Malaysia terus komited mencapai dan mendapatkan keadilan untuk mangsa yang terkorban dalam insiden penembakan pernerbangan Malaysia Airlines MH17.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata Malaysia bersama-sama dengan Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) tidak akan menghentikan siasatan sehingga mencapai kesimpulan.
"Komitmen kami adalah kepada keluarga mangsa terkorban dan kami bersama-sama JIT akan terus mencari jawapan untuk mendapatkan keadilan.
"Kami sentiasa menyokong proses penyiasatan yang telus dan menyeluruh dan berharap orang ramai dapat tampil untuk membantu dalam proses ini serta terus memberikan bukti sokongan tambahan yang berkaitan dengan pihak yang bertanggungjawab.
"Ia sudah pastinya sukar bagi keluarga mangsa yang telah mencuba untuk 48 bulan. Tiada kata-kata lain yang boleh menggambarkan kesedihan mereka pada masa ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Kumpulan Tujuh Menteri-Menteri Luar (G7) mendesak Rusia untuk bertanggungjawab dan menjawab semua persoalan berhubung kes penembakan Penerbangan Malaysia Airlines MH17.
Menteri Luar Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Wakil Tinggi Kesatuan Eropah mengeluarkan kenyataan yang menggesa Rusia untuk bekerjasama dengan Belanda dan Australia.
Menurut kenyataan itu, G7 menyokong segala penyiasatan JIT yang diketuai Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.
"Kami menyokong sepenuhnya penyiasatan Pasukan Penyiasat Bersama yang diketuai Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.
"Kami memberi sokongan kami kepada Australia dan Belanda yang menyeru Rusia supaya mengambil tanggungjawab dalam insiden tersebut dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam mendapatkan keadilan bagi mangsa terkorban MH17 dan keluarga mereka," kata mereka dalam satu kenyataan.
Pada 17 Julai 2014, pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines tersebut dalam penerbangan dari Armsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di ruang udara zon konflik di selatan Ukraine.
Kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban.
Isabelle Leong
Tue Jul 17 2018
Malaysia terus komited mencapai dan mendapatkan keadilan untuk mangsa yang terkorban dalam insiden penembakan pernerbangan Malaysia Airlines MH17. - REUTERS/Michael Kooren
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.
MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium
MRT Corp menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 bilion.
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.
Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit pada waktu puncak
Ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek KVDT2 selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan.
MOT cadang tarif elektrik khas untuk sektor pengangkutan awam
Kementerian Pengangkutan mencadangkan tarif elektrik khas bagi sektor pengangkutan awam bagi mengurangkan beban pengusaha.
Malaysia, Singapura akan saling bantu bina hubungan dengan negara luar
Malaysia dan Singapura akan terus membantu antara satu sama lain membina hubungan lebih baik dengan negara luar.