KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa Pengarah Urusan Ewein Zanith Sdn Bhd (EZCB) Datuk Ewe Swee Kheng, meluahkan rasa kebimbangan akan keselamatannya selepas membuat pendedahan berkaitan kes rasuah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, berhubung projek pembinaan jalan utama dan terowong dasar laut di negeri itu.
Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Nazree Mansor, 32, berkata demikian ketika membacakan rakaman percakapan Ewe yang diambilnya di pejabat SPRM Pulau Pinang pada 14 Ogos 2021.
Mendiang Ewe yang sepatutnya dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-15 meninggal dunia, selepas dilaporkan terjatuh di sebuah unit kondominium mewah di Jalan Kelawei, Pulau Pinang, pada 5 Okt 2021.
Muhammad Nazree, yang juga saksi pendakwaan ke-15, yang dipanggil semula untuk memberi keterangan berkata, Ewe memaklumkan sekiranya terdapat pihak yang mengetahui beliau membuat pendedahan itu, beliau bimbang ia akan memberikan implikasi yang buruk kepadanya.
Menurut saksi itu, rakaman percakapan Ewe menyatakan, "Saya berasa sedikit bimbang dengan keselamatan saya selepas membuat pengakuan ini. Tetapi saya akan berjaga-jaga selepas ini."
Pegawai perakam itu berkata, mendiang turut menyatakan semasa pihak SPRM memulakan penyiasatan berhubung isu projek pembinaan jalan dan terowong, Parti Pakatan Harapan memegang pemerintahan di negara ini.
"YB LGE juga terlepas dari kes mahkamah berkaitan dengan skandal banglo yang dihadapinya yang mana saya (Ewe) tahu YB LGE adalah 'untouchable' pada masa itu," kata saksi berkenaan yang membacakan rakaman percakapan mendiang.
Tambah Muhammad Nazree, mendiang juga menyatakan beliau ada mendengar banyak cerita bahawa Lim ada menerima wang daripada syarikat kontraktor, dan beliau perlu menceritakan perkara sebenar kerana jika dirahsiakan hal itu, tiba masa ianya akan terbongkar dan menjejaskan perniagaannya.
Menurut saksi itu, Ewe juga menyatakan beliau tidak pernah dipaksa untuk memberi pernyataan itu, dan apa yang diceritakan kepada pihak SPRM adalah perkara yang sebenar, selain memaklumkan pertambahan pernyataan percakapan itu dibuat berkaitan perjumpaan dan pertolongan Lim kepadanya.
Rakaman percakapan mendiang telah diambil oleh SPRM sebanyak enam kali termasuk rakaman percakapan terakhir pada 14 Ogos 2021.
Selain itu, Muhammad Nazree berkata, Ewe menerusi rakaman percakapannya menyatakan bahawa Lim ada berjumpa dengannya dan memaklumkan, beliau sudah ada satu projek yang boleh menolongnya iaitu projek terowong di Pulau Pinang, yang mana ia adalah projek kerajaan negeri.
"Beliau (Lim) juga beritahu saya projek itu akan diberikan kepada syarikat Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG) milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli. YB LGE menyuruh saya untuk berjumpa dengan wakil CZBUCG iaitu Datuk Zarul untuk 'deal', bagi penjualan tanah kepada syarikat saya (EZCB).
"YB LGE juga beritahu saya jika 'deal' saya dengan Datuk Zarul berjaya, saya boleh 'control' duit kerana syarikat itu tidak 'power'. Saya juga ada meminta bantuan dengan YB LGE dalam penamaan syarikat EZCB sebagai pemilik tanah Lot 702, yang telah diberikan kepada CZBUCG daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Berkaitan dengan projek lebuh raya dan terowong, saya memang berminat untuk memajukan tanah Lot 702 itu. Pada masa itu, saya mengenali Datuk Zarul melalui media yang dikenali sebagai '6 Billion Dollar Man'," menurut rakaman percakapan Ewe itu.
