Jabatan Imigresen berikrar untuk 'memerdekakan' negara daripada pendatang asing tanpa izin (PATI) bermula 31 Ogos depan.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya akan mempergiatkan operasi menahan PATI mulai tengah malam pada tarikh tersebut.
Beliau berkata PATI yang ditangkap termasuk majikan terbabit tidak akan diberi 'muka' dan perlu berhadapan tindakan undang-undang kerana Imigresen sudah memberi peluang secukupnya kepada mereka.
"Kita memulakan Program Serah Diri Sukarela yang dikenali sebagai 3+1 untuk pendatang asing ini tampil membayar denda dan diusir pulang ke negara asal.
"Jadi mereka masih berpeluang untuk menyerah diri sehingga 30 Ogos sebelum kita mengambil pendekatan lebih tegas," katanya kepada pemberita selepas menyertai Op Mega di dua tapak pembinaan di Jalan Gambang di sini, pada Jumaat.
Mustafar berkata setakat ini, Op Mega yang dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Julai lalu telah menahan lebih 3,000 PATI atas pelbagai kesalahan.
Selain kesalahan tidak mempunyai permit bekerja yang sah, beliau berkata ada antara mereka mempunyai permit kerja dengan majikan berbeza kerana melarikan diri daripada majikan asal.
Mengulas mengenai operasi di Jalan Gambang itu, Mustafar memaklumkan 84 pendatang asing itu adalah dalam lingkungan empat hingga 60 tahun, dan terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh serta Myanmar.
Mustafar berkata pihaknya juga berharap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dapat membantu Imigresen dalam soal berkaitan penempatan pendatang asing, yang disifatkan tidak kondusif dalam soal kebersihan.
"Penempatan mereka kebanyakannya dibina dalam keadaan tidak mempunyai sistem pembuangan sampah teratur, sistem saliran dan tandas yang tidak baik, serta berisiko penularan penyakit.
"Sedangkan isu berkaitan kesihatan merupakan keutamaan negara sehingga mana-mana warga asing yang mahu bekerja di negara ini perlu mematuhi semua syarat kesihatan sebelum diberikan permit," katanya.
Mustafar berkata kewujudan penempatan haram pendatang asing itu juga boleh menimbulkan keresahan terhadap warga tempatan, terutamanya yang dibina berhampiran kawasan perumahan. -- Bernama
Bernama
Fri Jul 20 2018
MUSTAFAR: Kita memulakan Program Serah Diri Sukarela yang dikenali sebagai 31 untuk pendatang asing ini tampil membayar denda dan diusir pulang ke negara asal. - BERNAMA/Fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Semua perkhidmatan rel kendalian Rapid KL beroperasi 4 pagi, 31 Ogos
Semua operasi rel merangkumi tren LRT, MRT dan Monorel akan bermula seawal 4 pagi pada 31 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya.
Menghayati roh kemerdekaan dan memaknai Hari Malaysia: Membebaskan minda, jiwa dan raga
31 Ogos merupakan tarikh keramat kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya yang sangat memahami makna, nilai dan harga sebuah kemerdekaan.
Putrajaya bergemerlapan, sambutan Ambang Merdeka 2022 meriah
Sejak dari jam 8.30 malam, orang ramai sudah mula berkumpul dan jumlahnya lebih ramai apabila melepasi jam 10 malam.
Patrotisme belia: Mendukung janji diri
Janji diri golongan belia yang dimaksudkan adalah belia yang memiliki pemahaman yang jelas tentang jati diri terhadap kesedaran budaya, agama dan sahsiah kenegaraan.
PM umum minggu ini status PKPP - Ismail Sabri
Sama ada PKPP akan disambung atau tidak, beliau akan umumkan, kata Ismail Sabri pada sidang media perkembangan PKPP di bangunan Parlimen.
Tukar nama sempena Hari Merdeka, jenama makanan segera ini terima pujian
Idea bijak!
Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.
Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos tidak harus dipertikai - Timbalan Ketua Menteri Sabah
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Christina Liew menyifatkan bahawa 'kontroversi panas' mengenai sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini tidak harus dipertikaikan oleh mana-mana pihak.
Kenyataan 'Sarawak tak perlu rai 31 Ogos' boleh bawa perpecahan
Datuk Dr Teo Kok Seong berpendapat kenyataan Tan Sri James Jemut Masing boleh membawa kepada perpecahan di kalangan rakyat Malaysia.
'31 Ogos Hari Kemerdekaan Malaya, tiada kaitan dengan Sarawak' - James Masing
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Masing hari ini menegaskan tarikh 31 Ogos tiada kena mengena dengan Sarawak.