KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal.
Perdana Menteri berkata walaupun lama meninggalkan bidang politik, namun kesungguhan Mutang untuk mengangkat martabat Parlimen termasuk Dewan Negara ke tahap lebih tinggi dapat dilihat sebaik dilantik memegang jawatan itu Feb lepas.
"Mendiang mula membicarakan soal reformasi Parlimen dengan serius bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat (Tan Sri Johari Abdul). Saya anggap dia seorang yang berprinsip dan menjaga nilai yang baik.
"Oleh kerana itu, kita kehilangan Yang Dipertua Dewan Negara yang mampu mengangkat martabat Dewan Negara dan mengusulkan reform dalam sistem Parlimen negara kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Anwar tiba kira-kira 12 tengah hari di Pusat Peringatan Nirvana 2 di sini bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Mutang, yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara semalam.
Anwar meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu ahli keluarga Mutang termasuk balu mendiang Datin Ho May Leng dan tiga anak mereka bagi menyampaikan salam takziah.
Mutang, 69, dimasukkan di IJN pada 6 Mei lepas sebaik tiba dari Azerbaijan, selepas mengadakan lawatan kerja ke negara itu bermula 29 April.
Selain Anwar, turut hadir memberi penghormatan terakhir setakat 1 tengah hari ialah Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Johari dan timbalannya Datuk Ramli Mohd Nor serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menurut kenyataan Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara semalam, satu lagi majlis penghormatan terakhir buat mendiang Mutang akan diadakan di Gereja Borneo Evangelical Mission (BEM) di Miri, Sarawak, bermula 10 pagi esok.
Mendiang dijangka dikebumikan di Perkuburan SIB, Lambir, Miri pada Isnin.
Pada 19 Feb lepas Mutang yang juga bekas Ahli Parlimen Bukit Mas dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 menggantikan Wan Junaidi yang meletakkan jawatan selepas dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Pelantikan Mutang mencipta sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas menjadi pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang dilantik memegang jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 11 2024

Perdana Menteri ketika ditemui pemberita selepas hadir memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal di Pusat Peringatan Nirvana 2, hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Permukiman Jemaah Menteri: PM Anwar puji kesungguhan, akui ada ruang untuk penambahbaikan
Sidang penilaian prestasi ini berfungsi sebagai platform untuk menerima laporan dan teguran daripada pihak berkecuali, termasuk akademik dan penjawat awam.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Malaysia-Perancis senada perkukuh kerjasama pelbagai bidang termasuk AI, pertahanan
Malaysia dan Perancis senada dalam memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pertahanan, ekonomi, tenaga, perdagangan, pelaburan, pelancongan serta kecerdasan buatan (AI).

PM Anwar pengerusikan mesyuarat kabinet usai lawatan rasmi ke Bahrain
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar turut memaklumkan hasil lawatan beliau ke Bahrain dan Brunei pada mesyuarat itu.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.