KUALA LUMPUR : Sara Sofea Muhammad Illaham yang pernah mencipta rekod sebagai pendaki termuda Asia Tenggara menawan Gunung Elbrus di Rusia pada 2019, sekali lagi mempamerkan prestasi cemerlang.
Ternyata penglibatan dalam aktiviti sukan lasak tidak menghalang remaja berusia 18 tahun ini mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
Atas kecemerlangan akademik dan ko-kurikulumnya itu, Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJA) menyampaikan sumbangan RM2,000 sebagai insentif dan penghargaan kepada Sara Sofea baru-baru ini.
Ia susulan kejayaan yang dikecapi Sara sebelum ini pada 15 Ogos 2019 di bawah Program Pendakian Belia Merdeka 2020 anjuran KLA sehingga menyaksikan pelajar Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor itu mencatat kejayaan mendaki ke puncak gunung tertinggi di benua Eropah berkenaan, yang setinggi 5,642 meter
Dalam satu kenyataan, KJA memaklumkan majlis penyerahan sumbangan itu dilakukan secara dalam talian oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Yang Farina Abdul Aziz yang juga penggiat sukan mendaki gunung.
Dalam kenyatan sama Sara Sofea turut menceritakan beliau bercadang untuk menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran di samping akan meneruskan minatnya dalam sukan mendaki gunung.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana saya berjaya mencapai sasaran saya untuk mendapat keputusan 9A dalam SPM baru-baru ini. Terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi.
“Saya merasa bertuah kerana ayah saya banyak membimbing saya dalam sukan mendaki gunung ini di mana pengalaman ayah saya sebagai Pendaki Everest amat membantu saya dalam semua pendakian saya sebelum ini.
“Minat saya dalam sukan mendaki ini akan saya teruskan dan saya merancang untuk mendaki ke gunung yang lebih tinggi pula selepas ini seperti Gunung Aconcagua, Argentina, yang tertinggi di Amerika Selatan dan Gunung Vinson Massif yang tertinggi di benua Antartika,” ujarnya.
Tambah beliau, sukan mendaki gunung yang ceburinya telah banyak memberi inspirasi kepada dirinya untuk berjaya dalam akademik.
Ini kerana menurutnya, kepayahan dan keperitan ketika mendaki gunung telah mengajarnya erti semangat perjuangan dan tidak putus asa dalam apa sahaja yang dilakukan.
"Situasi ketika mendaki gunung yang mencabar itu telah mengajar saya supaya kuat dari segi mental dan fizikal. Semangat itulah yang telah saya gunakan dalam bidang akademik sehingga saya berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini," katanya.
Bagi Sara Sofea, pembabitan dalam sukan ekstrem mendaki gunung itu tidak sesekali menjejaskan tumpuan dalam pelajarannya.
Beliau turut berterima kasih kepada bekas Pengetua sekolahnya, Mohd Shahadan Abdul Rahman yang menyokong pembabitannya dalam sukan mendaki gunung dengan membenarkannya mengambil cuti tambahan ketika melaksanakan pendakian di Gunung Elbrus itu.
Selain itu, Sara Sofea turut menzahirkan penghargaan kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum & Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), atas kerjasama dalam menjayakan pendakian ke puncak tertinggi benua Eropah itu.
“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada bekas Pengarah BSKK, Encik Zainal Abas, bekas Pengetua saya, Cikgu Mohd Shahadan dan semua guru-guru yang mengajar sembilan mata pelajaran di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, atas kejayaan ini. Tanpa cikgu-cikgu semua, tak mungkin saya mampu mencapai impian saya ini, terima kasih semua," ujarnya.
Sementara itu, Timbalan Presiden KJA, Zainuddin Lot berkata, pihaknya akan berusaha mencari penaja untuk menyokong impian Sara Sofea untuk menawan dua puncak tertinggi di benua Amerika Selatan dan Antartika itu.
"Kita sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sudi untuk tampil sebagai penaja kepada ekspedisi tersebut dan berharap Sara Sofea akan membawa nama negara sebagai pendaki wanita termuda Malaysia yang berjaya menawan puncak Aconcagua dan Vinson Massif," kata Zainuddin.
Nursyazwani Saiful Sham
Tue Jun 22 2021

Bagi Sara Sofea, pembabitan dalam sukan ekstrem mendaki gunung itu tidak sesekali menjejaskan tumpuan dalam pelajarannya. - Foto: KJA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Menuju puncak! Sara Sofea yang pernah tawan Gunung Elbrus raih 9A SPM
Ternyata penglibatan dalam aktiviti sukan lasak tidak menghalang remaja berusia 18 tahun ini mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.

Banjir Lumpur: Rakyat Malaysia dipindah ke tempat selamat
Kementerian Luar mengesahkan 19 pendaki Malaysia yang terkandas susulan banjir lumpur di Perkampungan Terskol, Rusia tiba di puncak Gunung Elbrus dan kemudian turun dengan selamat di kaki gunung.

Misi Gunung Elbrus: Pendaki tiba di zon selamat
Muhammad Rafi Kori berkata, kesemua 17 pendaki itu, yang pada Jumaat terkandas ekoran banjir lumpur yang melanda perkampungan yang terletak berhampiran gunung itu, akan berlepas ke Moscow pada Isnin.

Misi Elbrus: 17 pendaki Malaysia berusaha keluar dari kawasan bencana
Ketua Ekspedisi Ahmad Fakhri Abu Samah berkata cuaca sejak Jumaat sudah bertambah baik dan 16 pendaki telah pun berjaya sampai ke puncak pada awal Sabtu.

Banjir lumpur di Perkampungan Terskol, Rusia: 19 pendaki Malaysia terkandas
Dalam kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata pendaki Malaysia yang terjejas akibat bencana itu dilaporkan selamat.