Singapura akan menjalankan rejim ujian terhadap semua pengembara yang memasuki Singapura bermula 18 Jun, sebelum tempoh 14 hari notis duduk di rumah (SHN) mereka tamat.
Sejak 21 Mac lepas, semua pengembara yang memasuki republik itu, termasuk warga Singapura, penduduk tetap dan pemegang Pas Jangka Panjang (LTP) dikehendaki menjalani SHN.
Syarat baharu itu adalah langkah pencegahan tambahan untuk mengesan virus, terutama risiko bagi kes asimptomatik.
"Oleh kerana kita akan membuka kembali ekonomi dan masyarakat, kami menjangkakan lebih ramai pengembara kembali ke Singapura," kata Menteri Pembangunan Negara republik itu, Lawrence Wong dalam sidang media maya di sini pada Isnin.
Wong yang juga Pengerusi Bersama Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian mengenai COVID-19 berkata republik itu kini telah mewujudkan laluan hijau dengan China dan sedang berusaha berbuat demikian dengan beberapa negara lain.
Selain rejim ujian, Singapura juga mengemas kini peralatan sedia ada untuk semua pengembara yang masuk bagi menjalani SHN di kemudahan yang disediakan.
Bermula 18 Jun, pengembara yang berada di Australia, Brunei, Hong Kong, Jepun, Macao, China, New Zealand, Korea Selatan, Taiwan dan Vietnam untuk tempoh 14 hari berturut-turut, tidak perlu menjalani SHN di kemudahan yang ditetapkan.
"Ia hanya untuk kumpulan ini, jika mereka pulang dari kawasan berkenaan, maka SHN boleh dijalani di tempat kediaman dan bukannya di kemudahan khusus.
"Risiko pengimportan (jangkitan) dari luar negara berbeza dari satu negara ke negara lain kerana negara dan wilayah berada pada pelbagai tahap mengenakan sistem yang efektif untuk mengawal jangkitan. Jadi kami juga akan menyesuaikan langkah-langkah sempadan dengan mengambil kira perbezaan risiko ini," katanya.
Mulai Jumaat ini, kesemua pengembara masuk dan keluar dari republik itu juga akan dikehendaki membayar sendiri ujian COVID-19 manakala pengembara yang bukan warga Singapura atau penduduk tetap dikehendaki membayar penginapan mereka di kemudahan SHN yang ditetapkan.
"Sehingga kini, kos untuk ujian dan kemudahan SHN ditanggung oleh kerajaan (Singapura). Tetapi apabila kami membuka semula operasi selepas ini untuk lebih banyak perjalanan, kami akan beralih ke kedudukan lebih mampan," katanya.
Beliau menjangkakan republik itu memiliki kemampuan untuk membenarkan lebih ramai pemegang LTP di luar negara untuk kembali ke Singapura.
Pada masa ini, Singapura belum membenarkan pelawat jangka pendek, kecuali mereka yang masuk di bawah pengaturan laluan cepat atau hijau, atau dengan persetujuan khas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020
Selain rejim ujian, Singapura juga mengemas kini peralatan sedia ada untuk semua pengembara yang masuk bagi menjalani SHN di kemudahan yang disediakan. - Gambar fail
Banjir di Kedah semakin memburuk, bilangan mangsa cecah 1,018 orang
Situasi banjir di Kedah makin memburuk selepas bilangan mangsa mencecah 1,018 orang daripada 268 keluarga yang ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
PM mahu persediaan mantap dilakukan menjelang kepengerusian ASEAN 2025
Perdana Menteri berkata Malaysia perlu menjadi peneraju hebat dengan menyusun pelbagai program yang benar-benar memberi kesan mendalam kepada komuniti ASEAN secara keseluruhannya.
PM Anwar ulangi komitmen Malaysia jayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi komitmen Malaysia dalam menjayakan Agenda 2030 untuk pembangunan mampan seperti yang dimeterai bersama 192 negara lain pada 2015.
