KUALA LUMPUR: Berada di Tahap 2 Pemerhatian (Tier 2 Watch List) dalam Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang tahun 2023 merupakan satu pencapaian yang baik buat negara, kata Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Dalam satu kenyataan, Mohamed Nazri menjelaskan peningkatan ini merupakan satu langkah konstruktif oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam menambah baik kerjasama hubungan dua hala dengan Malaysia.
“Peningkatan ini mengambarkan sifat keterbukaan kedua-dua negara untuk berbincang, memahami dan bekerjasama dalam menambah nilai kepada hubungan comprehensive partnership Malaysia-Amerika Syarikat yang bakal mencecah 10 tahun pada tahun 2024.
“Pihak Kedutaan Besar Malaysia juga akan terus memantau perbincangan berkenaan isu ini di Amerika Syarikat serta pelaksanaan usaha-usaha kolektif Malaysia dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang bagi memastikan cerminan pendirian negara adalah tepat di peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau juga menegaskan, peningkatan tahap ini merupakan satu pemangkin bagi Malaysia untuk lebih strategik dan tegas sebagai respon kepada penemuan laporan ini.
“Berlandaskan kepada prinsip Malaysia Madani, saya berpendapat tindakan tegas perlu diambil terhadap mana-mana pihak yang terlibat secara langsung dalam jenayah keji ini.
“Mereka perlu dibawa kepada muka pengadilan berteraskan lunas perundangan sedia ada,” ujarnya.
Mohamed Nazri berkata, pihak Kedutaan Besar Malaysia sedia untuk membantu dan menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia melalui Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) yang diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Ini terutamanya dalam memudah cara penyampaian yang tepat berhubung usaha-usaha Malaysia dalam menangani isu-isu yang digariskan secara holistik melalui pendekatan whole-of-nation tanpa kompromi demi keselamatan dan kedaulatan negara,.
“Saya percaya bahawa perkara yang sedang dalam pelaksanaan seperti Roll Out Garis Panduan Nasional mengenai Indikator Pemerdagangan Orang (NGHTI 2.0) yang dilancarkan pada 22 Mac 2023 turut menjadi kayu ukur kepada keseriusan dan komitmen tinggi Kerajaan Malaysia Madani dalam memerangi jenayah pemerdagangan orang di Malaysia,” katanya lagi.
Beliau juga percaya agenda reformasi yang dibawakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyumbang kepada keyakinan Kerajaan Amerika Syarikat terhadap kemampuan serta komitmen Kerajaan Malaysia.
Pada 15 Jun lalu, laporan JNAS yang diumumkan di Washington DC telah meletakkan Malaysia di Tahap 2 Pemerhatian (Tier 2 Watch List) mengenai Pemerdagangan Orang tahun 2023.
Laporan ini berdasarkan peningkatan bilangan penyiasatan, pendakwaan dan sabitan kes serta pendakwaan terhadap penjawat awam, peningkatan bilangan mangsa, pelaksanaan usaha peningkatan kesedaran di sektor perladangan sawit, peningkatan bilangan latihan dan juga peningkatan perkhidmatan perlindungan dan sokongan kepada mangsa pemerdagangan orang.
Sementara itu, Laporan ini juga menggariskan 15 perkara penambahbaikan dan pelan tindakan yang boleh dilaksanakan oleh Malaysia untuk penilaian tahun berikutnya iaitu mulai 1 April 2023 hingga 31 Mac 2024.
Ini termasuk meningkatkan pengenalpastian mangsa dalam kalangan golongan rentan, pekerja domestik, pekerja sektor perladangan sawit dan sarung tangan getah.
Irwan Muhammad Zain
Sat Jun 17 2023
![Meningkat ke tahap 2 laporan JNAS satu pencapaian baik - Nazri Aziz Meningkat ke tahap 2 laporan JNAS satu pencapaian baik - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687005602_TBMohamedNazri.jpg)
Mohamed Nazri menjelaskan peningkatan ini merupakan satu langkah konstruktif oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam menambah baik kerjasama hubungan dua hala dengan Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
![PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737158266_AnwarIbrahim.jpg)
PM arah siasatan polis terhadap peserta himpunan mahasiswa, SOSMA dihentikan
Kerajaan mengarahkan siasatan polis terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739416894_KBSentral.jpg)
Kerajaan Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral
Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan KB Sentral sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415707_CheTa.jpg)
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739415150_LembagaAirPerak.jpg)
Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
![Meningkat ke tahap 2 laporan JNAS satu pencapaian baik - Nazri Aziz Meningkat ke tahap 2 laporan JNAS satu pencapaian baik - Nazri Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687005602_TBMohamedNazri.jpg)
Meningkat ke tahap 2 laporan JNAS satu pencapaian baik - Nazri Aziz
Mohamed Nazri menjelaskan peningkatan ini merupakan satu langkah konstruktif oleh Kerajaan Amerika Syarikat dalam menambahbaik kerjasama hubungan dua hala dengan Malaysia.
![Kerajaan perlu lihat kembali sistem bawa masuk pekerja asing - Nazri Kerajaan perlu lihat kembali sistem bawa masuk pekerja asing - Nazri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41638436931_TBNAZRIAZIZ.jpg)
Kerajaan perlu lihat kembali sistem bawa masuk pekerja asing - Nazri
Hujah Mohamed Nazri, sistem sedia ada yang digunakan untuk membawa pekerja asing ke negara ini menyebabkan Malaysia berada ditahap 3 laporan JNAS
![Penilaian laporan JNAS bersifat subjektif - Hamzah Penilaian laporan JNAS bersifat subjektif - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659423398_HamzahZainudin.jpg)
Penilaian laporan JNAS bersifat subjektif - Hamzah
Penilaian itu juga berpandukan perundangan Amerika Syarikat bagi jenayah pemerdagangan orang iaitu Akta Perlindungan Mangsa Pemerdagangan dan Keganasan 2000 (TVPA).
![KSM terus tambah baik inisiatif berkaitan buruh - Saravanan KSM terus tambah baik inisiatif berkaitan buruh - Saravanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51622728244_MSaravanan.jpg)
KSM terus tambah baik inisiatif berkaitan buruh - Saravanan
KSM terus memberi perhatian terhadap isu perburuhan khususnya melibatkan pekerja asing selain melaksanakan penambahbaikan berterusan terhadap inisiatif sedia ada.
![Kerajaan perlu tingkat usaha banteras jenayah pemerdagangan orang Kerajaan perlu tingkat usaha banteras jenayah pemerdagangan orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/61514200864_AKHBARSATAR.jpg)
Kerajaan perlu tingkat usaha banteras jenayah pemerdagangan orang
Kerajaan juga harus menunjukkan peningkatan usaha dengan memperluas penyelidikan, pendakwaan, dan sabitan pemerdagangan orang.
![Malaysia sasar tahap satu perangi pemerdagangan orang Malaysia sasar tahap satu perangi pemerdagangan orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/41471169250_AhmadZahidHamidi.jpg)
Malaysia sasar tahap satu perangi pemerdagangan orang
Kerajaan menyasarkan penilaian tahap satu dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang menjelang tahun 2020.