KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengumumkan bantuan khas sebanyak RM100,000 kepada mangsa banjir khususnya kepada Sahabat AIM yang terkesan akibat fenomena Monsun Timur Laut yang melanda beberapa negeri sejak Sabtu lalu.
Pengerusinya, Datuk Shabudin Yahaya berkata, bantuan yang diberi termasuk dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan makanan dalam tin.
"Selain bantuan RM100,000 yang akan disalurkan menerusi kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, AIM juga menyediakan tabung khas untuk Sahabat yang dilanda musibah.
"Menerusi Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) berkenaan, ia membolehkan Sahabat membuat tuntutan mengikut kadar ditetapkan jika terkesan dalam kejadian banjir ataupun kemusnahan kediaman.
"Sehingga hari ini, seramai 9,206 Sahabat AIM di Selangor, Pahang, Kelantan, Sabah, Terangganu, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Johor terkesan akibat banjir besar berikutan hujan turun tanpa henti sejak Jumaat lalu," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: 181 kes positif COVID-19 dikesan di PPS, KKM tingkat kesiapsiagaan - Khairy
BACA: Banjir: LZS salur bantuan kepada keluarga terjejas
Sebahagian daripada mangsa banjir kini masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi seperti biasa.
Terdahulu, Shabudin bersama beberapa pengurusan kanan AIM meninjau keadaan Sahabat di PPS Tanjung Karang dan beberapa lokasi lain sebagai tanda prihatin dan melihat keperluan segera yang boleh disalurkan.
Katanya, AIM juga akan menggerakkan pasukan petugas di setiap cawangan untuk membantu Sahabat-Sahabat di seluruh negara terutamanya untuk membersih kediaman dan membantu memulihkan perniagaan yang terjejas.
Beliau turut menasihati Sahabat supaya patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan arahan pihak kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 181 kes positif COVID-19 hasil saringan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir di enam negeri di Semenanjung. sehingga jam 11 pagi hari ini.
Ujarnya, sejumlah 117 kes dikesan di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), Kuala Lumpur (4) dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan dan Melaka.
Jelasnya, kebanyakan kes positif COVID-19 berada dalam kategori 1 dan 2, serta telah dipindahkan ke hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau kemudahan lain termasuk PPS khusus untuk individu yang disahkan positif COVID-19.
Astro Awani
Mon Dec 20 2021

Shabudin (tengah) dan Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz (Kanan) bertanya khabar bersama mangsa banjir Juhaida Kamaruddin (kiri) di PPS Dewan Seberguna MBSJ. - Pix AIM

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Banjir: Lebih 71,000 mangsa di 7 negeri, Selangor, Pahang terus catat peningkatan
Sebanyak 71,876 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri setakat petang ini, dengan Selangor dan Pahang terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir.

Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dilancar
Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir dilancarkan hari ini.

MetMalaysia nafi dakwaan maklumat cuaca kepala ribut yang tular
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan 'kepala ribut' Taufan Rai, yang tular di pelbagai platform media sosial termasuk aplikasi Whatsapp baru-baru ini.

Banjir: AIM salur bantuan segera RM100,000 untuk mangsa - Shabudin
AIM mengumumkan bantuan khas sebanyak RM100,000 kepada mangsa banjir khususnya kepada Sahabat AIM yang terkesan akibat fenomena Monsun Timur Laut yang melanda beberapa negeri sejak Sabtu lalu.