Polis giat mengesan seorang lelaki berusia awal 30-an yang disyaki menyamar sebagai anggota polis semasa melarikan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, semalam.
Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek yang berkulit sawo matang dan bertubuh kurus itu dipercayai memperdayakan ibu mangsa dengan memaklumkan dia memerlukan pertolongan daripada mangsa.
Katanya, suspek ke rumah mangsa di Kampung Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub sekitar pukul 11 pagi dan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis berpangkat sarjan yang baharu bertukar ke Balai Polis Sungai Ruan.
"Suspek kemudiannya meminta izin mahu membawa mangsa untuk membantu mengambil motosikal yang baharu dibelinya. Ibu mangsa membenarkan dan melihat anaknya menaiki kereta suspek.
Mangsa juga menghubungi ibunya pada pukul 1 tengah hari memaklumkan dia berada di sebuah pasar raya di Raub dan akan pulang tidak lama lagi," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Wan Mohd Zahari menambah pada pukul 3 petang, ibu mangsa sekali lagi menerima panggilan telefon yang mana mangsa memberitahu dirinya di Gua Musang, Kelantan dan berada dalam keadaan selamat dan akan pulang tidak lama lagi.
"Panggilan itu bagaimanapun terputus menyebabkan ibu mangsa cuba menghubungi anaknya beberapa kali namun gagal sebelum dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) memintanya untuk tidak berasa risau," katanya.
Sehubungan itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada pukul 4 petang semalam.
Wan Mohd Zahari menambah laporan media sosial yang menyatakan suspek berpakaian seragam polis adalah tidak benar kerana suspek hanya memperkenalkan diri kepada ibu mangsa sebagai anggota polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana melarikan individu yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan juga boleh didenda serta Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar penjawat awam yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2017
Wan Mohd Zahari menambah laporan media sosial yang menyatakan suspek berpakaian seragam polis adalah tidak benar kerana suspek hanya memperkenalkan diri kepada ibu mangsa sebagai anggota polis. - Gambar fail
Jual Saham MAHB: Langkah tidak adil, bertentangan kepentingan negara - Hamzah
Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, hari ini menyatakan bantahan tegas terhadap cadangan penjualan saham Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) kepada pihak luar.
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Dua maut motosikal terbabas di lebuh raya
Penganjur mohon maaf, dikompaun RM10,000
Penganjur majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu, dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 oleh Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM).
Kerajaan mulakan kajian semula anti lambakan ke atas import besi
Kerajaan telah memulakan kajian semula pentadbiran terhadap duti anti lambakan yang dikenakan terhadap import besi atau keluli bukan aloi gegelung gulungan sejuk.
Agong, Permaisuri ucap selamat Hari Krismas
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Krismas kepada masyarakat beragama Kristian di Malaysia.
Suri rumah rugi RM147,753 terperdaya kerja dalam talian
Seorang suri rumah kerugian RM147, 753 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Tsunami 20 tahun: Aceh siap siaga dengan ilmu bencana dan kearifan lokal
Tsunami yang melanda aceh pada 26 Disember 2004 meragut lebih 130 ribu jiwa, menghancurkan rumah-rumah, infrastruktur awam, serta merta mengubah cara hidup masyarakatnya.
Encyclopedia Britannica kini menjadi sebuah syarikat AI
Britannica kini menawarkan perisian pendidikan dan telah memasuki arena AI untuk terus relevan, dengan chatbot AI yang menyokong Bahasa Inggeris.
Kurangkan kemalangan melalui pendidikan berterusan
Profesor Dr Rozmi Ismail, memberitahu, insiden kemalangan jalan raya akibat kenderaan lain boleh dikurangkan melalui pendidikan atau advokasi berterusan dan aktiviti penguatkuasaan.
Contohi Jepun pantau keselamatan pemanduan kenderaan berat
Malaysia seharusnya mencontohi Jepun yang menekankan keselamatan pemanduan kenderaan berat di lebuh raya termasuk pemantuan ketat dalam kalangan pemandu.
Dua remaja perempuan berdepan detik cemas hampir diculik di Gerik
Dua remaja perempuan berusia 14 tahun menempuh detik cemas apabila hampir menjadi mangsa culik di Kampung Padang, Gerik dalam kejadian berasingan pada Isnin dan semalam.
Kanak-kanak dalam video tular bukan mangsa cubaan culik tapi mangsa amang seksual - Polis
ACP Wan Azlan berkata, siasatan mendapati kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun itu mungkin mangsa amang seksual.
Orang ramai perlu telus, jujur buat laporan orang hilang - Polis
Pengadu perlu bersikap amanah dan bertanggungjawab terhadap aduan yang dikemukakan.
20 pelajar perubatan diculik di Nigeria
Pelajar-pelajar dari Universiti Jos diculik dan dijadikan tebusan oleh kumpulan bersenjata pada petang Khamis di Otukpo.
Kes larikan dua budak: Penjual pisang goreng tiba di mahkamah
Suspek berusia 32 tahun itu yang memakai baju lokap warna biru tiba menaiki trak polis pada jam 8.20 pagi.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Lebih 200 pelajar diculik di Nigeria, kes terbesar sejak 2021
Insiden penculikan ratusan murid di utara Nigeria disifatkan sebagai kes penculikan terbesar yang mensasarkan sebuah sekolah sejak 2021.
Tiga sahabat terlepas tali gantung, penjara 35 tahun kerana culik, bunuh ahli perniagaan
Seorang bekas kerani wanita dan dua rakannya terlepas tali gantung selepas Mahkamah Rayuan hari ini menggantikan hukuman mati mandatori itu kepada 35 tahun penjara.
Dakwaan cubaan culik di Pantai Kemayang hanya salah faham - Polis
Semua yang terlibat telah dipanggil ke Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan.