TEMERLOH: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh berjaya menahan tujuh lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian pergaduhan di tepi jalan di Mentakab pada awal pagi 31 Ogos.
Suspek berusia antara 19 dan 35 tahun, ditahan sekitar bandar Mentakab, susulan pergaduhan yang dipercayai berlaku antara jam 12.05 tengah malam dan 12.20 tengah malam semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, pihak polis mengesan suspek selepas rakaman video berdurasi lapan saat tersebar melalui media sosial.
“Di dalam tayangan video itu, menunjukkan beberapa orang lelaki sedang bergaduh berhampiran tepi jalan di bandar Mentakab.
“Sehingga hari ini, pihak polis tidak menerima sebarang aduan atau laporan berkaitan kejadian tersebut,” katanya.
Menurut Mohd Azhar, polis membuat laporan maklumat pertama untuk memulakan siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan, iaitu merusuh di tempat awam, dan di bawah Seksyen 160 kanun sama, kerana melakukan gaduh gempur.
“Saya memohon bantuan orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan.
“Mereka yang menyaksikan kejadian itu boleh salurkan maklumat kepada pegawai penyiasat ASP Irmawathy Mohamad Yusof di talian 012-2822874 atau mana-mana balai polis berdekatan,” katanya.
Amir Hamzah Nordin
Thu Sep 01 2022
Rakaman video berdurasi lapan saat tular di media sosial menunjukkan sekumpulan lelaki merusuh di Mentakab pada awal pagi 31 Ogos. - Foto media sosial
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Polis sahkan kes pergaduhan anggota tentera
Kejadian pada 9 Mei itu mengakibatkan mangsa berusia 38 tahun cedera dan menerima rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.
Polis giat kesan warga asing gaduh guna tongkat di lebuh raya
Berdasarkan siasatan awal, punca kejadian berlaku akibat ketidakpuasan suspek kerana dihalang ketika menggunakan laluan kecemasan.
Dua suspek ditahan kes gaduh di kedai makan
Kedua-dua lelaki berusia 40 dan 38 tahun itu ditahan pada Ahad di dua lokasi berbeza.
Gaduh guna senjata, dua lelaki ditahan
ACP Mohd Iqbal berkata, pihaknya mengesan satu video tular di media sosial mengenai sekumpulan lelaki bergaduh.
Siasatan kes gaduh perlawanan TFL lengkap, 6 ditahan
Kertas siasatan sudah dilengkapkan dan akan dirujuk terlebih dahulu ke Bukit Aman sebelum proses selanjutnya dilakukan.
Gaduh guna senjata, tiga lelaki ditahan
Kesemua suspek berusia 26 hingga 28 tahun itu ditahan dalam serbuan di dua lokasi berbeza.
15 individu ditahan terlibat pergaduhan dua keluarga
Seramai 15 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam pergaduhan yang membabitkan dua keluarga di kejiranan yang sama.
Polis panggil lima individu kes gaduh dengan penghantar barangan
Kejadian tular di media sosial menerusi dua rakaman video berdurasi tiga minit 15 saat dan dua minit 15 saat.
Dua geng 'tow truck' bergaduh di Kampung Malaysia Tambahan, 10 ditahan reman
Menurut Zam Halim, siasatan ke atas semua 10 suspek itu akan dilakukan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.