Bunuh: Dua buruh kasar terlepas hukuman mati, diganti penjara 30 tahun
Panel hakim menolak rayuan A.Rames dan Tew Siew Kem untuk mengetepikan sabitan terhadap mereka dan menggantikan hukuman mati dengan penjara.
HUMS dijangka siap Dis 2025, beroperasi pada Jan 2026 - Zambry
HUSM dibina dengan kapasiti 400 katil, 25 bilik pembedahan, 40 katil rawatan intensif atau rapi serta 145 buah klinik pakar.
Tiga wanita ditahan dalam Op Global sambung reman hingga 22 Sept
Tiga wanita yang ditahan menerusi Op Global di Nilai dan Seremban kerana disyaki terbabit dalam kes eksploitasi kanak-kanak di negeri ini, disambung reman hingga 22 Sept.
Arul Kanda tidak tahu tentang kewujudan 'pelaburan' 1MDB - Tony Pua
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Arul Kanda Kandasamy tidak pasti tentang nilai 'pelaburan' 1MDB atau sama ada ia benar-benar wujud.
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Polis jalankan siasatan video upacara keagamaan
Polis Pulau Pinang menjalankan siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan satu upacara keagamaan di sebuah tokong di negeri ini yang berlatar belakangkan runut bunyi selawat.
Tetingkap Tunggal Nasional mudahkan operasi perdagangan - Tengku Zafrul
Inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National Single Window) yang bakal diharmonikan bersama sistem kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan antara Malaysia-China.
Australia rancang perkenal undang-undang larang kanak-kanak guna media sosial
Risiko yang mungkin timbul terhadap kesihatan fizikal dan mental akibat penggunaan peranti menjadi alasan undang-undang ini mahu diperkenal.
Australia keluarkan amaran mengenai peningkatan eksploitasi kanak-kanak dalam talian
Australia mengeluarkan amaran berhubung peningkatan kes kanak-kanak terjerumus menghasilkan kandungan seksual dan ganas secara dalam talian.
Indonesia anjur latihan ketenteraan Super Garuda Shield, Malaysia sebagai negara pemerhati
Malaysia bertindak sebagai negara pemerhati bersama negara lain termasuk Brazil, Brunei, Fiji, Jerman, India, Belanda, Filipina dan Arab Saudi.
Australia dan Malaysia jalin hubungan Australia-ASEAN yang lebih kukuh - Heinecke
Heinecke menyamakan hubungan antara Australia dan ASEAN dengan gabungan popular Malaysia, "Roti Canai dan Teh Tarik," yang menggambarkan sinergi semula jadi antara kedua-duanya.
Tarik diri Olimpik Paris, Sinner pertahan gelaran Canadian Open
Pemain tenis nombor satu dunia, Jannik Sinner, mempertahankan gelaran Canadian Open dengan kemenangan 6-2 6-4 ke atas Borna Coric dari Croatia.
Sarawak belajar bagaimana Australia urus populasi buaya
Delegasi kerajaan Sarawak diketuai Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Australia untuk mengkaji kaedah sesuai bagi menguruskan populasi buaya.
Australia naikkan tahap ancaman keganasan selepas terima maklumat perisikan
Australia menaikkan tahap ancaman keganasannya daripada "mungkin berlaku" kepada "kemungkinan besar akan berlaku", umum Perdana Menteri Anthony Albanese.
Rozita Rohaizad tekad terus bantu martabat warisan Malaysia di Australia
Sanggup guna duit sendiri berulang-alik ke Australia untuk menjadi tenaga pengajar, setiap kali berlangsungnya pelbagai festival kesenian kebudayaan.
Kerajaan Australia akan paksa bank bayar ganti rugi kepada mangsa penipuan
Bank di Australia akan dipaksa membayar ganti rugi kepada pelanggan yang kehilangan wang akibat penipuan di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan oleh kerajaan, lapor Xinhua.
Olimpik Paris 2024: Australia menang emas 4x100m gaya bebas wanita
Kuartet renang wanita Australia mencipta rekod baharu Sukan Olimpik Paris apabila memenangi pingat emas keempat berturut-turut dalam acara 4x100 meter (m) gaya bebas di Sukan Olimpik Paris 2024 pada S