Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan terus memberi penekanan dalam memupuk kreativiti dan inovasi dalam kalangan rakyat Malaysia dalam usaha untuk menjana peluang ekonomi baharu dan membawa negara ke tahap lebih tinggi.
Beliau menegaskan bahawa pereka cipta muda berada di barisan hadapan untuk melaksanakan wawasan negara ke generasi berikutnya sejajar dengan program Transformasi Negara 2050 (TN50) yang akan menetapkan hala tuju bagi tiga dekad akan datang.
"Jelas bahawa kita mempunyai begitu banyak usahawan muda yang berbakat dan kita mesti memastikan untuk memupuk mereka agar mereka dapat melakar kejayaan," katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawanan Global (GECommunity) 2017 bermatlamat sebagai pemangkin perkembangan dan kemajuan pergerakan keusahawanan global di sini hari ini.
Najib berkata di Malaysia, kerajaan melaksanakan inovasi dalam sektor awam dengan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang telah mengubah cara kerja kerajaan, dan memberi sumbangan penting kepada pembangunan negara.
Majlis hari ini turut menyaksikan anugerah yang julung kali diadakan, 'Anugerah Anjakan Lautan Biru Global' disampaikan oleh Najib kepada beberapa penerima termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Onn dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa atas usaha mereka dalam melaksanakan 'strategi lautan biru' itu.
Anugerah itu bagi mengiktiraf tugas individu yang mewujudkan 'lautan biru' mereka sendiri, membuka peluang dan pertumbuhan serta mewujudkan saluran baharu bagi perkembangan ekonomi.
Ia juga bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang yang dilakar merangkumi sektor awam, swasta dan sosial keseluruhannya.
Ketika berucap, Najib berkata sejak diperkenalkan pada 2009, NBOS menjadi tonggak utama dalam transformasi negara oleh kerana kerajaan menyusul apa yang dikenali sebagai proses Anjakan Lautan Biru untuk menangani pelbagai bentuk isu ekonomi serta sosial, dan secara pantas serta menyampaikan inisiatif berimpak tinggi bagi manfaat rakyat dengan melibatkan kos yang rendah kepada kerajaan.
Beliau berkata lebih 90 kementerian dan agensi kerajaan bergandingan untuk memecahkan silo birokrasi dan mewujudkan inisiatif yang kreatif serta inovatif untuk membawa perubahan kepada negara.
Sehingga kini, lebih 115 inisiatif berimpak tinggi telah pun diwujudkan di bawah NBOS seperti Pusat Transformasi Bandar, 1Malaysia for Youth (iM4U), MaGIC atau Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), dan banyak lagi.
Perdana menteri menegaskan bahawa NBOS akan terus menjalankan peranan penting, terutamanya dalam melaksanakan agenda Transformasi Negara 2050.
"Kita perlu mengekalkan momentum inovasi ini kerana saya percaya bahawa kita berada di tahap tertinggi fasa baharu revolusi digital," katanya.
Beberapa kementerian berganding bahu untuk menganjurkan sidang kemuncak itu seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2017

Najib menyampaikan 'Anugerah Anjakan Lautan Biru Global' kepada Ahmad Zahid dan Hishammuddin pada perasmian Sidang Kemuncak Komuniti Keusahawanan Global 2017 di Kuala Lumpur pada Selasa. - fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Memupuk inovasi satu kemestian bagi Malaysia - Najib
Beliau menegaskan bahawa pereka cipta muda berada di barisan hadapan untuk melaksanakan wawasan negara ke generasi berikutnya sejajar dengan program Transformasi Negara 2050 (TN50).