KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 selesai diadakan pada Jumaat.
Mesyuarat khas bermula pada 10 pagi di Istana Negara menyaksikan pengundian oleh sembilan Raja-Raja Melayu bagi memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.
Persidangan khas itu diadakan susulan tempoh lima tahun penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bakal tamat pada 30 Jan tahun depan.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dilihat berangkat keluar meninggalkan Istana Negara kira-kira jam 11.10 pagi.
Diikuti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Seterusnya, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berangkat keluar meninggalkan Istana Negara.
Diikuti Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
Al-Sultan Abdullah melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Jan 2019 setelah dipilih pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja pada 24 Jan tahun sama.
Menurut Seksyen 2, Bahagian I, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan.
Jika Raja yang berjaya tidak menerima tawaran, maka proses pengundian semula akan dijalankan, iaitu dengan mencalonkan nama Raja yang kedua dalam senarai kekananan yang layak dipilih untuk diundi.
Susunan penggiliran pertama bermula pada 1957 (bagi pelantikan Yang di-Pertuan Agong) sehingga 1994, dilakukan atas persetujuan Raja negeri-negeri mengikut kekananan dari segi tempoh pemerintahan yang dimulakan dengan Negeri Sembilan, diikuti Selangor, Perlis, Terengganu, Kedah, Kelantan, Pahang, Johor dan Perak.
Malaysia adalah sebuah daripada 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan satu-satunya negara yang mengamalkan sistem penggiliran dalam kalangan sembilan Raja Melayu.
Fareez Azman
Fri Oct 27 2023
Antara Raja-Raja Melayu yang berangkat keluar selepas selesai mesyuarat di Istana Negara. - Astro AWANI
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266, di Istana Negara hari ini.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara hari ini.
Sultan Selangor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara.
Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265
Ini merupakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pertama yang dihadiri Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Jabatan Pertanian pilih pokok untuk upacara penanaman di Istana Negara
Jabatan Pertanian telah diberi kepercayaan memilih spesies pokok bagi upacara menanam pokok bersempena dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja sejak 2019.
Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong buat kali ketiga
Sultan Perak angkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang telah dilaksanakan baginda dengan cemerlang sejak 2016.
Istiadat ketenteraan sambut ketibaan Sultan Ibrahim di Istana Negara
Istiadat ketenteraan penuh tradisi menyambut keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebaik tiba di Dataran Istana Negara hari ini.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja memilih Yang di-Pertuan Agong ke-17 selesai
Mesyuarat khas bermula pada 10 pagi di Istana Negara menyaksikan pengundian oleh sembilan Raja-Raja Melayu.
Sultan Johor pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara.
Isu kewarganegaraan: Cadangan pindaan dipersembah kepada Majlis Raja-Raja selepas PRN
Cadangan pindaan itu akan dipersembah dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini selesai.