SEBUT sahaja Korea Selatan, terus tergambar dalam fikiran kita nama-nama penggiat seni mereka seperti BTS, Blackpink dan drama-drama pujaan yang saban hari kita nantikan di hadapan kaca televisyen.
Demam Korea Selatan melanda bermula dengan drama popular mereka, Winter Sonata.
‘Kegilaan’ ini berterusan sehingga kini apabila semakin ramai artis mereka menjadi pujaan masyarakat Malaysia.
Hal ini menunjukkan bahawa taruhan yang dibuat oleh Korea Selatan dengan hasil seni budaya mereka telah berjaya menakluk hati masyarakat dunia.
Di sebalik kemegahan dalam arena seni dan hiburan, terdapat satu ‘senjata’ berharga yang digunakan oleh Korea Selatan untuk menambat hati masyarakat dunia, iaitu bahasa dan budaya.
Filem-filem yang disiarkan semuanya mencerminkan kebudayaan negara mereka sehingga terdapat remaja-remaja di Malaysia yang boleh menguasai bahasa Korea dengan baik dengan hanya menonton drama.
Sekadar perkongsian, penulis pernah bertanya kepada pelajar tahun akhir di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS), adakah mereka berminat untuk berkhidmat di Malaysia sebagai guru atau pensyarah bahasa Korea?
Dengan yakin, mereka menjelaskan bahawa belum ada keperluan kerana kebanyakan remaja di Malaysia sudah boleh menggunakan bahasa Korea secara asas.
Apatah lagi kursus bahasa Korea telah ditawarkan secara meluas bermula di peringkat sekolah menengah hingga ke peringkat pendidikan tinggi.
Tidak cukup dengan itu, muncul ramai pempengaruh media sosial dari Korea Selatan yang menyebarluaskan lagi budaya mereka sehingga menjadi idola anak-anak muda di Malaysia.
Sesuatu yang membanggakan juga bagi penulis apabila hampir keseluruhan migran dari India, Bangladesh, Uzbekistan dan banyak lagi di Korea boleh berkomunikasi dalam bahasa Korea dan menggunakan bahasa Korea sebagai bahasa pengantar ketika berinteraksi dengan individu berlainan negara.
Menurut laporan oleh Benny Rhamdani (2023), jumlah migran Indonesia di Korea Selatan yang didaftarkan mencecah 35,000 orang.
Dengan bangga kelompok migran ini menjelaskan bahawa mereka belajar bahasa Korea sama ada secara formal atau tidak formal dan selesa menggunakan bahasa Korea ketika berinteraksi dengan individu dari negara lain.
Ironinya, di Malaysia, situasi ini mungkin hanya mimpi. Individu berbeza negara menggunakan bahasa Melayu? Sedangkan sesama kita masih menjunjung bahasa rojak.
Lupakan sejenak tentang bahasa kerana terlalu banyak yang boleh kita cungkil dari negara BTS ini.
Nilai Islam dalam Kehidupan
Kita mengetahui bahawa budaya kerja orang Korea yang selalu cepat dan efisien seperti mana masyarakat Jepun.
Budaya mereka yang tidak gemar bertangguh dan sentiasa menepati masa serta kerajinan sama ada dalam belajar atau bekerja menyebabkan mereka menjadi negara yang sentiasa produktif.
Sedar atau tidak, mereka menjalani sebahagian kehidupan yang berlandaskan ajaran agama Islam.
Terdapat juga dalam kalangan pelajar yang mengetahui Islam dengan mendalam dan sentiasa bertanya dengan penulis tentang agama Islam, terutamanya persoalan yang berkait solat, puasa dan larangan memakan khinzir dan meminum arak.
Perkembangan Agama Islam
Umat Islam di Korea Selatan merupakan golongan minoriti kurang dari satu peratus dari populasi negara itu, iaitu sekitar 35 000 orang.
Namun, mengikut pengamatan penulis, kerajaan Korea Selatan sangat terbuka tentang agama Islam.
Walaupun agama yang terbesar di Korea Selatan ialah agama Kristian, namun perkembangan agama Islam tidak disekat.
Risalah-risalah, artikel, buku dan brosur berkait agama Islam juga amat mudah untuk didapati di sekitar Itaewon.
