AL-QURAN menjadi kitab pencetus bahasa terawal di dunia sebagai mukjizat junjungan besar Muhammad SAW seperti mana firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 4, "Kami tidak mengutuskan mana-mana rasul melainkan dengan bahasa ibunda kaumnya...."
Dan dalam titah Raja Nazrin Shah semasa pelancaran buku The Malays karya Anthony Milner di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2009, baginda menegaskan bahawa bangsa Melayu terikat dengan adat, bersimpul bahasa dan berteraskan agama.
Jelas menunjukkan bahawa bahasa tunjang jati diri bangsa. Betapa molek ciptaan Tuhan apabila memberi kedudukan istimewa pada setiap bahasa yang mewakili bangsa masing-masing.
Dalam konteks bangsa Malaysia, bahasa kebangsaan inilah yang menjadi akar pembinaan jati diri bangsa. Kekuatannya terletak pada bahasa yang diperkaya dalam khazanah persuratan bangsa Melayu termasuk dalam pantun, seloka, gurindam, syair, nazam, endui dan sebagainya.
Pembinaan jati diri bangsa Malaysia sangat wajar dipupuk melalui bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dalam wadah pendidikan negara. Di sinilah penyatuan dan perpaduan bangsa dapat dipupuk dan diharmonikan.
Pada tahun 2003, kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di sekolah menengah dan kebangsaan di seluruh Malaysia.
Pelaksanaan ini mengambil kira masa depan sumber tenaga manusia untuk Malaysia mencapai status negara maju dan persaingannya pada peringkat antarabangsa.
Juga ditekankan bahawa ia merupakan proses pemindahan ilmu dengan harapan dasar ini mampu meningkatkan penguasaan matematik dan sains dalam kalangan pelajar sekali gus menguasai bahasa Inggeris.
Begitulah rasional yang disebarkan dalam portal Kementerian Pendidikan Malaysia, sehinggalah hal ini bagai tsunami yang melanda dalam sektor pendidikan apabila wujud dua blok pemisah yang menjadi watak penyokong dan pembangkang dalam pelaksanaan PPSMI.
Pihak yang membantah pastilah mereka bersetuju untuk tidak bersetuju kerana gagasan ini bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai teras bahasa pendidikan.
Diperkuatkan lagi dengan percanggahan dalam Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia.
Bagi para pencinta bahasa Inggeris pula, mereka meletakkan sokongan pada hujah bahawa bahasa Melayu tidak mampu bersaing sebagai bahasa ilmu dalam bidang sains dan teknologi.
Banyak istilah sains dan teknologi yang tidak wujud dan tidak sempurna dalam bahasa Melayu.
Jika kita singkap sejarah ketamadunan manusia dalam ruang penguasaan dan kecemerlangan bahasa ini, kita tidak boleh menafikan tentang sejarah awal Jerman yang kini muncul sebagai negara maju, bermula dengan kekacauan dan kebingungan mereka sendiri dalam menentukan teras bahasa mereka dalam sistem pendidikan.
Pada zaman keagungan Andalusia di Eropah, Jerman telah menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi dan perantara dalam sistem pendidikan, namun pelajar mengalami masalah dalam memahami subjek Sains dan Matematik.
Jerman mengambil keputusan meninggalkan bahasa Arab dan beralih ke bahasa Latin. Namun masalah yang sama juga dialami oleh para pelajar apabila mereka gagal menguasai Sains dan Matematik dalam bahasa Latin.
Akhirnya saat menjelang Perang Dunia Pertama, Jerman memutuskan untuk menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Jerman dalam sistem pendidikan sehinggalah Jerman muncul sebagai kuasa ekonomi dunia dan menjadi negara termaju di Eropah.
Jelas, jati diri bangsa Jerman telah menguatkan bangsa mereka untuk mencipta teknologi sendiri dengan penguasaan bahasa Jerman dalam kalangan warganya.
Pencinta bahasa Inggeris di negara ini barangkali tidak menyedari akan hal ini dan tidak langsung berasa kagum terhadap bahasa Melayu yang sebenarnya mampu menjadi bahasa ilmu.
Sejarah sekali lagi membuktikan tentang kegemilangan bahasa Melayu yang menjadi bahasa perantaraan utama di alam Melayu semenjak kewujudan kerajaan Sriwijaya.
Para cendekiawan China berlumba-lumba datang ke Palembang untuk menimba ilmu yang pada ketika itu bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa yang digunakan di Nusantara.
