"Niat saya bukan nak jadi hero, tetapi saya dah cuba sedaya upaya bertarung nyawa untuk menyelamatkan kesemua mangsa dari lemas... tapi hanya dapat selamatkan seorang saja kerana ketika itu saya sendiri hampir lemas.”
Itu luahan rasa Saiful Akmal Ahmad Shaidi, 27, tatkala menerima anugerah Sijil Hero Bomba yang disampaikan dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pada Selasa.
Dia berjaya menyelamatkan nyawa seorang remaja berusia 14 tahun yang hampir lemas di rumah pam Sungai Pedu, Kampung Tanjung Pedu, Padang Terap pada 7 Februari lalu.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, Saiful Akmal dikatakan baru selesai mandi di kawasan itu sebelum terdengar jeritan dari ahli keluarga mangsa memberitahu tiga mangsa sedang lemas.
Katanya, dia terus terjun ke dalam sungai berkenaan untuk menyelamatkan mereka tetapi hanya sempat menyelamatkan seorang.
Dua beradik berusia 14 dan 16 tahun itu tenggelam dan datuk mereka yang cuba untuk membantu juga turut lemas.
“Sedih sebab tak dapat nak selamatkan semua tu, cuma dapat selamat sorang daripada tiga orang tu kan.
“Masa nak selamatkan tu, saya tak fikir apa dah. Masa tu mak dia ada di situ minta tolong. Lepas tu saya tolonglah setakat yang mampu,” ujar Saiful Akmal yang menambah, ketika itu mangsa dilihat sedang terkapai-kapai.
Saiful telah mencuba sedaya upaya menggunakan tenaga yang ada tetapi disebabkan arus air yang agak laju, dia terkilan tidak berdaya menyelamatkan mangsa yang lain.
Dalam kejadian itu, mayat Mohamad Ramli Ibrahim, 65, dan dua cucunya, Nor Shafia Hafiza Samsudin, 16, dan Nor Shariza Hafiza, 14, ditemui tidak jauh dari kawasan itu.
Menurut Saiful Akmal, dia berterima kasih kepada semua pihak termasuk JBPM kerana menganugerahkannya sijil Hero Bomba kepadanya hari ini.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Oct 22 2019
Saiful Akmal menerima penghargaan Sijil Hero Bomba daripada pihak JBPM Kedah atas usahanya melenyelamatkan mangsa yang sedang lemas. - Astro AWANI
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
AWANI Ringkas: Tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 17 Julai 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata tumpuan pasaran telah beralih ke arah pilihan raya presiden AS menjelang November nanti, yang menunjukkan kebimbangan terhadap Donald Trump berikutan dasar ekonominya yang akan memihak kepada pemotongan cukai dan pengenaan tarif terhadap China.
Olimpik 2024: Mampukah Pearly-Thinaah cipta 'kemanisan' di Paris?
Penganalisis berpendapat sukar buat Pearly-Thinaah menjayakan misi emas pertama Malaysia pada penampilan sulung mereka.
Niaga AWANI: [Hutang kerajaan persekutuan meningkat] Cabaran antara jimat atau langkah rangsangan
Perdana Menteri pada Selasa umum hutang kerajaan persekutuan meningkat kepada RM1.22 trilion berbanding RM1.17 trilion. Apakah cabaran mengurus hutang ini untuk memasihkan ia kekal di bawah had statutori? Adakah dasar fikal kita masih utuh?
Pemuda berat 183kg kini tinggal 99kg
Dia melalui episod kehidupan yang panjang untuk mendapatkan berat terkini.
Minat risiko ketara, ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga Rabu ketika minat terhadap risiko kembali ketara.
Jiwa SME: Sabun Pro One Active sasar perluas pasaran global
Sabun Pro One Active tidak menggunakan sebarang lemak haiwan dalam pembuatannya selain ia mesra pengguna dan alam lantaran ia bercirikan biochemical.
Niaga AWANI: Potensi sebenar AI Generatif dalam sektor kewangan
Kecerdasan Buatan Generatif (Generative AI) adalah teknologi yang semakin mendapat perhatian dalam sektor kewangan. Ia menawarkan potensi besar untuk meningkatkan produktiviti, kecekapan, dan ketepatan dalam pelbagai aspek perkhidmatan kewangan. Apakah langkah yang boleh diambil Malaysia untuk membina infrastruktur yang baik bagi menyokong penggunaan AI generatif dalam sektor kewangan?
Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.
Meskipun hanya sempat selamatkan satu nyawa, Saiful Akmal tetap seorang wira
Saiful Akmal yang berada di kawasan itu terdengar jeritan dari ahli keluarga mangsa yang memberitahu tiga orang sedang lemas.