PUTRAJAYA: Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock, yang kini berada dalam rangka lawatan ke rantau Asia Tenggara akan adakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Jumaat (12 Jan).
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), lawatan ke Malaysia itu menunjukkan pengukuhan hubungan yang semakin mendalam antara kedua-dua negara itu.
Lawatan ini menyusul lawatan rasmi oleh Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier ke Malaysia pada Februari 2023 yang bertujuan meningkatkan lagi hubungan diplomatik.
Semasa lawatan itu, Baerbock akan mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Putra.
Perbincangan dijangka merangkumi pelbagai topik mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang menarik minat bersama, termasuk hubungan Malaysia-Jerman, Hubungan Dialog ASEAN-EU, kerjasama dalam Perkongsian Pembangunan ASEAN-Jerman, perubahan iklim, tenaga boleh baharu dan situasi di Asia Barat, menurut kenyataan itu.
Baerhock juga akan membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, menunjukkan keutamaan yang diberikan oleh kedua-dua negara kepada dialog diplomatik pada peringkat tertinggi.
Beliau juga dijadualkan untuk berinteraksi dengan wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tempatan semasa lawatannya ke Putrajaya, tambah kenyataan itu.
Jerman merupakan rakan dagang terbesar Malaysia di kalangan negara-negara anggota EU sejak tahun 2000, manakala Malaysia merupakan rakan dagang terbesar Jerman di kalangan negara-negara anggota ASEAN.
Angka perdagangan menunjukkan hubungan yang kukuh, dengan perdagangan Malaysia dengan Jerman meningkat sebanyak 7.2 peratus kepada RM58.37 bilion (AS$12.81 bilion) dari Januari hingga November 2023 berbanding dengan tempoh yang sepadan pada tahun 2022. - BERNAMA
Bernama
Fri Jan 12 2024
Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock, akan mengadakan pertemuan bilateral dengan rakan sejawatnya Datuk Seri Mohamad Hasan di Wisma Putra serta membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar REUTERS
Abang lemas cuba selamatkan adik jatuh tali air di Bachok
Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya masih hilang dalam kejadian lemas di tali air Kampung Kubang Telaga, Bachok, petang tadi.
Digital nomad: New Zealand longgarkan peraturan visa pelawat
New Zealand juga menyasarkan pelancong yang mahukan peluang untuk bekerja sambil mengembara di negara itu.
Menara loceng bangunan abad ke-19 di Paris musnah
Kebakaran di bangunan pentadbiran daerah ke-12 Paris memusnahkan menara loceng dalam kejadian awal pagi Isnin.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Menurut Pegawai Polis Paris, Laurent Nunez, tiada mangsa korban susulan kebakaran yang dikesan bermula di bahagian bumbung bangunan abad ke-19 itu.
Eksekutif letak jawatan akibat dakwaan salah laku seksual
Dua eksekutif syarikat Fuji Media Jepun umum letak jawatan selepas mengakui gagal menangani isu dakwaan salah laku seksual melibatkan pengacara terkenal, Masahiro Nakai.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Pengerusinya, Shuji Kanoh dan Ketua Unit Televisyen, Koichi Minato mengumumkan perletakan jawatan tersebut menerusi satu sidang media pada Isnin.
Tumpuan Selasa – 29 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (27 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kepengerusian ASEAN: JPJ tingkat pengawasan di KLIA bendung 'ulat teksi'
JPJ Selangor akan melakukan pengawasan lebih intensif bagi membendung kegiatan 'ulat teksi' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ribuan banduan di Congo loloskan diri dari penjara
Difahamkan, perkara ini tercetus apabila sekumpulan pemberontak yang disokong Rwanda berjaya memasuki ke bandar Goma di timur Congo.
Harapan untuk pulang musnah, Israel dan Hamas tuduh langgar perjanjian
Rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal seperti Omar Halawa menunggu selama berjam-jam di penghadang tentera Israel di Wadi Gaza, berusaha untuk menyeberangi jalan pesisir.
Usaha Lestari Niaga perkasa peniaga kecil serta tarik pelancong
Dr Zaliha menambah, langkah ini bertujuan mempermudah urusan mendapatkan lesen perniagaan sekali gus memberi peluang pendapatan tambahan kepada pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Jerman seru tindakan segera redakan konflik Asia Barat
Langkah konkrit di Asia Barat amat diperlukan bagi mengurangkan ketegangan dan mengelakkan lebih banyak korban dalam kalangan orang awam.
Menteri Luar Jerman lawat Malaysia hari ini
Lawatan Annalena Baerbock ke Malaysia menunjukkan pengukuhan hubungan yang semakin mendalam antara kedua-dua negara itu.