IPOH: Sebuah menara telekomunikasi milik Telekom Malaysia Bhd (TM) yang dikongsi bersama Celcom di Seberang Perak, Perak Tengah, tumbang dipercayai akibat kejadian hujan lebat dan angin kencang pada petang Ahad.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan, ekoran kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 petang itu, gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi pelanggan TM Unifi Mobile dan Celcom.
"Lantaran itu, pihak MCMC telah mengarahkan penyedia perkhidmatan yang berada di menara tersebut untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih dengan segera.
"Sebagai langkah awal, 'Mobile Base Transceiver Station' (MBTS) akan digerakkan ke lokasi kejadian untuk memberikan perkhidmatan dan memulihkan liputan selewat-lewatnya Jumaat ini," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 15 2021
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan pada Selasa menyatakan, ekoran kejadian gangguan liputan komunikasi dan Internet dijangka berlaku bagi pelanggan TM Unifi Mobile dan Celcom. - Gambar fail
[TERKINI] PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit. Jumlah agihan dana utama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat PNB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember itu ialah sebanyak RM10.1 bilion memanfaatkan 11.1 juta pemegang unit ASB.
PNB umum agihan pendapatan ASB 5.50 sen, bonus 0.25 sen
PNB hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan bagi ASB sebanyak 5.50 sen seunit dengan bonus sebanyak 0.25 sen seunit.
Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.
Tiket hari kedua konsert genKRU laris terjual dalam 45 minit
Tiket konsert genKRU habis dijual dalam tempoh sejam membuatkan ramai peminat hampa.
Malakoff umum Che Khalib ganti Tajuddin sebagai pengerusi bermula Jan 2025
Che Khalib kini menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif Malakoff.
AWANI Pagi: Tangani isu doktor, pakar 'lari' daripada perkhidmatan kerajaan
Awani Pagi 8.30 pagi akan diskusi bersama Prof. Datuk Dr. Syed Mohamed Aljunid Syed Junid, Prof Ekonomi, Polisi dan Pengurusan Kesihatan, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, School of Medicine, University, mencari kaedah penyelesaian kepada isu kehilangan doktor pakar dari perkhidmatan kerajaan.
Empat negeri dijangka hujan, ribut petir pada pagi Krismas
Empat negeri melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak dijangka mengalami hujan dan ribut petir pada pagi sambutan Krismas.
Undang Gus Azmi di Festival Darul Ehsan Berselawat cetus perdebatan
Pendakwah muda itu terkenal dengan tabiat merokok serta berani merokok di atas pentas.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, disokong oleh sentimen belian yang lebih baik untuk mata wang tempatan.
Nahas ngeri di Ayer Keroh: Sambut hari lahir anak serentak sebelum pergi selamanya
Sebelum ini, mereka tidak pernah menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka berusia tujuh, empat dan dua tahun.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Hanya dua telco tandatangan perjanjian miliki ekuti DNB setakat ini
Telco lain diharap dapat segera memuktamadkan perjanjian dengan DNB sebelum tarikh akhir 30 Jun ini.
Menara telekomunikasi tumbang dipercayai akibat hujan lebat dan angin kencang - MCMC
Sebuah menara telekomunikasi milik Telekom Malaysia Bhd (TM) yang dikongsi bersama Celcom di Seberang Perak, Perak Tengah, tumbang.
TM beroperasi seperti biasa kecuali di kawasan PKPD, zon HSO
Di kawasan zon Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) Perintah Pemerhatian Dan Pengawasan Di Rumah (HSO) hanya keperluan kritikal yang akan dilayani.
Azman Mokhtar terajui Khazanah hingga Mei 2019
Khazanah Nasional Bhd telah memperbaharui kontrak pekerjaan Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar, untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Jun, 2016 hingga 31 Mei, 2019.