Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan Malaysian Airline System Berhad (MAS) dan Malaysia Airlines Berhad (MAB) memfailkan pernyataan pembelaan mereka dalam saman yang difailkan waris kepada enam anak kapal pesawat MH17, sebelum 27 Julai.
Saman itu difailkan waris kepada enam anak kapal pesawat MH17 bagi menuntut ganti rugi berhubung kecuaian dan pelanggaran kontrak terhadap MAS dan MAB kerana kehilangan anggota keluarga mereka dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, 17 Julai 2014.
Timbalan Pendaftar Mohamad Shafiq Mohd Sazali menetapkan tarikh itu bagi kedua-dua defendan memfailkan pernyataan pembelaan itu ketika kes berkenaan disebut di dalam kamarnya hari ini dengan dihadiri peguam S. Malini mewakili kesemua plaintif dan Lai Wai Fong mewakili defendan.
Lai memberitahu media bahawa Mohamad Shafiq juga menetapkan 29 Ogos ini untuk pengurusan kes itu di hadapan Hakim Datuk Hue Siew Kheng.
Pada 2 Jun lepas, kesemua waris kepada enam anak kapal itu menyaman MAS dan MAB serta mendakwa MAS telah cuai kerana melaksanakan penerbangan MH17 di kawasan yang diketahui berada di bawah konflik bersenjata yang menimbulkan risiko bahaya dan kematian.
Mereka mendakwa kedua-dua defendan melaksanakan penerbangan kurang daripada 1,000 kaki atas ruang udara yang disekat dalam penerbangan itu iaitu ketinggian yang tidak digunakan oleh pesawat lain.
Plaintif mendakwa MAS juga telah cuai kerana menghantar dan melaksanakan penerbangan MH17 di bahagian paling utara Koridor Penerbangan Komersial Ukraine, gagal mempunyai apa-apa sistem penilaian risiko dan gagal mengambil kira ketidakstabilan berkenaan penerbangan di bahagian timur Ukraine.
Mereka juga mendakwa MAS telah melanggar kontrak dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan si mati, gagal memastikan terdapat kakitangan untuk penilaian risiko, anak kapal penerbangan dan kakitangan operasi.
Mereka juga menegaskan bahawa MAS dan MAB bertanggungjawab di bawah peruntukan Akta Pengangkutan Melalui Udara 1974, Konvensyen Montreal 1999 dan/atau Akta Undang-undang Sivil 1956 untuk kematian si mati.
Mereka memohon ganti rugi am untuk kesakitan dan penderitaan, ganti rugi khas, ganti rugi menurut Akta Pengangkutan Melalui Udara 1974, ganti rugi menurut Akta Undang-Undang Sivil 1956 dan ganti rugi bagi kecederaan psikiatri trauma, kejutan saraf dan gangguan tekanan trauma.
Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang dan anak kapal dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014.
Dipercayai pesawat Boeing 777 itu telah ditembak jatuh tetapi sehingga hari ini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab.
Bernama
Wed Jul 13 2016
Saman itu difailkan waris kepada enam anak kapal pesawat MH17 bagi menuntut ganti rugi berhubung kecuaian dan pelanggaran kontrak terhadap MAS dan MAB. -Gambar fail
Agenda AWANI: MoU peruntukan pembangkang gagal: Apa selepas ini?
Selepas MoU peruntukan pembangkang ini gagal, apa langkah seterusnya untuk memastikan kestabilan politik dan ekonomi?
MP PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa MoU itu antaranya mengandungi satu bab khusus mengenai isu bangsa, agama dan Raja-Raja, di mana Ahli-ahli Parlimen PN dilarang untuk bersuara mengenainya kerana menyentuh isu itu dianggap sebagai menyebarkan kebencian.
24 mangsa, tiga kanak-kanak diselamatkan
Bomba menyelamatkan 24 mangsa termasuk tiga kanak-kanak yang terperangkap akibat di Kampung Kubang Kayu, Bukit Kayu Hitam.
