Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk keluarga dan waris mangsa serta membawa balik jasad rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine, Khamis lepas.
Perdana Menteri berkata pasukan penyiasat Malaysia telah tiba di Kiev dan sedang mengurus aturan untuk memperoleh akses ke lokasi kemalangan, kira-kira 400km daripada ibu negara Ukraine.
"Beberapa pendekatan holistik perlu diambil dan difahamkan puak pemisah telah bersetuju mewujudkan satu laluan selamat untuk pasukan penyiasat menjalankan tugas di tapak nahas.
"Kami harap mereka akan berbuat demikian kerana ini adalah perkara serius dan mereka semua perlu menunjukkan belas kasihan kepada negara-negara yang terbabit serta mangsa-mangsa yang tidak bersalah," kata Najib dalam kiriman terbaru di akaun Facebooknya pada Sabtu.
Perdana Menteri berkata beliau juga telah meminta Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman untuk pergi ke Kiev secepat mungkin bagi memastikan pasukan penyiasat boleh melakukan tugas tanpa sebarang gangguan.
"Mereka (Liow dan Anifah) akan menyelaras dan memastikan tuntutan kami dipenuhi. Selain daripada logistik, ini adalah satu perkara geopolitik," katanya.
Najib berkata pengendalian kotak hitam penerbangan MH17 mesti mengikut undang-undang Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan proses mengambil alih kotak hitam mesti dilakukan oleh Malaysia selaku pemilik pesawat berkenaan.
"Apabila menemui waris dan ahli keluarga mangsa, kami memahami perspektif masing-masing sebagai satu unit keluarga. Ia merupakan sesi pertemuan yang penuh emosi dan saya meminta orang ramai sentiasa mendoakan semua yang terbabit dengan tragedi dahsyat ini," katanya.
Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah di wilayah Donetsk, timur Ukraine, ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Mengikut senarai penuh penumpang dan anak kapal, majoriti penumpang adalah warga negara Netherlands (193 penumpang) manakala 43 termasuk 15 anak kapal adalah warganegara Malaysia.
Pesawat Boeing 777-200ER itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu Netherlands Khamis dan dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.10 pagi waktu Malaysia, hari berikutnya.
Bernama
Sat Jul 19 2014

NAJIB: Mereka perlu menunjukkan belas kasihan kepada negara-negara yang terlibat dan mangsa-mangsa yang tidak bersalah. -fotoBERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.

Amsterdam gesa penjawat awam henti gunakan Telegram
MAJLIS Perbandaran Amsterdam menggesa anggota Kabinet serta kakitangan peringkat tertinggi untuk berhenti menggunakan aplikasi Telegram.

Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.

Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.

Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.

Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.

Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.

Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.