Polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk kemungkinan wujud unsur sabotaj terhadap semua insiden yang melibatkan Malaysia Airlines (MAS), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Ia ekoran insiden terbaharu melibatkan pesawat MAS MH192 yang membuat endaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal hari ini pada saat misteri kehilangan pesawat MAS MH370 masih belum terjawab, katanya.
"Kita akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk menyiasat semua perkara berkaitan," katanya dalam sidang media selepas pelancaran Persidangan Akademi Persatuan Polis Antarabangsa (Interpa) kali ketiga di sini hari ini.
Majlis tersebut dilancarkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Presiden Interpa Prof. Dr. Remzi Findikli.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan yang juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya Cawangan Khas Bukit Aman, untuk menyiasat sebarang kemungkinan berlakunya sabotaj terhadap MAS.
Pesawat MH192, yang bertolak ke Bangalore, India, dengan membawa 159 penumpang serta tujuh anak kapalnya melakukan pendaratan kecemasan selepas pesawat itu mengalami masalah pada gear pendaratan.
Pesawat itu yang berlepas dari KLIA pada 10.09 malam tadi dan mendarat dengan selamat pada 1.56 pagi ini.
Kecekapan juruterbang pesawat itu yang melakukan pendaratan dengan baik dan lancar mendapat pujian penumpang pesawat berkenaan.
Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu, pula hilang daripada radar kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac lepas ketika berada di Laut China Selatan. Ia dijadual mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Bernama
Mon Apr 21 2014
Pesawat Malaysia Airlines MH192 selamat mendarat di KLIA selepas mengalami kerosakan gear pendaratan. -Foto BERNAMA
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 November.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit
Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis Blok A di Gua Musang, Kelantan bergotong-royong membina rumah bangsal di atas bukit sebagai tempat pemindahan sementara ketika musim tengkujuh.
[TERKINI] Menteri minta MCMC keluar amaran banjir tanpa SMS
Menteri Komunikasi mengarahkan MCMC meneliti saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).
Warga China yang diculik di Lahad Datu Mei lepas diselamatkan
Pengurus syarikat ternakan ikan dalam sangkar warga China yang diculik lima lelaki bersenjata di Pulau Baik, Lahad Datu pada 6 Mei lepas berjaya diselamatkan polis awal pagi ini.
MH192: Polis siasat kemungkinan wujud unsur sabotaj
Polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk kemungkinan wujud unsur sabotaj terhadap semua insiden yang melibatkan Malaysia Airlines (MAS).
MH370: Polis rekod lebih 205 keterangan
Lebih banyak lagi yang akan dipanggil untuk membantu siasatan dan polis tidak akan mendedahkan hasil keterangan yang diambil bagi mengelakkan gangguan siasatan.
Suspek tembak Ketua Penguatkuasa JAIP antara 15 anggota 'Tuhan Harun' ditahan
Polis mengesahkan suspek yang menembak mati Ketua Penguatkuasa JAIP pada 10 Nov lepas kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun'.