META sedia memperkenalkan langganan Meta Verified, yang menambah tanda calit biru pada akaun Facebook atau Instagram. Ia sedia ditawarkan untuk akaun individu, dan telah turut mula diperkenalkan secara berperingkat untuk pelanggan perniagaan atau akaun Meta Business. Melalui kemas kini terbaru, Meta turut mengumumkan dua ciri tambahan untuk para pelanggan perniagaan yang melanggan Meta Verified.
Yang pertama adalah penemuan yang lebih baik bagi para pelanggan Meta Verified, dan satu lagi penawaran baharu adalah kedudukan yang lebih tinggi ketika pengguna melakukan carian berkaitan dengan profil perniagaan berkenaan.
Nampaknya, ini mungkin adalah penyelesaian untuk pengguna yang menggunakan Facebook Pages dan inginkan capaian lebih baik untuk akaun mereka. Seperti ramai sedia maklum, Facebook telah mula mengehadkan paparan Facebook Pages pada NewsFeed, dan terdapat beberapa akaun yang memperlihatkan penurunan mendadak dari segi capaian. Mungkin untuk mengatasinya, kini Meta meminta pengguna membayar.
Tetapi, pada masa yang sama, ia tidak dapat dipastikan lagi bagaimanakah kadar capaian melalui langganan Meta Verified ini buat masa ini. Ciri Meta Verified untuk Pages juga masih terhad dan belum diperkenalkan secara meluas lagi buat masa ini.
Amanz
Mon May 06 2024
Dua ciri tambahan untuk pelanggan perniagaan yang melanggan Meta Verified, pertama penemuan yang lebih baik, dan kedua, kedudukan yang lebih tinggi ketika pengguna melakukan carian. - Foto Amanz
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
X hadkan ciri penstriman video langsung untuk pelanggan premium
Selain penstriman video langsung, pelanggan berbayar juga menerima akses kepada penulisan artikel lebih panjang, paparan iklan yang lebih sedikit, dan beberapa ciri tambahan lain.
Meta janjikan capaian lebih tinggi untuk pelanggan berbayar Meta Verified
Meta turut mengumumkan dua ciri tambahan untuk para pelanggan perniagaan yang melanggan Meta Verified.