Bekas Pengerusi Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau mengaitkan perkataan "kerajaan" dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Saksi pendakwaan ke-39, Tan Sri Ismee Ismail, 54, hari ini bertikam lidah dengan peguam Najib, Harvinderjit Singh mengenai perkataan "kerajaan" yang mana saksi itu bertegas menyatakan pendiriannya bahawa dalam pemikirannya, Najib adalah kerajaan.
Merujuk kepada kenyataan saksi yang dibacakannya pada 10 Jun, Ismee berkata beliau pernah membangkitkan isu mengenai tadbir urus SRC dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif SRC Nik Faisal Ariff Kamil, yang selalunya akan mengatakan perkara yang dibangkitkan itu telahpun dibincangkan dan dipersetujui oleh "kerajaan".
"Pada pendapat saya, 'kerajaan' yang dimaksudkan oleh Nik Faisal itu adalah Najib," tambah beliau.
BACA: Lembaga Pengarah SRC tidak tahu Nik Faisal ialah 'perantara' Najib, SRC
Harvinderjit menegaskan bahawa Perdana Menteri seorang diri tidak melambangkan kerajaan kerana ia melibatkan keseluruhan jentera (kerajaan).
Harvinderjit: Pada Ogos 2011, Nik Faisal berkata perkara-perkara dalam SRC dimudahkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), kelulusan datang daripada Menteri Kewangan Diperbadankan (MoF Inc).
Jika Nik Faisal kata perkara-perkara ini telah diputuskan oleh kerajaan adakah kamu bersetuju bahawa ia tidak diputuskan oleh Najib (sendirian) tetapi diputuskan di peringkat kerajaan sama ada oleh MoF, EPU, atau MoF Inc?
Ismee: Kami semua tahu bahawa kerajaan adalah Perdana Menteri….
Harvinderjit: Tetapi ia tidak menyiratkan bahawa kerajaan adalah Perdana Menteri kerana kerajaan itu bukan sahaja Perdana Menteri, keputusan-keputusan perlu melepasi keseluruhan jentera (kerajaan).
Ismee: Setahu saya ia (kerajaan) (adalah) Perdana Menteri… Apabila perkataan 'kerajaan' disebut, dalam fikiran kami (lembaga pengarah) apa yang kami faham ia merujuk kepada Perdana Menteri.
Saksi itu juga bersetuju kepada cadangan Harvinderjit bahawa tingkah laku Nik Faisal jelas menunjukkan beliau tidak berlaku jujur dengan lembaga pengarah dalam beberapa perkara berkaitan perniagaan syarikat.
Harvinderjit: Pengeluaran sebahagian daripada pinjaman, pemindahan wang pinjaman dari akaun SRC dan kemudiannya pengeluaran sebahagian daripada pinjaman kedua dari Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) tidak ditunjukkan kepada lembaga pengarah (oleh Nik Faisal)?
Ismee: Tidak.
Harvinderjit: Kamu bersetuju atau tidak ini satu penipuan serius oleh Nik Faisal?
Ismee: Ya.
Najib, 66, menghadapi tiga tuduhan pencah amanah jenayah, satu tuduhan menyalahgunakan kuasa dan tiga tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 17 2019

Ismee juga bersetuju bahawa tingkah laku Nik Faisal jelas menunjukkan beliau tidak berlaku jujur dengan lembaga pengarah dalam beberapa perkara berkaitan perniagaan syarikat.

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.