MENJADI lumrah manusia, apabila berada beribu kilometer berjauhan daripada kampung halaman dan tanah air tercinta, setiap sesuatu yang menjadi perkara biasa di tanah air sendiri menjadi memori yang sangat dirindukan.
Membeli goreng pisang panas di tepi jalan, membeli nasi lemak Pak Wan dengan sambal tambah dan telur mata, ataupun membawa kenderaan di tepi sawah padi dalam perjalanan ke kenduri anak Pak Ngah hanya sebagai rutin yang sudah lama tidak dapat dilaksanakan.
Perkara-perkara ini seolah-olah menjadi ubat home-sick yang perantau dan pemusafir rindukan. Dalam masa beberapa hari lagi, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kebangsaan Malaysia ke-63 tahun.
Usia yang cukup matang bagi sesebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, dan menjadi melting-pot kepada para imigran asing yang mencari rezeki, dan pendapatan yang halal di negara kita.
Malaysia yang telah dibentuk bersama Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963. Iaitu enam tahun selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada British, setelah gagalnya rancangan mewujudkan Malayan Union pada 1946-1948 dengan bersatunya orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.
Ianya juga suatu sejarah abadi apabila tertubuhnya juga Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Orang-orang Melayu telah bersatu padu dalam memastikan bahawa hak-hak peribumi dan kuasa Sultan-Sultan Melayu dikekalkan dan tidak hanya sebagai simbol kepada kuasa British.
Pemerintahan hegemon Empayar British yang kian malap akhirnya akur dengan kehendak rakyat biasa yang bersatu bagi memastikan Tanah Melayu suatu hari nanti kekal berdaulat dan merdeka.
Rakyat Malaysia juga tidak harus lupa bahawa negara bertuah ini pernah dijajah oleh pelbagai kuasa yang telah menjarah hasil bumi kita seperti bangsa Portugis, Belanda, British dan Jepun.
Portugis telah menawan Melaka dari 1511-1641 (130 tahun), Belanda dari 1641-1825 (183 tahun) dengan sedikit pengambilalihan oleh British pada 1795-1818 disebabkan oleh Peperangan Napoleonik yang menyebabkan British menawan jajahan Belanda sebelum menyerahkan semula kembali kepada Belanda semula.
Tidak dilupakan juga, British mula bertapak di Tanah Melayu pada tahun 1826 di bawah permerintahan King George IV sehingga diberikan kemerdekaan pada tahun 1957 oleh Kerajaan Ratu Elizabeth II yang masih menjadi pemerintah sovereign United Kingdom dan Eire, Her Majesty the Queen.
Termasuk dengan pemerintahan Imperial Jepun pada era Perang Dunia kedua pada 1941-1945 (5 tahun), ini bermakna Tanah Melayu telah dijajah selama 449 tahun.
Lebih empat abad tanah ini telah dijajah dan diratah, dan hanya setelah kuasa-kuasa besar Barat mula mencanangkan sistem demokrasi, hak asasi manusia dan menentang ancaman sistem komunis yang autokratik, baharulah sistem kolonial dan penjajahan di anggap sebagai barang antik yang tidak diperlukan lagi.
Meski pun begitu, sistem dan doktrin Kerajaan British telah di-adaptasi kepada pelbagai lapisan dari segi sistem pentadbiran kerajaan, sistem ketenteraan, sistem kewangan, sistem pendidikan dan kesihatan serta banyak lagi yang pro dan kontra yang telah kita berjaya amalkan.
Ada juga negara jiran kita yang membandingkan bahawa Malaysia lebih baik dijajah oleh British daripada Belanda, namun harus tidak dilupakan bahawa kita juga pernah dijajah lebih lama oleh Belanda berbanding British.
Bangunan-bangunan bersejarah seperti di Stadthuys peninggalan Belanda kekal utuh di Melaka dan masih dijaga sempurna oleh Kerajaan Negeri Melaka. Malah, jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk menyelenggarakan tinggalan sejarah daripada zaman Afonso de Albuquerque sehinggalah pada hari ini.
Penulis juga masih ingat, semasa neneknya bertemu dengan rakan ayah penulis, seorang Pegawai Tentera Jepun berpangkat Leftenen Kolonel semasa berkursus di Amerika Syarikat pada tahun 1980an.