Perkembangan agama Islam juga berlaku secara meluas terutamanya melalui platform media sosial.
Korea Muslim Federation (KMF) merupakan organisasi utama yang menguruskan hal ehwal agama Islam di Korea Selatan.
Bermula dengan pensijilan halal, sijil penyembelihan sehinggalah kerjasama dengan negara-negara Islam, program-program keagamaan dan banyak lagi.
Di Itaewon, misalnya, terdiri sebuah masjid besar, Seoul Islamic Centre yang didirikan pada tahun 1960.
Kawasan tersebut menjadi antara kawasan penempatan muslim yang terbesar di Korea Selatan. Akses makanan halal juga amat mudah didapati sama ada pembelian secara fizikal atau dalam talian.
Pertambahan umat Islam di Korea telah membuka mata pihak industri untuk menyediakan kemudahan seperti masjid dan surau.
Bukan hanya di pusat bandar Seoul, malah di beberapa lokasi tumpuan pelancong turut kemudahan untuk umat Islam seperti di Busan, Daegu, Ansan, Gwangju, Pulau Jeju, Pulau Nami dan beberapa pusat beli-belah dan taman tema turut menyediakan surau dan restoran halal untuk umat Islam.
Pendidikan bahasa Melayu di Korea Selatan
Di Korea Selatan, terdapat tiga universiti yang menawarkan pengajian dalam bidang penterjemahan dan interpretasi bahasa Melayu – bahasa Indonesia, iaitu di Hankuk University of Foreign Studies (HUFS), di kampus Seoul, HUFS di kampus Yongin – Si dan di university di Busan.
Walaupun pelajar mempelajari kedua-dua bahasa secara serentak, iaitu bahasa Melayu (BM) dan bahasa Korea (BK), namun kesungguhan dan semangat mereka tidak boleh dipertikaikan kerana tujuan asal mereka mempelajari bahasa asing adalah untuk memperkaya bahasa mereka sendiri.
Ini adalah hakikat pengajian bahasa asing yang dipegang oleh mereka.
Walaupun di negara kita juga menyediakan pelbagai kursus bahasa asing, namun jika tidak dimanfaatkan sebaiknya untuk memandaikan bangsa kita, akhirnya kelebihan itu berlalu begitu sahaja ibarat kata orang apa gunanya kemenyan sebesar tungku kalau tidak dibakar?
Dalam masa yang sama, kita sebagai penutur natif bahasa Melayu perlu berbangga kerana kita boleh menafikan tuduhan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa bahasa Melayu bukanlah bahasa ilmu sedangkan bahasa ini diselidik oleh negara-negara lain dalam ranah keilmuan tinggi.
Justeru, dalam landasan Malaysia Madani kini, penulis menyeru agar kerajaan perlu lebih proaktif untuk memaknai madani dalam konteks bahasa.
Nasionalisme bahasa harus dibugarkan semula seperti mana Korea Selatan yang menghargai bahasanya dengan mengisytiharkan 9 Oktober setiap tahun sebagai cuti umum bagi memperingati Hari Hangeul atau Hari Abjad Korea.
Jelasnya, banyak sisi positif yang dipamerkan oleh Korea Selatan yang mungkin boleh kita kutip sebagai iktibar untuk mengembalikan semula kegemilangan Malaysia yang kita sayangi biarpun sekelumit seperti mana kata pepatah, asal ada kecil pun pada.
Kita juga mempunyai banyak khazanah dan warisan yang unggul dan dapat dijadikan ‘taruhan’ untuk membina Malaysia yang lebih maju!
Dr Mazlina Ahmad ialah Pensyarah Tamu, Hankuk University of Foreign Studies (HUFS), Korea Selatan
Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Dr Mazlina Ahmad
Wed May 31 2023
Taruhan yang dibuat Korea Selatan dengan hasil seni budaya mereka telah berjaya menakluk hati masyarakat dunia. -Gambar fail AP/Istana Gyeongbok di Seoul
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Meneladani Korea Selatan: Mengambil contoh pada yang sudah, mengambil tuah pada yang menang
Korea Selatan menghargai bahasanya dengan mengisytiharkan 9 Oktober sebagai cuti umum bagi memperingati Hari Hangeul atau Hari Abjad Korea.