Malaysia raih dua emas, Mohamad Aniq lebur rekod kebangsaan di Fiji
Jaguh angkat berat negara Mohamad Aniq Kasdan merangkul pingat emas kategori 61 kilogram (kg) di Kejohanan Angkat Berat Komanwel 2024 di Suva, Fiji hari ini.
Banjir: Cuti pegawai, anggota bomba Kedah dibeku
Cuti hampir 800 pegawai serta anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dibekukan berkuat kuasa hari ini susulan situasi banjir di negeri ini.
Jumlah kumulatif kes MPOX (setakat 4 September 2024)
Untuk rekod, jumlah kumulatif global adalah sebanyak 103,898 kes. Asia dengan 5,403 kes.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat kerugian RM420,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Pencapaian Malaysia membanggakan, tapi jangan berpuas hati
Kerajaan tidak boleh berpuas hati walaupun kedudukan Malaysia dalam pelaksanaan matlamat pembangunan mampan (SDG) agak baik berdasarkan 248 indikator yang digariskan.
Tingkatkan siap siaga hadapi segala kemungkinan
Ibu bapa pantau keadaan anak sepanjang cuti persekolahan, terutama melarang bermain air ketika banjir.
200 rumah di Nibong Tebal hampir tenggelam
Lebih 200 rumah di lima kampung di Nibong Tebal, Pulau Pinang dinaiki air susulan hujan lebat.
Malaysia Airlines Bhd perlu ambil langkah drastik tarik minat pekerja mahir baharu - Anthony
Malaysia Airlines Bhd (MAB) perlu memastikan anak syarikatnya MAB Engineering Services mengambil langkah drastik untuk menarik minat pekerja mahir baharu.
Astro kolaborasi bersama MAB, komited cipta kandungan lebih inklusif
Datuk George Thomas berkata, inisiatif ini untuk mencipta lebih kesedaran dalam kalangan rakyat Malaysia agar lebih prihatin.
Malaysia Airlines guna RM1.3 bil, proses pemulihan beri petunjuk positif - Khazanah
Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menggunakan RM1.3 bilion daripada RM3.6 bilion modal yang diperuntukkan di bawah pelan pemulihan perniagaan syarikat penerbangan tersebut.
J-KOM, MAB jalin kerjasama tingkatkan pengehakupayaan komuniti OKU
Masyarakat OKU adalah antara kumpulan paling terjejas akibat penularan wabak COVID-19, sekali gus mengehadkan keupayaan mereka menghasilkan sumber pendapatan.
Malaysia Airlines dapat markah penuh bagi protokol keselamatan COVID-19
Menurut tinjauan itu, syarikat penerbangan nasional dianggap cemerlang dalam semua kategori, sehingga dianugerahkan tujuh bintang.
Malaysia Airlines tawar tiket bersubsidi untuk tingkatkan pelancongan domestik
Pelanggan boleh menuntut potongan harga sehingga RM200 untuk tambang Kelas Ekonomi dan Perniagaan Malaysia Airlines ke semua destinasi tempatan.
Malaysia Airlines, wajar dikekalkan atau tidak?
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, ada ahli politik dan ahli Parlimen berpendapat MAB adalah aset nasional yang memainkan peranan penting dalam membawa imej negara di persada dunia.
Malaysia Airlines teruskan misi bawa pulang rakyat
MAB telah jalankan sebanyak 218 penerbangan menyelamat dan membawa pulang mereka yang terbabit menerusi perkhidmatan berjadual dan sewa khas sejak Mac 2020.
Malaysia Airlines lancar program tingkat kemahiran, latih semula kakitangan
Malaysia Aviation Group (MAG) berkata pekerja itu terdiri daripada terutamanya juruterbang, kru kabin dan komuniti barisan hadapan yang lain.
"Malaysia Airlines sudah tidak boleh dibaiki" - Pakar
'Sejak 10 tahun lepas segala sokongan yang diberikan termasuk kewangan oleh Khazanah Nasional tidak berhasil'.