PUTRAJAYA: Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohamed Azmin berkata perkara itu dinyatakan dalam pertemuan mereka di sini hari ini dimana pelaburan yang akan dibuat itu adalah selari dengan dasar Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) yang menekankan pelaburan berkualiti dan berteknologi tinggi.
Beliau berkata elektrik dan elektronik, industri kimia, automatif, aeroangkasa dan ekonomi digital adalah antara antara sektor dibawah NIA yang akan diberikan perhatian oleh Malaysia untuk menarik pelabur Australia.
"Ini satu pendekatan baharu bukan sahaja pelaburan masuk ke dalam negara tetapi mereka bersedia untuk membuat pemindahan teknologi-teknologi baharu dan juga mewujudkan ekosistem perniagaan dan membina rantaian bekalan global dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.
"Pelabur Australia akan mengurangkan kebergantungan kita kepada tenaga pekerja asing dan beri peluang kepada PKS dalam negara untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global dan ini komitmen yang telah diberikan," kata Mohamed Azmin kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Wong hari ini.
Pertemuan kira-kira sejam di sebuah hotel di sini bersempena lawatan rasmi tiga hari Wong ke Malaysia yang bermula semalam telah membincangkan pelbagai perkara antaranya membincangkan usaha untuk memperkukuhkan hubungan dua hala Australia dan Malaysia serta ekonomi perdagangan antara Australia dan Malaysia.
Mohamed Azmin berkata kedua-dua negara juga bersetuju supaya Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA) disemak semula supaya ia lebih relevan kepada tuntutan semasa.
Bekas Menteri Perdagangan Australia Craig Emerson dan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia Datuk Seri Mustapa Mohamed menandatangani MAFTA di Kuala Lumpur pada 22 Mei 2012. Perjanjian itu mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2013.
Australia merupakan rakan dagang ke-13 terbesar Malaysia pada 2021 dengan jumlah perdagangan berjumlah RM52.28 bilion (US$12.43 bilion), meningkat 28.7 peratus berbanding nilai yang direkodkan pada 2020.
Mohamed Azmin berkata Malaysia dan Australia sependapat supaya proses rundingan untuk menaik taraf Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Australia-New Zealand (AANZFTA) dapat dimuktamadkan penghujung tahun ini (2022) supaya kerjasama ekonomi dapat diperkukuhkan dalam bidang strategik yang baharu.
"AANZFTA telah dipersetujui menjadi keutamaan bagi negara-negara anggota untuk meningkatkan kerjasama di dalam platform perdagangan bebas ini," katanya.
AANZFTA yang melibatkan 10 negara anggota ASEAN, Australia dan New Zealand, mula berkuat kuasa pada Januari 2010. Ia memansuhkan tarif untuk 90 peratus daripada barangan yang didagangkan antara blok itu dan dua negara tersebut.
Menurut laman web aseanbriefing.com, perjanjian itu akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2025 dengan hampir semua perdagangan antara negara-negara ASEAN, Australia dan New Zealand adalah bebas daripada tarif.
Mohamed Azmin berkata perjanjian perdagangan bebas itu penting kerana Malaysia sebagai sebuah ekonomi yang kecil dan negara dagang yang kecil memerlukan rakan-rakan untuk mengembangkan potensi atau pasaran yang lebih luas.
Menurutnya, setakat ini Malaysia telah menandatangani dan meratifikasi 15 perjanjian perdagangan bebas iaitu tujuh secara bilateral dan lapan secara regional.
"Pasaran dalam negara ini kecil dan sudah tentu dengan penyertaan Malaysia dalam banyak perjanjian perdagangan bebas ini dapat membuka ruang (lebih luas).
"Salah satu perjanjian bebas ini adalah AANZFTA, apa yang pasti ia memberikan peluang kepada penggiat tempatan untuk menembusi pasaran di kalangan negara ASEAN, Australia dan New Zealand.. kita (penggiat tempatan) dapat menikmati duti import yang dihapuskan atau pun pasaran yang lebih luas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong di Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Cari bakat dengan kemahiran baharu lebih sukar daripada cari pelaburan – ALP Wahed Ventures
Ahli Lembaga Pengarah Wahed Ventures, Noor Amy Ismail berkata mencari bakat dengan kemahiran baharu yang diperlukan oleh industri ketika ini adalah lebih sukar berbanding mendapatkan pelaburan untuk masuk ke dalam negara. Jelasnya, antara punca kepada cabaran tersebut adalah kerana sukar mencari institusi pendidikan yang boleh memberikan latihan yang diperlukan. #DialogTigaPenjuru
PM Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Menteri Luar Australia Penny Wong yang kini berada di Malaysia.
Australia hormati apa-apa keputusan terhadap Lynas - Penny Wong
Australia menghormati sebarang keputusan kerajaan Malaysia berhubung operasi loji nadir bumi di Gebeng, Pahang milik Lynas Rare Earths Ltd, kata Menteri Luar Australia Penny Wong.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Australia
Pada pertemuan itu mereka berbincang isu-isu kepentingan bersama termasuk kerjasama ekonomi, dasar luar dan perkembangan serantau.
Menteri Luar Australia Penny Wong adakan lawatan kerja ke Malaysia bermula Isnin
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir akan menerima kunjungan rakan sejawatnya dari Australia Penny Wong sempena lawatan kerja dua hari beliau ke Malaysia bermula Isnin.
Lawatan ke Sabah umpama balik kampung - Penny Wong
Senator Penny Wong menyifatkan lawatan beliau ke Sabah tidak ubah seperti pulang ke kampung halamannya.
Menteri Luar Australia setuju untuk tarik pelaburan ke Malaysia
Menteri Luar Australia Penny Wong bersetuju untuk memperkenalkan pelabur baharu dari Australia untuk membuat pelaburan di Malaysia.
Menteri Luar Australia Penny Wong berkongsi sedikit asal usul kelahirannya di Malaysia
Wong dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah pada 1968 hasil perkahwinan antara ibunya kelahiran Australia dan bapanya rakyat Malaysia.
Pendidikan satukan Malaysia dan Australia sejak berdekad lalu - Penny Wong
Menteri Luar Australia, Senator Penny Wong berkata, Malaysia kini menjadi tuan rumah bagi bilangan tertinggi universiti-universiti Australia di luar negara.
Menteri Luar Australia lawat Astro AWANI
Senator Penny Wong mengadakan kunjungan ke Astro AWANI sebagai tetamu khas dalam program Consider This.
Menteri Luar Australia adakan lawatan tiga hari ke Malaysia bermula Selasa
Menteri Luar Australia Senator Penny Wong akan mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Malaysia mulai esok.