KUALA LUMPUR: Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya diadakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan memberi jaminan itu kerana ia merupakan keputusan Jemaah Menteri supaya mana-mana menteri, penjawat awam mahupun agensi kerajaan untuk tidak menggunakan jentera kerajaan sebaik selepas hari penamaan calon.
"Ini kerana ada kaitan dengan prinsip yang kita bawa ini (membanteras rasuah), budaya rasuah yang kita tidak mahu diteruskan tetapi kalau umpamanya penerusan projek sebelum (hari) penamaan calon (sesuatu pilihan raya) saya tidak fikir ia perlu dibangkitkan.
"Kalau ada pelanggaran ini tentunya Jemaah Menteri harus mengambil tindakan disiplin kerana melanggar keputusan Jemaah Menteri," katanya semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Perdana Menteri menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menghentikan budaya seperti pelaksanaan pengumuman projek baharu di sesuatu kawasan yang terlibat pilihan raya.
Menjawab soalan asal Awang yang ingin tahu fokus kerajaan dalam usaha pencegahan rasuah, meningkatkan tatakelola dan integriti pentadbiran perkhidmatan awam serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selaras Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028, Anwar berkata kerangka strategi itu dijangka dibentangkan di sidang Parlimen, esok.
"Ini (NACS 2024-2028) adalah satu kesinambungan yang lalu tetapi ia dimantapkan secara lebih spesifik mengenai apa-apa isu tentang dasar dan strategi pelaksanaan.
"Kita lihat umpamanya, masalahnya ialah penguatkuasaan, dan sebab itu dalam strategi NACS ditekankan lima strategi teras dan ada substrategi dan strategi penguatkuasaan termasuk pendidikan, kebertanggungjawaban awam, suara rakyat dan insentif untuk membanteras rasuah ini," kata Anwar.
Mengenai soalan Awang berhubung pelaksanaan reformasi institusi agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat berfungsi secara telus dan bebas dari campur tangan eksekutif, Anwar berkata suruhanjaya itu akan dikekalkan sebagai badan pemantau bagi hal berkaitan rasuah dan salah laku dalam negara.
Selain itu, peranan sama akan dimainkan jawatankuasa sedia ada iaitu Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah yang dianggotai Ahli Parlimen.
Bernama
Tue Jul 09 2024

Anwar berkata, Jemaah Menteri membuat keputusan supaya mana-mana menteri, penjawat awam mahupun agensi kerajaan tidak boleh menggunakan jentera kerajaan selepas hari penamaan calon. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Menteri dikenakan tindakan disiplin jika guna jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya - PM
Tindakan disiplin akan diambil sekiranya terdapat bukti menteri atau agensi kerajaan menggunakan jentera kerajaan semasa kempen pilihan raya diadakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jangan guna jentera kerajaan berkempen untuk parti politik - Fahmi
Peringatan itu dibangkitkan beliau semasa sesi libat urus bersama pegawai lapangan Jabatan Penerangan Kelantan, malam tadi.

Banjir: Defisit kepercayaan kepada ahli politik, namun jentera kerajaan masih utuh - MBM
Defisit berkenaan adalah disebabkan sesetengah ahli politik tidak menunjukkan kompetensi dalam menyelesaikan isu dan bantuan kepada mangsa.

Kecelaruan politik tidak jejaskan komitmen jentera kerajaan kepada negara
Di sebalik segala kekecohan yang berlaku, kehidupan berjalan seperti biasa buat penjawat dan pentadbir awam.

Kerajaan adalah Perdana Menteri, kata Tan Sri Ismee
Ismee hari ini bertikam lidah dengan peguam Najib, Harvinderjit Singh mengenai perkataan "kerajaan" yang mana dia bertegas menyatakan pendiriannya bahawa dalam pemikirannya, Najib adalah kerajaan.

Kuasa SPR terhad kerana sistem keadilan negara - Pengerusi
Pengerusinya Azhar Azizan Harun berkata ini disebabkan sistem undang-undang negara sedia ada yang tidak memberi kuasa menyiasat atau mendakwa pesalah laku kepada SPR.

Saya tidak guna jentera untuk berkempen di PD - Wan Azizah
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan beliau tidak menggunakan jentera kerajaan ketika berkempen pada PRK Port Dickson.

Saya tidak guna jentera kerajaan untuk berkempen - Halimey
Halimey turut menegaskan bahawa beliau tidak memberi sebarang sumbangan atau barangan kepada sesiapa.

Usaha tangani rasuah sekarang lagi sukar - Tun Mahathir
Kerajaan akan menggubal undang-undang bagi mengurangkan dan sekaligus menghapuskan rasuah di Malaysia.