Nenek penulis dengan muka yang marah dan perasaan tidak puas hati membuak-buak apabila ayah penulis menjemput pegawai tentera Jepun ke rumah. Bagi beliau, masih terpahat memori kekejaman tentera Jepun di Tanah Melayu pada perang dunia kedua dan juga jenayah peperangan yang telah mereka lakukan di negara-negara yang telah mereka kuasai.
Namun begitu, penulis yang kini berada di Jepun masih tidak dapat membayangkan negara yang aman damai dan penuh ketenangan atau “zen” yang dizahirkan dengan taman-taman bunga dan rekreasi yang di jaga rapi, bersih dan jujur dari segi tatakelakuan mereka tetapi telah bertindak dengan kejam hanya 70 tahun lalu.
Negara Jepun masih menanggung malu sejarah mereka tetapi penulis agak kecewa apabila buku teks sejarah anak penulis tidak ada menceritakan tentang kekejaman pada perang dunia yang lalu.
Penulis juga telah melawat Museum Perang di Yushukan, Tokyo dan kagum dengan artifak serta model-model seperti jet pejuang yang paling digeruni di Lautan Pasifik suatu masa dahulu.
Jet Mitsubishi Zero yang masih dijaga dan kilat telah digantung di siling mempamerkan kemajuan sains dan teknologi yang telah negara Jepun adaptasikan sejak dari Pemerintahan Meiji pada 1868 sehingga 1912. Jepun telah menghantar anak-anak muda mereka pada era tersebut ke Barat untuk mencedok segala ilmu dan sistem moden Eropah dan Amerika.
Mereka telah mengambil teknologi kejuruteraan daripada Jerman, sains kesihatan daripada Belanda, sistem pertanian daripada British, sistem pentadbiran daripada Amerika dan pelbagai lagi ilmu yang telah mereka ambil dengan menghantar rakyat mereka yang cerdik dan berwibawa.
Ini bermakna hanya dalam masa 44 tahun daripada mulanya era Meiji sehingga mereka telah diangkat menjadi kuasa besar di Timur. Hanya 44 tahun!
Apa yang penulis hendak kongsikan adalah, pencapaian Malaysia dengan kemerdekaan pada 1957 dan kemudiannya bersama-sama Sabah dan Sarawak pada 1963.
Dalam usia masih muda berbanding dengan penjajahan-penjajahan lampau yang kini hanya menjadi nota kaki kepada sejarah kita sebagai rakyat Malaysia. Negara kita Malaysia telah mencapai pelbagai kejayaan dan kemajuan.
Tidak dinafikan ramai warga asing di Jepun bertanya kepada penulis mengapa Malaysia masih menghantar pelajar-pelajar ke luar negara? Sedangkan Malaysia sudah pun mencapai kemajuan dan universiti-universiti awam Malaysia seperti Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Putra Malaysia menjadi destinasi utama pelajar-pelajar asing menyambung pengajian pasca-siswazah mereka.
Kita harus berbangga dengan pencapaian kita dan mencari ruang dan peluang menambah nilai atau values kita. Rakyat Malaysia di luar negara seperti di Jepun lebih mendapat tempat kerana kualiti pendidikan dan sikap kita.
Namun begitu, kita juga tidak harus lupa, kealpaan dan kesilapan lampau sejak dari kegemilangan zaman Kesultanan Melayu yang telah jatuh disebabkan persengketaan sesama kita. Kemerdekaan yang kita kecapi ini setelah 449 tahun dijajah dan dijarah, dan 63 tahun setelah merdeka harus bermula dengan hati dan niat kita. Minda dan jiwa kita.
Tidak mustahil kita akan lebih maju dan berdaya saing mengikut acuan kita sendiri dan memahami erti kemerdekaan sebenar.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-63 Tanah Airku, Malaysia!
*Afdal Izal Md Hashim merupakan calon Ijazah Kedoktoran di Graduate School of International Relations, International University of Japan, Niigata, Jepun.
**Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Astro Awani
Wed Aug 26 2020
Adalah tidak mustahil kita akan lebih maju dan berdaya saing mengikut acuan kita sendiri dan memahami erti kemerdekaan sebenar. - Gambar fail
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.