SHAH ALAM: Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari sehingga 30 April lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, nilai kerugian ini melibatkan 49 kertas siasatan yang dibuka berkaitan kes berkenaan.
Beliau berkata, NSRC adalah pusat panggilan yang berperanan menyelaras tindakan pantas terhadap penipuan dalam talian terutamanya mengesan wang yang dipindahkan.
"Bagaimanapun kewujudan NSRC ini telah dimanipulasi oleh sindiket penipuan menerusi penyamaran sebagai pegawai pusat ini bagi memperdaya mangsa.
"JSJK telah membuka 49 kertas siasatan sejak awal tahun ini melibatkan kerugian yang dicatatkan mangsa sebanyak RM6,798,548.95," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.
Katanya, mangsa menerima panggilan individu yang mendakwa pegawai NSRC serta diminta mengikut segala arahan sehingga mengakibatkan mereka membuat pindahan wang ke akaun yang diberikan.
"Pegawai terbabit memaklumkan NSRC kononnya akan membatalkan nombor telefon mangsa kerana terdapat aduan bahawa nombor telefon itu telah menghantar pautan haram serta mesej penipuan.
"Panggilan itu kemudian disambung kepada individu lain yang menyamar sebagai pegawai polis," katanya.
Menurutnya, NSRC adalah pusat yang hanya menerima panggilan daripada orang ramai dan ia berbentuk komunikasi sehala sahaja.
"NSRC tidak akan membuat panggilan kepada mana-mana individu dan sebarang panggilan yang mengaku daripada pihak NSRC adalah satu penipuan," katanya.
Ramli berkata, mangsa terlibat digesa segera menghubungi NSRC di talian 997 dengan segera untuk memaklumkan kejadian penipuan yang berlaku.
"Sebaiknya panggilan hendaklah dibuat dalam tempoh kurang 24 jam agar peluang tinggi untuk membuat sekatan terhadap wang yang telah dipindahkan," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 09 2024

Menurut Ramli, kewujudan NSRC ini telah dimanipulasi oleh sindiket penipuan menerusi penyamaran sebagai pegawai pusat ini bagi memperdaya mangsa. - Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Syarikat kurier tidak buat panggilan kepada pelanggan minta pindahan wang - Polis
Syarikat kurier tidak akan membuat panggilan kepada pelanggan bagi meminta pindahan wang dilakukan untuk mendapatkan barangan mereka yang sedang dalam pemeriksaan.

Menyamar pegawai NSRC, nilai kerugian lebih RM6.8 juta
Lebih RM6.8 juta nilai kerugian dicatatkan melibatkan kes penyamaran sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak 1 Januari lalu.