Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menjelaskan ia tidak mengeluarkan sebarang arahan berkaitan perintah berkurung remaja di bawah umur 18 tahun.
Merujuk kepada mesej yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, kementerian itu meminta orang ramai untuk membuat semakan sebelum menyebarkan sesuatu perkara.
Menerusi perkongsian di laman Twitter dan Facebook, KPWKM memuat naik 'tangkap skrin' mesej tular itu yang berbunyi: "Mulai malam ini (berkuat kuasa serta-merta) adik-adik di bawah umur 18 tahun (13-16) tidak dibenarkan berada di luar kawasan rumah melebihi jam 10 malam, manakala yang berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan berada di luar dari kawasan rumah melebihi jam 8 malam kecuali hal yang tidak dapat dielakkan. - Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat."
Sehubungan itu, KPWKM memohon agar semua pihak tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan sedang mempertimbangkan secara serius cadangan mengadakan perintah berkurung bagi remaja di bawah 18 tahun bagi mengelakkan mereka terlibat dalam gejala dadah, seperti yang dilaksanakan di Iceland.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 21 2019
KPWKM meminta orang ramai untuk membuat semakan sebelum menyebarkan sesuatu perkara. - Gambar hiasan
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
Malaysia-Korea Selatan: Korea Selatan minat kerjasama pembangunan lebuh raya di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar yang mengintegrasikan teknologi tinggi dan canggih di negara ini.
Pecah rekod Erling Haaland, Harry Kane muncul penjaring 50 gol terpantas Bundesliga
Kane membuka jaringan pada minit ke-53 menerusi sepakan penalti sebelum dua gol pantas dalam masa kecederaan.
Tingkat integriti: Kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan
Penggunaan kamera badan bagi anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sangat diperlukan bagi meningkatkan integriti dalam kalangan anggota bertugas dan orang awam.
Syarikat telco utama tawar pakej Internet, peranti menarik sempena program 2TM
Pelbagai pakej Internet dan peranti menarik ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi utama pada Program Dua Tahun Kerajaan Madani (2TM).
Tular video pekerja asing beli minyak masak subsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor menyerbu dua premis di Sungai Buloh susulan video tular pembelian minyak masak subsidi 1kg oleh pekerja restoran nasi kandar.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Serbuan melibatkan sebuah pasaraya runcit dan restoran nasi kandar dijalankan oleh tujuh anggota penguat kuasa dalam dua pasukan berasingan.
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
68 individu dikompaun langgar arahan PKPP di bar restoran
Pemeriksaan sepasukan polis dari Cawangan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dilakukan kira-kira jam 10.20 malam.
Guna pangkat untuk arahan kerja peribadi tidak terlepas tindakan
Antara kesalahan lain yang dikenal pasti sering kali dilakukan ialah salah guna kuasa, bergaduh atau tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa bertugas.
Semakin ramai ingkar PKP? Ini lima tumpuan utama kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
Seramai 88 individu ditahan, empat daripadanya direman manakala selebihnya dikenakan tindakan kompaun selepas ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
22 individu direman, 59 dikompaun kerana ingkar PKP - Ismail Sabri
Seramai 81 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Selasa.
Individu direman ingkar PKP meningkat, ini lima tumpuan kenyataan Ismail Sabri
Jumlah individu direman kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan meningkat pada Rabu.
COVID-19: Tindakan rentas negeri boleh tingkatkan kluster - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat agar terus patuh dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat yang ditetapkan kerajaan.
Selepas Hong Kong, Macau pula larang kemasukan pelancong dari Hubei
Selepas Hong Kong, kini Macau turut mengambil langkah sama dengan menutup pintu masuk ke wilayah itu daripada pelancong dari Hubei.