AYER KEROH: Tindakan sekumpulan warga asing yang menyamar sebagai profesor dan pelajar serta terlibat kegiatan love scam, penipuan bungkusan (parcel scam) dan pengedaran dadah, berjaya ditumpaskan polis Melaka.
Dalam serbuan di tiga unit pangsapuri dan sebuah rumah di Bukit Beruang dan Ayer Keroh antara jam 5 pagi hingga 10 pagi semalam, polis menahan empat lelaki serta dua perempuan berusia antara 23 hingga 44 tahun, ketika mereka sedang leka menjalankan kegiatan berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Razali Abu Samah berkata, berdasarkan barang kes yang dirampas, sindiket terbabit dipercayai menjalankan kegiatan penipuan itu sejak enam bulan lalu.
“Bukti kegiatan penipuan ini dapat dilihat dengan penemuan skrip yang digunakan untuk berbual dengan mangsa. Skrip itu (menunjukkan) tatacara dia (sindiket) berbual dengan mangsa untuk menipu.
“Pihak polis akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti mangsa yang terlibat berdasarkan rekod perbualan di dalam telefon bimbit yang dirampas,” ujar Razali.
Menurutnya, antara modus operandi yang digunakan sindiket berkenaan adalah dengan memperdaya mangsa menggunakan gambar lelaki berkulit putih bagi menarik minat golongan wanita untuk berbual seterusnya menawarkan cinta dan bungkusan yang akan dihantar kepada mereka.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri sambutan Hari Polis Ke-215 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang hari ini.
Tambah Razali, pihaknya masih menyiasat jumlah kerugian dan bilangan mangsa yang diperdaya sindiket terbabit sejak enam bulan lalu.
Hasil pemeriksaan di rumah suspek katanya, polis menemui pelbagai barangan yang disyaki digunakan untuk melakukan penipuan dan pengedaran dadah.
Antaranya termasuk alat menghisap dadah, sepeket dadah ketamin seberat 2.6 gram, tujuh paket ganja seberat 34.73 gram, seketul ganja mampat seberat 600 gram yang kesemuanya bernilai RM5,000.
Turut dirampas, dua pemacu kilat, enam unit komputer riba, 12 telefon bimbit, seunit alat pencetak, sijil dan dokumen yang disyaki palsu serta buku yang mengandungi skrip untuk menipu mangsa.
Ujarnya, saringan air kencing mendapati, tiga daripada enam suspek positif dadah jenis ganja manakala tiga lagi negatif dadah.
Kesemua suspek disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.
Suspek juga disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, sebat dan denda.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Mar 25 2022
Berdasarkan barang kes yang dirampas, sindiket terbabit dipercayai menjalankan kegiatan penipuan itu sejak enam bulan lalu. - Bernama
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Wanita rugi lebih RM20,000 angkara 'love scam'
Selepas berkenalan, mangsa diberikan satu pautan di Google Chat bagi membolehkan mereka berkomunikasi dengan lebih mudah.
Wanita rugi lebih RM260,000 angkara 'Love Scam'
Seorang wanita berputih mata selepas terjerat sindiket 'Love Scam' menyebabkan kerugian lebih RM260,000, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.
'Love scam': 20 warga asing didakwa menipu
Seorang rakyat Taiwan dan 19 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana didakwa melakukan pakatan jenayah penipuan berkaitan 'Love Scam'.
Dibuai cinta 'ahli geologi marin', peguam rugi RM1.75 juta
Seorang peguam kerugian RM1.75 juta akibat terperdaya dengan love scam atau penipuan cinta setelah berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi aplikasi WhatsApp sejak Julai lepas.
Pesara bank wanita kerugian RM1.98 juta angkara 'love scam'
Wanita itu telah memasukkan wang menerusi 12 transaksi ke 12 akaun berlainan sejak Mei lepas seperti yang diarahkan, untuk menebus bungkusan.
Kesunyian punca wanita terjerat dengan 'love scam'
Kebanyakan wanita yang bekerja dalam bidang profesional menjadi sasaran penipuan ini kerana mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
Lelaki 'wanted' ditahan selepas buat laporan kes jenayah
Seorang lelaki yang dikehendaki polis berkait kes penipuan 'love scam' ditahan selepas hadir ke Balai Polis Pengkalan Chepa di sini untuk membuat laporan berhubung kes jenayah, semalam.
Wanita warga emas di Kuala Terengganu rugi RM24,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas mengalami kerugian apabila wang simpanannya sebanyak RM24,000 lesap akibat terjerat dengan penipuan 'Love Scam'.
Warga emas di Miri rugi lebih RM31,000 terperdaya 'Love Scam'
Seorang wanita warga emas di Miri, di bahagian utara Sarawak mengalami kerugian sebanyak RM31,400 akibat 'Love Scam'.
Penjawat awam di Miri rugi RM12,000 akibat Love Scam
Mangsa berusia lingkungan 20-an telah berkenalan dangan seorang wanita melalui aplikasi Instagram dan seterusnya berhubung melalui WhatsApp.