Kedatangan Islam di alam Melayu menyemarakkan lagi penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam pelbagai disiplin ilmu sehingga bahasa Melayu berkembang dan menguasai Acheh, Riau, Melaka, Brunei dan Jawa.
Sehinggalah kedatangan penjajah yang cuba melenyapkan kegemilangan bahasa Melayu dengan membawa budaya dan tamadun Barat termasuklah bahasa mereka.
Tidaklah menjadi satu dosa untuk rakyat Malaysia mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa lain termasuk bahasa Inggeris sebagai ilmu tambah pada diri masing-masing, tetapi janganlah sampai meminggirkan bahasa kebangsaan sehingga menganggap bahasa Melayu tidak mampu mencipta prestijnya yang tersendiri dalam membentuk minda kelas pertama rakyatnya.
Jika bukan rakyat Malaysia sendiri yang memartabatkan bahasa kebangsaan, mahu siapa lagi?
Bahasa Inggeris juga melalui fasa gelap sebelum bahasa tersebut muncul sebagai bahasa utama dunia. Sebelum kurun ke-17, para ilmuwan Inggeris sangat malu bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.
Mereka menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa bahasan yang tak sudah-sudah menjadi bahasa permainan dalam teks klasik.
Namun pemerintah mereka, Raja James giat mencanangkan tentang bahasa ibunda mereka dan menyeru rakyatnya menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan harian dan mengangkat bahasa tersebut dalam sistem pendidikan di England.
Pada zaman pemerintahan James, kitab Bible diterjemahkan ke bahasa Inggeris sebagai satu usaha menjadikan bahasa Inggeris berada dalam kedudukan paling selamat.
Betapa kukuhnya jati diri James yang sangat yakin dengan bahasa ibundanya. Kesannya, bahasa Inggeris kini diterima pakai sebagai bahasa ilmu dan komunikasi antarabangsa.
Terbukti dengan jati diri yang tinggi, kita mampu mengangkat bahasa Melayu terbang lebih tinggi, sejajar dengan pertambahan populasi penutur utamanya di alam Melayu.
Jika kita bertekad untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju, maka seharusnya bahasa Melayu, diberikan nilai ekonomi dan nilai komersil seiring dengan kemajuan negara.
Bahasa Melayu hendaklah digunakan dengan meluas dalam semua bidang, baik dalam sektor awam mahupun sektor swasta selaras dengan amalan di negara-negara maju yang menggunakan bahasa kebangsaan masing-masing.
Azura Halid ialah seorang pencinta bahasa yang kini berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan.
Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Azura Halid
Fri Sep 20 2019
Jika kita bertekad untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju, maka seharusnya bahasa Melayu, diberikan nilai ekonomi dan nilai komersil seiring dengan kemajuan negara. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.
PM Anwar tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris, fobia bahasa kebangsaan
Perdana Menteri menegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Jangan nafikan kepentingan mempelajari bahasa dan budaya lain - Penganalisis
Masyarakat tidak boleh sama sekali menafikan kepentingan dalam mempelajari sesuatu bahasa dan budaya yang lain.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Individu ingin mohon kewarganegaraan Malaysia perlu dinilai kefasihan Bahasa Melayu
Senator Datuk A. Kesavadas berkata penilaian itu perlu dilakukan tidak kira siapapun individu yang terlibat.
Perpaduan kaum belum sempurna, masih ada gagal kuasai bahasa kebangsaan - Agong
Masih ada generasi hari ini yang gagal menguasai bahasa kebangsaan dan memahami budaya hidup kaum lain, titah Sultan Ibrahim.
Kekangan bahasa masih jadi isu harian di agensi kerajaan
Pemerhatian di beberapa agensi kerajaan mendapati masalah penguasaan bahasa Melayu adalah isu sah yang bukan digembar-gemburkan.
PM seru masyarakat beri tumpuan tingkat mutu pendidikan
Katanya, dengan berpandukan nilai serta akhlak, negara dapat melahirkan insan yang berilmu dan akademis kerana mengamalkan prinsip agama.
Hilangnya bahasa kita di ibu kota: Kolotkah kalau tidak bercitra tempatan?
Penggunaan bahasa Inggeris di tempat awam bukanlah lambang kita berada di zon antarabangsa atau puncak globalisasi.
Protes bahasa Hindi sebagai bahasa rasmi, lelaki maut bakar diri
Sejak sekian lama, isu bahasa di India boleh menjadi suatu yang sensitif dalam situasi tertentu.