Sementara itu, Muhammad Nazree tidak bersetuju dengan cadangan peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Lim bahawa mendiang Ewe tidak memberi keterangan secara sukarela ketika rakaman percakapannya diambil pada 14 Ogos 2021, dan disebabkan itu ia bertentangan dengan keterangan lain.
Disoal peguam itu berhubung kematian Ewe sebelum saksi itu dipanggil untuk memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Lim, Muhammad Nazree berkata beliau hanya mengetahui mengenai kematian Ewe dari laporan media dan tahu siasatan telah dilakukan oleh pihak polis.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul Ahmad sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Pengerusi DAP itu, turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 23 2022
![Mendiang Ewe bimbang keselamatan selepas dedah kes rasuah Guan Eng Mendiang Ewe bimbang keselamatan selepas dedah kes rasuah Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/61648038095_LimGuanEng.jpg)
Guan Eng turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu. - Gambar fail/ Shahir Omar
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710125896_BangunanParlimen.jpg)
Perincian jumlah pelaburan BlackRock di Malaysia tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Jumlah pelaburan BlackRock dan syarikat berkaitannya di Malaysia antara yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
![Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718003900_SidangMediaTunMa.jpg)
Tun M nafi pernah ugut pecat Guan Eng
Dr Mahathir berkata, beliau sudah pasti menghormati kedudukan Guan Eng sebagai ketua DAP yang ketika itu merupakan ahli gabungan kerajaan.
![Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704798556_LimGuanEng.jpg)
Peguam kes Lim Guan Eng gagal tangguh prosiding cabar kredibiliti saksi hari ini
Pasukan pembelaan dalam kes rasuah terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng gagal dalam permohonan untuk menangguhkan prosiding.
![Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717667209_GuanEng.jpg)
Mahu DLP Matematik, Sains dilaksanakan tanpa syarat - Guan Eng
Tiada isu menentang penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, sebaliknya mahu Program Dwibahasa subjek Sains dan Matematik dilaksanakan tanpa syarat.
![Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715760551_DrSitiMasturaMuh.jpg)
Mediasi tiga pemimpin DAP, Siti Mastura gagal, perbicaraan diteruskan
Tiga pemimpin DAP serta Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad, gagal mencapai persetujuan untuk menyelesaikan saman fitnah melalui proses mediasi.
![Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714704850_GuanEngjpg.jpg)
Mahkamah Tinggi tolak permohonan batal kes rasuah Guan Eng, isteri dan Li Koon
Permohonan itu membabitkan projek asrama pekerja asing bernilai RM11.6 juta.
![Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710491193_TBLIMGUANENGjp.jpg)
Projek terowong: SPRM jalankan siasatan khas terhadap Lim Guan Eng - Saksi
Saksi utama pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng memberitahu beliau tidak mendedahkan nama bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa memberi keterangan kepada SPRM.
![Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710491193_TBLIMGUANENGjp.jpg)
Kes rasuah: Nama Guan Eng timbul selepas kes Gnanaraja disiasat - Saksi
Seorang saksi mengaku di mahkamah bahawa nama Lim Guan Eng hanya ditimbulkan selepas lebih setahun kes rasuah membabitkan seorang ahli perniagaan di Shah Alam, disiasat.
![Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709647177_LimGuanEng.jpg)
Ahli Parlimen cadang kerajaan teliti impak cukai kepada rakyat
Kerajaan dicadang meneliti pelaksanaan cukai di dalam negara termasuk peningkatan kadar baharu cukai perkhidmatan yang berkemungkinan memberi kesan secara langsung kepada rakyat.
![Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698919108_LimGuanEng.jpg)
Saksi akui tidak beritahu SPRM RM2 juta untuk Lim Guan Eng
Menurut saksi, beliau tidak pernah menyatakan wang RM2 juta bertujuan diberikan kepada bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.