KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan antara orang Islam dan bukan Islam.
Beliau berkata, proses berkenaan adalah berbentuk tidak formal dan memerlukan satu platform yang sesuai dilaksanakan untuk mereka yang menghadapi masalah dibantu secara informal dan bukan dalam konteks mahkamah.
“Hal ini kerana melibatkan pertikaian antara Islam dan bukan Islam, bapa yang bukan Islam dan ibu yang Islam dan anak yang beragama Islam tanpa memprejudiskan antara orang Islam dan bukan Islam. Selain membabitkan dua mahkamah yang berbeza iaitu sivil dan syariah.
“Kita tidak mahu mana-mana pihak mengambil peluang ini dan akan menyebabkan berlaku perseteruan serta ketidaktenteraman. Kita mahu lahirkan masyarakat bersatu padu dan saling memahami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memperkenalkan Al-Quran terbaru terbitan Karya Bestari, Grup Buku Karangkraf di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali Ke-40 di sini pada Ahad.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai satu laporan polis dibuat oleh ibu kepada seorang kanak-kanak perempuan Orang Asli di Rompin, Pahang yang mendakwa telah diabaikan oleh bapanya.
Rakaman berdurasi 31 saat telah tular di TikTok baru-baru ini mencetuskan keresahan orang ramai kerana bapanya bukan beragama Islam.
Kanak-kanak berusia 9 tahun itu merupakan anak kepada pasangan Orang Asli yang telah bercerai dan dijaga ibunya yang telah memeluk Islam, namun menjadi mangsa perebutan hak jagaan.
Mahkamah Tinggi Kuantan kemudiannya memerintahkan kanak-kanak terbabit diserahkan kepada bapanya yang bukan beragama Islam menerusi perintah ’Habeas Corpus’ pada Khamis lepas.
Bagaimanapun beliau berkata, perkara itu masih memerlukan kajian lanjut oleh pihak yang berwajib agar ianya boleh dilaksanakan menerusi proses mediasi itu, sama ada diadakan di mahkamah sivil atau sebaliknya.
“Tapi apa yang paling penting pengantara yang dilantik dalam proses mediasi itu mestilah terdiri daripada gabungan pakar undang-undang syariah, pakar undang-undang sivil dan pakar kanak-kanak.
“Saya yakin dengan cara yang informal ini dapat menyelesaikan masalah dan memberi keputusan yang adil agar kepentingan kanak-kanak tersebut terbela,” jelasnya.
Mengulas lanjut berhubung penularan video ajaran sesat yang didakwa melibatkan sebuah sekolah pondok atau pesantren di Indramayu, Jawa Barat, Indonesia, Mohd Na’im berkata, perkara itu di dalam perhatian pihaknya.
“Kita akan bentuk satu jawatankuasa pakar syariah secepat yang mungkin oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) untuk mengkaji pesantren ini. Kemudian kajian ini akan dibawa kepada jawatankuasa muzakarah.
“Seterusnya jawatankuasa ini akan bersidang dan membuat keputusan cadangan dan akan diserahkan kepada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) untuk diputuskan,” ujarnya. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun May 28 2023
Menteri Agama mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan. - Fail Bernama
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Menteri Agama cadang tubuh pusat mediasi selesai isu Islam, bukan Islam
Menteri Agama mencadangkan satu pusat mediasi di luar konteks mahkamah ditubuhkan bagi menyelesaikan pertikaian membabitkan antara orang Islam dan bukan Islam.