Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan melaksanakan program pelupusan sampah di kampung-kampung seluruh negara tidak lama lagi.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata, ia akan dimulakan dengan pelaksanaan projek rintis September ini melibatkan beberapa kampung yang sudah dikenal pasti.
"Kita sudah bincang dan sekarang dalam proses untuk mengenal pasti modul yang sesuai. Ia akan dimulakan pada September tahun ini dengan kampung-kampung terlibat," katanya pada sidang media sempena setahun pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di sini hari ini.
Perincian lanjut mengenai program berkenaan bagaimanapun akan diumumkan apabila tiba masa yang sesuai.
Langkah itu mampu menyelesaikan masalah pencemaran dan kemusnahan alam sekitar.
"Isu pelupusan sampah, kalau di bandar-bandar kita ada PBT yang datang kutip sampah. Namun di kampung? Mereka buang sampah di mana? Biasanya bakar dan buang sampah secara haram.
"Isu ini, jika kita dapat selesaikan untuk masyarakat luar bandar, dapat menyelesaikan isu alam sekitar, kebersihan dan mendidik msayarakat kampung.
"Jadi, kita dalam proses untuk adakan program pelupusan sampah untuk kampung-kampung," kata Rina.
Tambahnya, selepas kampung tersebut menjalankan projek rintis, ia akan diperluaskan kepada kampung-kampung yang lain.
"Kita akan berikan ilmu dan pendidikan kepada mereka," ujarnya lagi.
Ketika ini, katanya, terdapat kira-kira 15,000 kampung di seluruh negara.
"Ia akan dilakukan secara berperingkat. Kita akan umumkan nanti. Kita akan buat engagement dengan pelbagai pihak," ujarnya.
Rahimah Abdullah
Wed Apr 24 2019
Kementerian Pembangunan Luar Bandar akan melaksanakan program pelupusan sampah di kampung-kampung seluruh negara tidak lama lagi, kata Rina pada sidang media sempena setahun pentadbiran PH di Putrajaya, 24 April, 2019. Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sarawak tarik pelaburan RM4.2 bilion
Sarawak berjaya menarik RM4.2 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada suku pertama 2024, bahagian penting dalam Agenda Pertumbuhan Negara berikutan pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
RUU Perubatan (Pindaan) 2024 diluluskan
Rang Undang-Undang (RUU) Perubatan (Pindaan) 2024 bertujuan menambah baik peruntukan untuk melaksanakan proses kelulusan dan kepakaran pengamal perubatan, diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Kerjasama dengan Ericsson mampu angkat Malaysia - PM Anwar
Suspek dibebaskan dengan jaminan polis
Seorang pekebun lelaki yang direman bagi membantu siasatan kes dua beradik maut akibat termakan keropok beracun minggu lalu, akan tamat pada Khamis dan tidak akan disambung semula.
Gara-gara mabuk, rakan serumah tikam lelaki 11 tikaman
Seorang lelaki cedera ditikam dengan 11 tikaman orang rakan serumahnya yang mabuk di Desa mentara, Sungai Way Petaling Jaya pada Rabu.
27 anjing mati disyaki diracun, JPV kesal tiada aduan awal
Kematian 27 anjing liar dalam tempoh tiga hari dipercayai diracun di sekitar kawasan sebuah pangsapuri di Tanjong Bungah, George Town awal bulan ini mungkin dilakukan pihak yang tidak berpuas hati dengan pertambahan populasi haiwan tersebut di situ.
Adik kepada Zayn Rayyan masih dalam jagaan sementara JKM
Adik kepada kanak-kanak autistik Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matiin masih dalam jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor.
Genap 10 tahun lalu, dunia masih menunggu keadilan untuk MH17
Tarikh 17 Julai, 2024, menandakan genap 10 tahun sejak tragedi melibatkan pesawat Malaysia Airlines MH17, yang telah mengorbankan 298 nyawa, dengan 42 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
KPDN Kelantan rampas 744 kg gula pasir kasar
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas sebanyak 744 kilogram (kg) gula pasir kasar di dalam dua buah kereta ketika cuba diseludup ke Thailand, semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia hadapi trend peningkatan bencana - BNPB
Bencana itu terutamanya letusan gunung berapi dipengaruhi faktor seperti pertumbuhan penduduk, pengurusan alam sekitar dan perubahan iklim.
Serba hijau di RWMF 2024, buat kaki mesra alam di kaki Gunung Santubong
Penganjuran RWMF 2024 oleh Sarawak Tourism Board (STB) pada hujung minggu ini membawa gabungan dua elemen dalam penganjurannya iaitu kelestarian dalam seni persembahan.
Semua pihak berkepentingan digesa pacu perubahan bermakna menerusi ESG - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berkepentingan agar terbabit aktif dalam mencapai masa depan mampan.
Malaysia pertimbang undang-undang khas tangani pembuangan dan pencemaran plastik
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam sedang menilai keperluan untuk perundangan khusus berikutan jurang dalam rangka kerja semasa.
Universiti perlu jadi wadah pupuk kesedaran berkaitan alam sekitar
Kesedaran awal mampu membantu melahirkan masyarakat yang lebih cakna berkenaan alam sekitar sebaik sahaja mereka memasuki alam pekerjaan.
Tanah kita, masa depan kita
Kita tidak mampu mengubah masa lalu, tetapi kita boleh menanam semula hutan, memulihkan sumber air dan menyuburkan semula tanah - untuk masa depan.
Menerapkan prinsip ketahanan ESG dalam industri kejuruteraan - TPM Fadillah
Fadillah berkata penerapan ESG semakin mendapat perhatian daripada kedua-dua perniagaan dan pelabur.
Anwar-Wong boleh jadi pelopor bangun standard ESG serantau di Asia Tenggara - Penganalisis
Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
Dasar di peringkat PBT paling berkesan tangani isu pencemaran - Pakar Hospital Pantai
Dasar yang diperkenalkan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah paling berkesan untuk menangani isu pencemaran.
Misi global kembara solo Katiravan liputi 40 negara
Katiravan Subarayan, 63, warga Malaysia yang dalam misi kembara global bermotosikal untuk mempromosikan kesedaran alam sekitar, terus mencapai kemajuan yang memberangsangkan.