Susulan pembatalan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Exco Pergerakan Pemuda UMNO Ibdilillah Ishak mempertikaikan mengapa kerajaan Selangor tidak membatalkan projek Datum Jelatek.
Ibdilillah yang juga Pengerusi Biro Media Sosial dalam satu kenyataan hari ini berkata, projek Datum Jelatek dilihat seperti strategi DAP untuk menempatkan kaum Melayu keluar daripada kawasan bandar.
“Menteri Besar Selangor Mohammed Azmin Ali perlu memberi perhatian di dalam isu Datum Jelatek di mana rakyat setempat terdiri daripada golongan sederhana dan mereka ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
"Jika Kidex dibatalkan demi kepentingan penduduk dan pengundi elit di Damansara, maka isu-isu rakyat yang lain juga harus dipandang oleh YAB Azmin Ali. Mengapa batal Kidex dan meneruskan projek Datum Jelatek,” kata Ibdilillah.
Beliau turut berpendapat pembatalan Kidex adalah keputusan politik Pakatan Rakyat yang tidak langsung mengambil kira kepentingan rakyat negeri Selangor.
“Keputusan politik Pakatan Rakyat ini akan memberikan kesan kepada mereka yang mahukan ‘alternative road’ kerana kawasan yang terbabit sebenarnya memerlukan jalan dan laluan pilihan bagi menyelesaikan kesesakan di kawasan yang terlibat,” tambahnya.
Selain itu, pembatalan projek Kidex akan memberi kesan dan persepsi negatif kepada ekonomi dan pelaburan Selangor secara keseluruhannya.
“Sudah tentu pelabur akan bimbang serta gusar untuk melakukan kegiatan ekonomi memandangkan setiap keputusan yang pernah dipersetujui boleh dibatalkan dengan hanya menggunakan pelbagai alasan dan helah,” tambah Ibdilillah.
Astro Awani
Fri Feb 20 2015

IBDILILLAH: Pembatalan KIDEX adalah keputusan politik Pakatan Rakyat yang tidak langsung mengambil kira kepentingan rakyat negeri.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Pusat beli-belah Datum Jelatek dilancar hari ini, tumpuan baharu warga kota
Projek pembangunan Datum Jelatek ini dibangunkan oleh DatumCorp International Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh PKNS.

DCI raih tersenarai dalam MBOR, Jalur Gemilang terpanjang di Sky Bridge
Syarikat hartanah terkemuka, Datumcorp International Sdn Bhd (DCI) tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) selepas diiktiraf memaparkan Jalur Gemilang Terpanjang di Sky Bridge.

Mengapa MB S'gor batal Kidex, tidak batal Datum Jelatek? - Pemuda UMNO
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Ibdilillah Ishak mempertikaikan mengapa kerajaan Selangor tidak membatalkan projek Datum Jelatek jika ia benar-benar mahu menjaga kepentingan penduduk tempatan.