPUTRAJAYA.jpg)
Menteri Kabinet ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam
Beberapa menteri Kabinet berharap agar sambutan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri dapat mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai bangsa dan agama.
![Kembara Kenali Borneo tonjol kemuliaan peribadi sebenar individu - Agong Kembara Kenali Borneo tonjol kemuliaan peribadi sebenar individu - Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706371909_TBAgong.jpg)
Kembara Kenali Borneo tonjol kemuliaan peribadi sebenar individu - Agong
Kembara Kenali Borneo membuatkan Al-Sultan Abdullah menginsafi hakikat bahawa kemuliaan peribadi seseorang bukan diukur daripada harta, wang ringgit, pangkat mahupun darjat.
![Agong seru kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang bersatu Agong seru kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51576839607_Agong.jpg)
Agong seru kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang bersatu
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru barisan kepimpinan umat Islam di Pulau Pinang agar sentiasa bersatu padu.
![M For Malaysia: Cinta dua insan yang sudah berumur - Marina Mahathir M For Malaysia: Cinta dua insan yang sudah berumur - Marina Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41567686384_MforMalaysia.jpg)
M For Malaysia: Cinta dua insan yang sudah berumur - Marina Mahathir
Ia juga cinta rakyat Malaysia terhadap negara sendiri yang ingin membuat perubahan supaya lebih maju dan sebagainya.
![Tolak juga anasir perpecahan dalam agama, kaum sendiri - Guan Eng Tolak juga anasir perpecahan dalam agama, kaum sendiri - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/61566720583_JalurGemilang.jpg)
Tolak juga anasir perpecahan dalam agama, kaum sendiri - Guan Eng
Perpaduan dalam kalangan masyarakat mesti dikekalkan dan rakyat negara ini perlu bersatu hati menolak anasir perpecahan yang cuba ditimbulkan.
![Hari Malaysia: Semangat kesatupaduan rakyat amat penting - TPM Zahid Hari Malaysia: Semangat kesatupaduan rakyat amat penting - TPM Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61473207757_DSZahidHamidi.jpg)
Hari Malaysia: Semangat kesatupaduan rakyat amat penting - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu padu bagi menjaga kestabilan dalam negara.
![MH370: Ada hikmah di sebalik tragedi, kata Hishammuddin MH370: Ada hikmah di sebalik tragedi, kata Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-03/51395750914_295x200.jpg)
MH370: Ada hikmah di sebalik tragedi, kata Hishammuddin
Hishammuddin berkata ia memberikan hikmah supaya rakyat bersatu-padu mendoakan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat tersebut.