Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) mahu menumpukan isu perubahan iklim selain kesedaran masyarakat kepada program persediaan bencana.
Exco Mercy Malaysia, Norazam Ab Samah menjelaskan, ia akan dilakukan di semua peringkat masyarakat sebagai persediaan menghadapi tahun akan datang.
"Dalam 20 tahun akan datang, Mercy akan terlibat khusus dalam program persediaan bencana dan juga perubahan iklim.
"Kita tahu sekarang, banyak bandar semakin lama semakin tenggelam dan suasana begini yang tidak menentu.
"Kita seharusnya menyedarkan masyarakat tidak kira di tingkat mana, sama ada yang bekerja di pejabat kerajaan atau apa sahaja tentang perubahan iklim dan bersedia menghadapi tahun mendatang," katanya selepas program Penanaman Pokok dan penghargaan Media sempena 20 tahun Mercy Malaysia di sini, pada Sabtu.
TONTON: Agenda AWANI: 20 tahun MERCY Malaysia
BACA: Zakat kini boleh dibayar melalui Mercy Malaysia
Pada program sama, Mercy turut menanam empat jenis pokok hutan iaitu Cengal, Kapur, Meranti Tembaga dan Tampoi sebagai simbolik 20 tahun agensi itu.
Dalam pada itu kata Azam, sukarelawan merupakan tonggak utama Mercy dalam melakukan kerja kemanusiaan terutama dalam tindakan semasa bencana berlaku.
"Sukarelawan yang dilatih merupakan aset Mercy sama ada dilatih simulasi di padang atau dilatih teknikal pengetahuan apakah pengurusan bencana ataupun mereka yang terlibat dalam latihan berkaitan program dengan masyarakat, komuniti, bencana, siap siaga isu makanan dan lain-lain lagi. Program ini perlu disusun dengan baik," ujarnya.
BACA: Penghujung 2019: Alaska mencair, suhu meningkat, burung mati, ikan menghilang
Mercy Malaysia, yang ditubuhkan 20 tahun lalu, menjalankan misi kemanusiaan di negara bergolak akibat bencana, peperangan dan konflik dengan menyalurkan bantuan kemanusiaan dalam bentuk perubatan kecemasan, pemulihan, pembinaan semula dan rehabilitasi.
Wan Syamsul Amly
Sat Dec 28 2019

NORAZAM: Dalam 20 tahun akan datang, Mercy akan terlibat khusus dalam program persediaan bencana dan juga perubahan iklim. - Gambar Astro AWANI

Usaha beri penekanan pelajar asrama penuh sertai STEM penting untuk capai sasaran 60,000 jurutera
Usaha memberikan penekanan supaya 70 peratus pelajar di sekolah berasrama penuh memilih aliran STEM adalah penting untuk mencapai sasaran 60,000 jurutera diperlukan.
Ekonomi: Kabinet UK gesa Reeves fikir semula pemotongan perbelanjaan
Dengan latar belakang pertumbuhan yang tidak stabil, Reeves cuba untuk memastikan perbelanjaan kerajaan tidak melebihi pendapatan bagi memenuhi peraturan bahawa perbelanjaan semasa mesti dibayar daripada resit cukai.
Tenaga kerja: Hakim arah Trump kembalikan semula ribuan pekerja yang dipecat
Keputusan itu merupakan tamparan paling hebat terhadap usaha Trump dan penasihat tertinggi, Elon Musk untuk mengecilkan birokrasi persekutuan secara drastik.

Warga emas ditemukan maut, dipercayai dibunuh
Mayat warga emas dipercayai dibunuh ditemukan di sebuah rumah di Kampung Baru Puchong, Selangor, semalam.
Ekonomi Singapura: Kadar pasaran wang merosot di sebalik peralihan dasar
Purata Kadar Semalaman Singapura (SORA), standard de facto untuk produk pinjaman negara itu, jatuh kepada 2.08% minggu ini, terendah sejak 2022.
Pasaran global: Rakuten Trade kekalkan sasaran FBM KLCI pada 1,730
Ia susulan penjajaran semula pasaran global memandangkan pelabur menyesuai dengan penyederhanaan berterusan di Wall Street.
Pantau Agenda Reformasi: Mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya
Bersama Mohd Sadek Mustaffa, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM membincangkan tentang, mampukah aura Faisal Halim naikkan semangat Harimau Malaya.

Putin sokong gencatan senjata 30 hari
Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis berkata beliau menyokong gencatan senjata selama 30 hari dalam konflik Ukraine yang dicadangkan oleh Amerika Syarikat (AS).
Pengerusi Matrade: Khidmat Reezal Merican disambung 2 tahun lagi
MATRADE berkata pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berdasarkan kejayaan cemerlang yang telah dicapai di bawah kepimpinan Reezal Merican sejak kali pertama dilantik sebagai pengerusi pada April 2023.
Prospek sektor utiliti kekal cerah
Ini kerana permintaan elektrik oleh pusat data diperlukan untuk menyokong peningkatan berterusan dalam infrastruktur penghantaran dan pengedarannya.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Jumlah mangsa banjir di Sabah yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat, manakala Sarawak mencatatkan penurunan setakat 8 malam ini.

Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.

JPBN Sarawak nilai kos baik pulih infrastruktur rosak akibat bencana
Jawatankuasa pengurusan bencana diarahkan untuk kemukakan senarai lengkap ketua isi rumah yang berpindah ke PPS selewat-lewatnya hujung minggu ini.

Kebakaran di selatan California terkawal sepenuhnya selepas 24 hari
Kebakaran Palisades bermula di Pacific Palisades, timur Malibu, sebelum merebak dengan pantas.

Sistem amaran awal, ramalan dan hebahan kurangkan kerosakan bencana sehingga 30 peratus - Pakar
Sistem amaran awal, sistem ramalan bencana dan sistem hebahan yang baik boleh mengurangkan kerosakan akibat bencana sehingga 30 peratus.

Taufan Fengal ragut 19 nyawa di India, Sri Lanka
Puducherry di India dilanda hujan selama 24 jam yang merekodkan paling lebat dalam tempoh 30 tahun.

281 lokasi terjejas bencana di seluruh negara, paling banyak di Terengganu
Sebanyak 281 lokasi di seluruh negara terkesan pelbagai kejadian bencana susulan hujan yang melanda negara dengan paling banyak direkodkan di Terengganu iaitu 131 lokasi.

Mangsa banjir di lima negeri meningkat, tiga lagi menurun
Di Kelantan, jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi.

Sistem amaran awal penting ketika dunia sambut Hari Kesedaran Tsunami
Ini amat penting kerana bencana terkini seperti banjir yang dahsyat di Sepanyol menunjukkan impak yang semakin besar akibat cuaca ekstrem.