Gelagat lima ekor memerang yang mengambil giliran menaikkan Jalur Gemilang mencuit hati pelancong yang mengunjungi Taman Hidupan Liar Langkawi (THLL) hari ini.
Memerang jenis Oriental Small-Clawed Otter itu mengambil masa kira-kira tiga minit untuk menaikkan bendera di tiang setinggi 1.5 meter yang menjadi antara acara yang dianjurkan taman itu sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Pengurus Taman dan Perhubungan Awam THLL, Nur Hamzani Hamzah berkata penglibatan mamalia air itu dibuat sebagai cara untuk menyuntik kelainan bagi tahun ini berbanding acara sambutan yang pernah dibuat sebelum ini.
"Sebenarnya aktiviti ini merupakan cetusan idea pelajar-pelajar universiti yang menjalani latihan praktikal mereka di sini dan bersama-sama petugas lain, mereka mengambil masa kira-kira seminggu untuk melatih memerang-memerang ini," katanya.
Menurutnya acara sambutan THLL tahun ini turut melibatkan pelepasan 59 ekor burung merpati pelbagai warna yang telah disempurnakan oleh pengurus besar taman itu Teoh Cheng Kung.
Sementara itu seorang pelajar berkenaan Noor Darliah Sikandar, 23, berkata memerang telah dipilih untuk menceriakan sambutan memandangkan ia merupakan haiwan yang pintar dan mudah mengikuti arahan.
"Memerang-memerang ini tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk dilatih dan dengan menggunakan umpan ikan-ikan kecil yang diikat di tahap-tahap tertentu pada tali bendera, mereka mampu menaikkannya tanpa masalah," katanya yang mengikuti pengajian zoologi di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Seramai 10 orang pelajar sedang menjalankan latihan praktikal di THLL.
Bernama
Wed Aug 31 2016

Pelajar Noor Darliah Sikandar berkata memerang dipilih untuk menceriakan sambutan memandangkan ia haiwan yang pintar dan mudah mengikuti arahan.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Nanta Linggi ingat pesan 'Akik', kongsi kata-kata hikmah Temenggong Jugah
Meninggal dunia pada usia 81 tahun pada 8 Julai 1981, legasi kepimpinan beliau kini disambung cucunya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang kini merupakan menteri dalam barisan Kabinet kerajaan.

Go Shop tawar diskaun 63 peratus, harga barangan serendah RM63 dengan Jom Go Lokal
Go Shop tampil dengan kempen Jom Go Lokal, yang menawarkan potongan harga sehingga 63 peratus bagi barangan terpilih.

Seni tanjak seimbangkan kemodenan dan nilai tradisi Malaysia - Saifuddin
Dalam pada negara mengejar kecanggihan sains, teknologi dan inovasi, ia juga penting untuk negara itu tidak melupakan nilai tradisinya.

'Saya sayang Sabah, Malaysia' - Kibaran ratusan bendera tarik perhatian penduduk Beaufort
Cukup mengujakan semangat tuan rumah mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Sabah di setiap pelusuk dinding luar, pagar dan halaman rumahnya.

'Bila saya melukis, saya lukis semua orang' - Lat
Mula melukis secara serius sejak di bangku sekolah, Lat melukis siri kartun 'Keluarga Si Mamat' ketika di tingkatan empat yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian.

Buka peluang anak muda ke Dewan Rakyat - PM
Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ia sekali gus membuktikan kerajaan mengiktiraf peranan yang dimainkan oleh golongan muda.

#AgongKita: Temu bual penuh bersama YDP Agong Al-Sultan Abdullah
Editor Eksekutif Astro AWANI Ashwad Ismail dan Editor Kanan Astro AWANI Cynthia Ng mencari sisi lain Raja kelahiran Pahang itu.

#AgongKita: Bersatu hatilah sekalian rakyat Malaysia, titah YDP Agong
YDP Agong mengharapkan agar rakyat Malaysia dapat menghayati serta menginsafi peristiwa di sebalik dua tarikh bersejarah.

Hari Kebangsaan 2018: Medan penyatuan rakyat zahir 'Sayangi Malaysiaku'
Hari Kebangsaan 2018 tiba di kemuncaknya dengan acara perbarisan dan perarakan di Putrajaya hari ini.

Rakyat pamer semangat Malaysia baharu sambut merdeka
Semangat Malaysia baharu terus dizahirkan rakyat apabila beberapa lokasi tumpuan sambutan ambang Hari Kebangsaan dipenuhi orang ramai meskipun tiada penganjuran konsert dan pertunjukan bunga api.