Ustaz Ku Yaacob Ku Hashim, 68 tahun, khatib Masjid Al-Bukhary di Jalan Langgar, Alor Setar, yang dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menyampaikan khutbah Jumaat hari ini, merupakan seorang yang amat disenangi ramai.
Allahyarham yang juga Timbalan Pengerusi 1 masjid tersebut disifatkan sebagai seorang yang amat komited dalam melaksanakan tugas dan tidak pernah meninggikan suara apabila berbicara.
Menurut Eksekutif Kanan masjid, Abdul Rahman Yaacob, 42 tahun, hati terasa tenang apabila berdampingan dengan arwah kerana tutur katanya yang lemah lembut, tersusun dan berbudi pekerti.
"Sesungguhnya, kematian Ustaz Ku Yaacob amat dicemburui memandangkan Allahyarham seorang yang sangat baik," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
BACA: Khatib meninggal dunia ketika menyampaikan khutbah Jumaat
Katanya, Ku Yaacob tiba-tiba rebah semasa membaca khutbah dan kejadian itu dirakamkan oleh beberapa jemaah.
Salah seorang jemaah masjid yang merupakan seorang doktor kemudiannya membantu Allahyarham yang pengsan, sebelum dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
"Bagaimanapun, Allahyarham disahkan telah meninggal dunia," kata Abdul Rahman.
Menurutnya, Ku Yaacob, bekas guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah, sering memberi tazkirah sebelum solat Zohor pada hari Isnin dan Sabtu, selain membaca khutbah Jumaat.
"Kami Ahli Jawatankuasa dan jemaah Masjid Al-Bukhary sering menjadikan beliau sebagai rujukan ilmu agama," tambahnya.
Abdul Rahman berkata, beliau bersama Ku Yaacob baru-baru ini ada berbincang mengenai latihan protokol sebelum membaca khutbah apabila Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin berkenan menunaikan solat Jumaat di masjid itu sebelum Syawal lalu.
Menurutnya, Allahyarham dilihat amat tekun mempelajari protokol itu dan tidak menolak untuk melakukan bacaan khutbah terbabit.
Sementara itu, seorang jemaah yang turut berada di lokasi kejadian, merangkap bekas pelajarnya, Hassan Mustafa Afifuddin, 30 tahun, ketika dihubungi Bernama berkata Ustaz Ku Yaacob rebah semasa membaca khutbah awal kira-kira jam 1.30 tengah hari.
"Waktu itu saya dengar sekali khutbah disampaikan ustaz, sebelum ustaz rebah dan jatuh terlentang atas tempat khutbah.
"Kemudian jemaah lain ambil ustaz dari mimbar dan ada beberapa jemaah yang kerja sebagai doktor memberikan bantuan rawatan awal seperti CPR (bantuan pernafasan) dan cek nadi di leher ustaz. Saya pula menghubungi ambulans," katanya.
Hassan berkata, selepas itu dia pergi mengambil isteri Allahyarham di rumah mereka untuk membawanya ke hospital berkenaan sejurus mendapat panggilan daripada isteri Ku Yaacob.
"Saya pergi ambil ustazah sebab saya dihubungi ustazah. Saya tanya ustazah dapat mana nombor saya, ustazah ambil dalam telefon ustaz yang ketika itu ditinggal di rumah, dan ustazah tergerak hati untuk menelefon saya," katanya.
Dia berkata setibanya di hospital mereka dimaklumkan oleh pegawai perubatan yang bertugas bahawa Ku Yaacob sudah meninggal dunia.
Hassan berkata dia sempat pergi beraya dengan bekas gurunya itu di rumah Allahyarham pada 12.15 tengah hari ini sebelum Ku Yaacob keluar ke masjid sekitar 12.30 tengah hari untuk membuat persediaan membaca khutbah Solat Jumaat.
"Saya sempat minta ustaz baca doa dekat anak saya, dan ustaz ada menyebut dekat saya macam ini 'ana (saya) nak kena cepat, sebab ana bertugas baca khutbah dekat masjid'.
"Saya tidak menyangka hari ini kali terakhir dapat lihat ustaz," katanya.
Astro Awani
Fri Jun 07 2019
Allahyarham Ku Yaacob (gambar kecil) yang pengsan dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Foto Sinar Harian
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.
Suami sempat lindung isteri dan anak sebelum maut dihempap pokok
Tindakan suami menghulurkan tangan berjaya menyelamatkan isteri dan anak sebelum maut selepas kenderaan yang dipandu dihempap sebatang pokok.
Lelaki pukul anggota JPJ dipenjara sehari, denda RM4,000
Seorang lelaki memukul anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang tular di media sosial telah dipenjara satu hari dan didenda RM4,000.