KUALA LUMPUR: Beberapa menteri Kabinet hari ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata rakyat negara ini tanpa mengira kaum akan bersama-sama meraikan setiap perayaan tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang yang menjadi daya tarikan pelancong asing untuk merasai keharmonion rakyat negara ini
"Inilah keunikan masyarakat kita yang tidak ada di tempat lain," katanya yang turut menitip pesanan kepada perantau yang pulang ke kampung halaman supaya memandu dengan berhati-hati.
Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata mengambil semangat Aidilfitri, beliau dan warga kementerian berkenaan komited mengukuhkan tekad untuk terus bekerja kuat demi rakyat dan negara.
"Sambutlah Aidilfitri dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan bersama insan tersayang. Didikan yang diperoleh di sepanjang madrasah Ramadan meningkatkan kefahaman akan erti kesabaran, kasih sayang, ihsan, kesunggguhan dan bermacam lagi," menurut ciapan beliau di Twitter.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkata perayaan Aidilfitri dapat mengeratkan keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia.
"Inilah masanya menghulur tangan bermaafan dan mengeratkan hubungan sesama kita. Lupakan sengketa dan tingkatkan keharmonian dalam perpaduan," katanya di Facebook.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa mengajak umat Islam bersama-sama bersyukur dan merenungkan segala nikmat yang diberikan oleh Allah SWT.
"Nikmat yang tidak terhingga, seperti kesihatan, keluarga, kebahagiaan dan pelbagai kurniaanNya lagi. Semoga kita terus bersyukur dan memperoleh keberkatan dari Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin," katanya dalam video yang dimuat naik di Facebook beliau.
Esok umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Beberapa menteri Kabinet hari ini mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam. - Gambar fail/BERNAMA
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Keputusan biopsi kedua adik Fatimah, 'The Family UK' diketahui 10 hingga 14 hari
Keputusan biopsi kedua Fatimah Omar Mukhlis, kanak-kanak cilik yang pernah tular kerana kepetahannya bercakap dalam loghat Kelantan walaupun membesar di UK, akan diketahui dalam tempoh 10-14 hari.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Saya akan rindu nyanyian ‘live’ Hail Amir - Lufti Ameer
Kesihatan Datuk Hail Amir sebelum ini dalam keadaan baik malah sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri di Pulau Pinang baru-baru ini.
Aishah terkejut, tak sangka video nyanyian spontan tepi jalan jadi tular
Menurut Aishah, tindakan yang dilakukannya itu adalah secara kebetulan dan tidak dirancang sama sekali.
5.9 bilion tontonan di TikTok Malaysia direkodkan sepanjang Ramadan, awal Raya
Tiktok Shop dilihat berkembang menjadi tumpuan ramai pengguna untuk membeli barangan, kerana ia turut digayakan dan didemonstrasikan.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Shila Amzah terbuka menerima kunjungan ibu dan adik nak datang beraya - “Andai kata mama dan Syada mahu...”
Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia terbuka menerima kehadiran ibu dan adik-beradiknya untuk datang ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.