SERI KEMBANGAN: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming membayangkan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak akan diadakan dalam tempoh empat tahun akan datang, iaitu sehingga tamat tempoh penggal pentadbiran kerajaan MADANI.
Sebaliknya beliau menegaskan, akan terus memfokuskan tujuh agenda utama untuk digerakkan dengan berkesan sebagai teraju baharu di kementerian itu.
"Mengenai Pilihan Raya PBT, jawapan saya konsisten. Keutamaan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada waktu ini adalah memfokus kepada tujuh agenda yang saya umumkan pada hari pertama saya memikul amanah dan tanggungjawab sebagai Menteri KPKT.
"Negara baru sahaja pulih daripada pergolakan politik pada Julai lalu (Pilihan Raya Negeri). Sekarang adalah waktu untuk meredakan suhu politik dan mefokuskan kepada kerja-kerja yang memberi manfaat kepada rakyat," katanya pada sidang media lepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Bazar Rakyat, di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Kor Ming memberitahu, perkara itu juga sudah dibincangkan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Zaliha Mustafa dan beliau konsisten dengan keputusannya.
Katanya, Pilihan Raya PBT yang dimansuhkan kuatkuasanya sejak 1976 itu bukan keutamaan kepada KPKT.
"Saya sentiasa berinterasi dengan YB Zaliha, kakak saya dan kami bekerja sebagai satu pasukan. Jawapan kami konsisten," jelasnya.
Baru-baru, dalam Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan, Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan, Tan Kok Wai mencadangkan supaya mengembalikan Pilihan Raya PBT sebagai usaha bagi memperkukuh demokrasi di Wilayah Persekutuan.
Cadangan itu bagaimanapun dibantah Pas yang menyifatkan cadangan itu berbahaya dan boleh menyebabkan monopoli kaum disebabkan pecahan populasi mengikut kaum tidak seimbang khususnya di Wilayah Persekutuan.
Dalam pada itu, Pakar Perlembagaan, Prof Madya Muhammad Fathi Yusof dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebelum ini menjelaskan, Pilihan Raya PBT tidak boleh dilaksanakan kerana peruntukkan mengenai pilihan raya itu dalam Akta Pilihan Raya Kerajaan Tempatan (Akta 473) sudah dimansuhkan dan dihenti kuatkuasanya sejak 1976.
Ia selepas subseksyen 15(1) Akta Kerajaan Tempatan 1973 (Akta 171) yang memperuntukkan mengenai pilihan raya kerajaan tempatan dalam Akta 473 sudah tidak terpakai.
Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak boleh melaksanakan Pilihan Raya PBT kerana Seksyen 10 Akta 171 menetapkan pelantikan keanggotaan Ahli Majlis PBT dibuat secara lantikan.
Umavathi Ramayah
Thu Dec 28 2023

Nga Kor Ming (kanan) menyapa penjaja sayur-sayuran semasa mengadakan lawatan kerja ke Pasar Bazar Rakyat Jalan SK 6/1, Seri Kembangan Selangor, pada Khamis. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Pilihan raya PBT: Perlu situasi 'menang-menang' buat semua kaum - Mat Sabu
Pilihan raya PBT bagi memilih Datuk Bandar dan Ahli Majlis jika ia dilaksanakan semula, perlu memastikan berlaku situasi 'menang-menang'.

PBT boleh muflis jika ahli majlis dipilih ikut parti - Wan Mahmood
Wan Mahmood bercakap berdasarkan pengalaman beliau berkhidmat dalam beberapa PBT.

Pilihan raya kerajaan tempatan tidak sesuai - Wan Rosdy
Sistem yang diguna pakai pada masa sekarang masih sesuai dengan kehendak semasa susulan cadangan mewujudkan pilihan raya kerajaan tempatan.

Pilihan Raya PBT: 'Lama-lama kita ditolak beransur-ansur' - Tuan Ibrahim
Pas nyatakan kebimbangan berhubung kenyataan Dr Zaliha berhubung untuk membuka laluan perbincangan bagi pelaksanaan Pilihan Raya PBT.

Laksana pilihan raya PBT, pastikan ADUN, Ahli Parlimen fokus gubal dasar - Penganalisis
Pilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan mendekatkan rakyat dengan pihak yang bertanggungjawab terhadap isu infrastruktur yang memberi kesan kepada kehidupan seharian.

Pas gesa PM henti naratif kembalikan pilihan raya PBT
Pemansuhan pilihan raya PBT antara lain bertujuan untuk menghindari penguasaan Kerajaan Tempatan oleh satu-satu kumpulan etnik.

Beri masa kepada Dr Zaliha pertimbang cadangan pilihan raya PBT - Fahmi
Dr Zaliha perlu diberi masa untuk mempertimbangkan gesaan DAP supaya pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) diadakan di ibu negara.

Selangor tidak akan adakan pilihan raya PBT dalam waktu terdekat
Kerajaan Selangor tidak akan mengadakan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) peringkat negeri dalam waktu terdekat.