KUALA LUMPUR: Stigma yang dikaitkan dengan penyakit hepatitis atau radang hati menjadi salah satu halangan kepada pengurusan penyakit itu dengan berkesan malah membuatkan orang ramai enggan melakukan saringan.
Pakar perunding gastroenterologi dan hepatologi di Pusat Perubatan Sunway (SMC), Bandar Sunway Dr Sheikh Anwar Abdullah berkata jenis hepatitis yang paling biasa di Malaysia ialah B dan C dengan kelaziman Hepatitis B adalah kira-kira satu peratus, manakala Hepatitis C menjejaskan kira-kira 2.5 peratus daripada populasi umum.
Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dianggarkan 354 juta orang di seluruh dunia menghidapi Hepatitis B atau C dan di Malaysia, kira-kira satu juta orang telah dijangkiti virus Hepatitis B (HBV) dan dianggarkan 2.5 peratus orang dewasa pula dijangkiti virus Hepatitis C.
"Hepatitis A dan E disebarkan melalui makanan atau air yang tercemar, manakala B, C dan D merebak melalui darah dan cecair badan. Pemahaman mengenai cara penularannya adalah penting untuk pencegahan yang berkesan," kata Dr Sheikh Anwar dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata cabaran penting dalam menguruskan Hepatitis C ialah sifatnya yang tidak menunjukkan gejala sehingga menyebabkan ia sering lambat didiagnosis setelah penyakit itu berkembang ke peringkat yang teruk, sekali gus berpotensi menyebabkan sirosis atau kanser.
"Majoriti kes adalah tidak bergejala. Jika anda tidak melakukan pemeriksaan, anda tidak tahu anda menghidapnya sehingga ia sudah berubah menjadi kronik," katanya.
Sehubungan dengan itu, Dr Sheikh Anwar berkata pemeriksaan awal dan diagnosis adalah penting untuk mencegah komplikasi Hepatitis C, manakala susulan berkala diperlukan oleh pesakit Hepatitis B bagi memantau fungsi hati dan mengesan tanda awal kanser hati.
Beliau juga menjelaskan rawatan untuk Hepatitis B kronik bertujuan untuk menghalang virus dan mencegah perkembangan penyakit, manakala rawatan untuk Hepatitis C melibatkan kemajuan ubat antivirus dan pelan rawatan.
"Rawatan kepada Hepatitis B bukanlah untuk mengubatinya, tetapi hanya untuk menyekat virus dan memperlahankannya. Ia merupakan perjuangan yang perlu pesakit hadapi seumur hidup. Bagi Hepatitis C, ubatan antivirus kini boleh menyembuhkan jangkitan sebanyak kira-kira 98 peratus kes dalam masa sepantas tiga bulan," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan secara rutin terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi seperti pekerja penjagaan kesihatan, individu yang melakukan perbuatan berisiko tinggi dan mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan hepatitis adalah penting untuk mengesan penyakit tersebut lebih awal dan memulakan rawatan untuk mengelakkan komplikasi.
Selain itu, beliau turut menekankan kepentingan melakukan pemeriksaan antenatal bagi wanita hamil untuk mencegah jangkitan daripada ibu kepada anak.
"Kami kini memberi rawatan antivirus kepada wanita hamil yang menghidap Hepatitis B bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada bayi," katanya.
Bagi menangani stigma ketara terhadap penyakit itu, Dr Sheikh Anwar menyeru agar lebih banyak kempen kesedaran awam dilakukan untuk mendidik orang awam tentang penyakit itu, penularannya serta kepentingan pengesanan dan rawatan awal.
Dr Sheikh Anwar juga berkongsi bahawa program vaksinasi merupakan salah satu pencapaian penting dalam memerangi Hepatitis B dan sejak 1989 pihaknya telah memberikan vaksin kepada bayi baru lahir sekali gus mengurangkan kadar penularannya secara mendadak.
Dalam kalangan pelajar sekolah, beliau berkata kelaziman virus hepatitis B di Malaysia telah menurun secara berterusan daripada 2.5 peratus pada tahun 1985 kepada 0.4 peratus pada 1996, dengan 92.7 peratus daripada jumlah yang telah menerima vaksinasi itu dilindungi di bawah Program Pengembangan Imunisasi oleh WHO dan kerajaan Malaysia.
Bagaimanapun, beliau menekankan, suntikan susulan dan penggalak adakalanya diperlukan jika tahap antibodi menurun.
Dr Sheikh Anwar berkata usaha berterusan bagi mendapatkan vaksinasi, pemeriksaan rutin dan pendidikan awam adalah penting untuk memerangi hepatitis dan meningkatkan taraf kesihatan awam di Malaysia.
Beliau berkata bagi individu yang menghidap hepatitis, pengubahsuaian gaya hidup memainkan peranan penting dalam menguruskan penyakit itu dengan mengelakkan pengambilan alkohol dan ubat-ubatan tradisional, selain mengekalkan diet yang sihat serta mengelakkan jangkitan yang menyumbang kepada komplikasi hati.
SMC yang ditubuhkan pada tahun 1999 merupakan hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia yang telah banyak memenangi pelbagai anugerah termasuk tersenarai antara 250 hospital terbaik dunia dalam ranking Hospital Terbaik Dunia Newsweek 2024 dan yang pertama dalam negara.
Hospital yang dilengkapi dengan 28 Pusat Kecemerlangan itu turut mendapat akreditasi daripada Australian Council on Healthcare Standards (ACHS) dan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 22 2024

Mengikut WHO, dianggarkan 354 juta orang di seluruh dunia menghidapi Hepatitis B atau C. - Foto fail/REUTERS
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

1,946 warga emas telah terima vaksin influenza di Perak
Jumlah itu amat menggalakkan selain slot janji temu imunisasi influeza di 32 daripada 78 klinik kesihatan telah ditempah penuh hingga Mac.

Fasa akhir kempen vaksinasi polio di utara Gaza disambung - WHO
WHO merancang untuk memberikan dos kedua vaksin polio oral kepada 119,000 kanak-kanak di kawasan berkenaan.

Kempen vaksin polio di Gaza terhenti akibat pengeboman - WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu memaklumkan bahawa kempen vaksinasi polio di utara Gaza terpaksa ditangguhkan berikutan pengeboman oleh Israel dan perpindahan penduduk.

Kerajaan belum cadang laksana program vaksinasi mpox di Malaysia
Kerajaan belum bercadang untuk melaksanakan program vaksinasi bagi penyakit cacar monyet atau mpox untuk rakyat negara ini.

Mendepani cabaran hepatitis di Malaysia
Stigma yang dikaitkan dengan penyakit hepatitis atau radang hati menjadi salah satu halangan kepada pengurusan penyakit itu dengan berkesan malah membuatkan orang ramai enggan melakukan saringan.

Uganda lancar kempen vaksinasi besar-besaran demam kuning
Menteri Kesihatan Ruth Aceng berkata kempen itu akan diadakan di enam wilayah.

COVID-19: Indonesia laksana semula vaksinasi hujung tahun ini
Sebelum pelaksanaannya, Kementerian Kesihatan akan menjalankan kajian terperinci.

Sains tingkah laku pertahanan untuk sistem kesihatan - Khairy
Khairy menegaskan komunikasi yang tepat dan jelas memainkan peranan penting untuk merubah gaya hidup masyarakat, sekaligus melindungi sistem penjagaan kesihatan.

Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan.

JAKOA tubuh 'task force' jayakan PICKids
Pasukan itu melibatkan pelbagai agensi terutamanya Kementerian Kesihatan Kementerian Pendidikan dan agensi kerajaan berkaitan.