CAMERO HIGHLANDS: Lelaki yang dihukum penjara tujuh hari kerana mengugut dan memukul kepala seorang wanita seperti tular dalam satu video baru-baru ini, dijatuhi hukuman penjara sembilan hari lagi hari ini.
Keputusan dibuat Mahkamah Majistret Cameron Highlands selepas tertuduh, Mohamad Zaim Faiz Tarmizi, 29 tahun, mengaku salah terhadap dua pertuduhan menampar dua pelayan restoran.
Majistret Qasiratul Jannah Usmani Othman turut mengenakan hukuman denda RM1,000 bagi setiap pertuduhan, atau penjara sembilan hari jika tertuduh gagal membayar denda.
Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara dijalankan serentak bermula tarikh tangkapan, pada Khamis.
Mengikut pertuduhan, Mohamad Zaim yang bekerja sebagai penyelia kilang di Serdang, Selangor, didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua pelayan restoran - Samir Das dan V Dennis Pillai.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran steamboat di Tanah Rata, kira-kira jam 4.20 petang, 4 Jun lalu.
Bagi kedua-dua tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh sebak sambil dilihat mengesat air mata apabila merayu agar hanya dikenakan denda minima kerana isterinya akan bersalin hujung bulan ini, di samping mempunyai seorang anak kecil.
Tertuduh juga mengakui telah insaf selepas menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan sebelum ini dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan sama di masa hadapan.
Timbalan Pendakwa Raya S Punitha bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal bagi memberi pengajaran, selain kes tersebut tular di media sosial.
Pada 9 Jun, Mahkamah Majistret Tapah menjatuhi hukuman penjara tujuh hari selepas tertuduh mengaku bersalah mengugut dan memukul kepala seorang pemandu wanita.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Jun 16 2023
Mohamad Zaim (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Cameron Highlands hari ini. - Foto Astro AWANI
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Mengaku tampar pelayan restoran, lelaki tunjal kepala wanita dihukum penjara lagi
Tertuduh juga mengaku insaf selepas jalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan sebelum ini dan janji tidak akan ulang kesalahan sama.