KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan 'kepala ribut' Taufan Rai, yang tular di pelbagai platform media sosial termasuk aplikasi Whatsapp baru-baru ini.
Sebaliknya MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, Taufan Rai kini sedang bergerak menuju ke arah Timur Laut Da Nang, Vietnam dengan kelajuan 20 kilometer sejam dan menjauhi rantau negara.
Kenyataan itu menyatakan nasihat Taufan Rai terkini dikeluarkan oleh MetMalaysia pada 2.45 petang hari ini, dan akan dikemas kini setiap tiga jam.
"MetMalaysia mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca, melalui laman web rasmi dan media sosial rasmi MetMalaysia atau talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.
"MetMalaysia juga ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," menurut kenyataan MetMalaysia itu.
Baru-baru ini tular di satu laman web dan media sosial mendakwa MetMalaysia memberi amaran hujan berterusan buruk membabitkan 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang kononnya disebabkan oleh ekor ribut berpunca daripada Taufan Rai.
Dalam pada itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu menerusi SMS atau media sosial, yang merupakan kesalahan di bawah seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 20 2021

Taufan Rai kini sedang bergerak menuju ke arah Timur Laut Da Nang, Vietnam dengan kelajuan 20 kilometer sejam dan menjauhi rantau negara. - Gambar hiasan/ Bernama

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Banjir: Lebih 71,000 mangsa di 7 negeri, Selangor, Pahang terus catat peningkatan
Sebanyak 71,876 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri setakat petang ini, dengan Selangor dan Pahang terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir.

Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dilancar
Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir dilancarkan hari ini.

MetMalaysia nafi dakwaan maklumat cuaca kepala ribut yang tular
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan 'kepala ribut' Taufan Rai, yang tular di pelbagai platform media sosial termasuk aplikasi Whatsapp baru-baru ini.

Banjir: AIM salur bantuan segera RM100,000 untuk mangsa - Shabudin
AIM mengumumkan bantuan khas sebanyak RM100,000 kepada mangsa banjir khususnya kepada Sahabat AIM yang terkesan akibat fenomena Monsun Timur Laut yang melanda beberapa negeri sejak Sabtu lalu.