Seorang lelaki dilaporkan sedang bertarung nyawa di Zon Merah Hospital Sarikei kerana mengalami kelecuran teruk di bahagian muka selepas dipercayai terlibat dalam cubaan mencuri komponen di pencawang eletrik di Jalan Merudu dekat sini, malam Selasa.
Difahamkan, lelaki berusia 32 tahun tersebut dan merupakan warga tempatan itu telah dihantar oleh seorang rakan subahatnya ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Sarikei.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Deputi Superintendan, Awang Arfian Awang Bujang ketika dihubungi berkata, pihaknya telah bertindak menahan lelaki berusia 19 tahun itu ketika sedang menemani rakannya itu yang dirawat di Zon Merah itu sekitar jam 1 pagi Rabu.
"Kejadian itu disedari selepas seorang juruteknik syarikat utiliti membuat laporan polis berhubung kebakaran di pencawang eletrik di Jalan Merudu pada jam 12.21 tengah malam tadi," katanya.
Juruteknik itu bergegas ke pencawang berkenaan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam mengenai masalah bekalan eletrik yang terputus di kawasan bandar, sekitar 9.30 malam.
"Berikutan itu, seorang juruteknik dari syarikat utiliti berkenaan telah pergi ke pencawang janakuasa itu untuk membuat pemeriksaan dan mendapati kepingan logam dan dawai tembaga rosak dipercayai akibat letupan," katanya.
Pada masa yang sama, pihak polis juga menerima panggilan daripada pihak Hospital Sarikei menyatakan ada seorang lelaki mengalami kecederaan parah di muka sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan dan Trauma di Hospital Sarikei.
"Bertindak daripada maklumat, pihaknya telah pergi ke hospital untuk menjalankan siasatan dan mendapati punca kecederaan lelaki itu disebabkan letupan di pencawang eletrik berkenaan," ujarnya.
Katanya, polis kemudian bertindak menahan rakan jenayah lelaki tersebut yang mengalami kelecuran tahap tiga untuk membantu siasatan kes tersebut.
Polis kini masih menjalankan siasatan berhubung kebakaran di pencawang letrik tersebut
Angelina Sinyang
Wed Dec 11 2019

Pencawang elektrik di Jalan Merudu ini cuba diceroboh oleh lelaki berkenaan yang kini menanggunbg kecederaan lecur. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Melecur teruk di muka selepas cuba curi komponen di pencawang elektrik
Suspek yang merupakan warga tempatan itu telah dihantar oleh seorang rakan subahatnya ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Sarikei.