KUALA LUMPUR: Kecenderungan rakyat negara ini yang lebih memilih melancong ke luar negara sedikit sebanyak boleh menjejaskan aktiviti pemain industri pelancongan tempatan terutamanya yang beroperasi berhampiran sempadan negara seperti Langkawi.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak Zamari Muhyi berkata bercuti ke luar negara akan menyebabkan lebih banyak aliran keluar mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang dilihat boleh memberi impak kepada industri pelancongan di dalam negara.
"Orang kita mungkin sudah dua tahun melancong dalam Malaysia, jadi mungkin itu sebabnya mereka memilih untuk keluar (negara) sekejap. Mungkin mereka merasakan keluar dua atau tiga hari sahaja, tetapi hal ini sebenarnya memberikan kesan kepada industri kita," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata apabila trend bercuti ke luar negara khususnya Thailand semakin meningkat tidak dinafikan industri pelancongan domestik akan menurun, bagaimanapun tiada siapa boleh menghalang rakyat negara ini daripada melancong ke mana-mana destinasi pilihan termasuk luar negara.
"Namun, pemain industri pelancongan tempatan boleh menarik nafas lega kerana menerima pelancong dari luar negara seperti Singapura yang masih memilih untuk bercuti di negara ini sekali gus mengisi kekosongan yang ditinggalkan pelancong tempatan," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) Dr Sri Ganesh Michiel mencadangkan agar kerajaan menambah jumlah insentif kepada pembayar cukai yang melancong di dalam negara bagi merancakkan kembali sektor pelancongan domestik.
"Kita cadangkan kerajaan untuk Bajet 2023 supaya beri insentif ataupun rebat cukai untuk pelancong domestik. Kalau melancong di dalam negara, dapat potongan cukai yang lebih tinggi iaitu daripada RM1,000 kepada RM3,000," katanya.
Beliau percaya inisiatif itu akan dapat kembali merancakkan sektor pelancongan domestik yang secara tidak langsung akan menarik kedatangan pelancong dari luar untuk datang ke negara ini.
"Di Malaysia sendiri ada banyak tempat pelancongan bertaraf dunia untuk dilawati, tapi kita masih tak nampak pelancong asing masuk ke negara kita. Bila rakyat kita melancong di dalam negara, orang asing akan nampak aktiviti pelancongan kita dah mula," katanya.
Bagi 'kaki travel' Muhammad Haikal Zulkifli, 22, keinginan untuk melihat dan merasai sendiri budaya negara lain adalah faktor utama kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk melancong ke luar negara.
Selain itu, Muhammad Haikal yang bekerja sebagai perunding hartanah tidak menafikan bahawa kos yang lebih murah untuk perkhidmatan yang lebih baik mungkin turut menyumbang kepada keadaan itu.
Media baru-baru ini melaporkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk me-lancong ke Hatyai, Thailand pada hujung minggu dan cuti sekolah atas faktor kos beli-belah dan makanan ditawarkan pada harga yang murah berbanding destinasi pelancongan popular di dalam negara.
Malah, negara Gajah Putih itu juga dikatakan menawarkan penginapan pada harga murah meskipun terletak di tengah-tengah pusat bandar selain kemudahan pe-ngangkutan yang mudah dan murah serta jaringan jalan raya yang selesa menjadi faktor ramai rakyat Malaysia berpusu-pusu ke sana.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 22 2022
Kecenderungan rakyat negara ini yang lebih memilih melancong ke luar negara sedikit sebanyak boleh menjejaskan aktiviti pemain industri pelancongan tempatan. -Gambar fail/Bernama
KRI: Bagaimana pandemik COVID-19 mengubah perbelanjaan dompet rakyat Malaysia?
Analisis ini meneroka perubahan ketara dalam pola perbelanjaan isi rumah selepas pandemik. Walaupun pertumbuhan pendapatan adalah perlahan, isi rumah telah menyaksikan peningkatan yang ketara dalam perbelanjaan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Bersama Felo Kehormat, Institut Masa Depan MalaysiaDatuk Dr Madeline Berma membincangkan lebih mendalam tentang landskap kewangan yang semakin berubah dan ketidaksamaan yang wujud di antara pelbagai kumpulan pendapatan.
Banjir Kedah: Tujuh PPS diaktifkan di Baling, tempatkan 199 mangsa
Seramai 199 mangsa daripada 66 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Baling sejak malam tadi.
Asas ekonomi kukuh, petunjuk pertumbuhan mampan
Pakar Ekonomi, MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim mengupas berkenaan situasi ekonomi negara ketika ini, termasuk pengukuhan ringgit serta faktor yang bakal mempengaruhi pertumbuhan pada masa akan datang.
Data & Statistik KRI: Perubahan perbelanjaan isi rumah di Malaysia (2019 - 2022)
Pola perbelanjaan isi rumah berubah ketara selepas pandemik, berdasarkan kajian Khazanah Research Institute. Dapatan ini memberikan gambaran mengenai ketidaksamaan kewangan antara kumpulan pendapatan.
AWANI Ringkas: Fatwa GISBH di Selangor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ringgit dbuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, unit tempatan berada pada 4.2160/2240 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2185/2250 pada Khamis.
Konflik Asia Barat: Harga minyak lonjak lebih 5 peratus dalam tempoh sehari
Niaga hadapan minyak mentah Brent menokok 5.03 peratus pada AS$77.62 setong.
[TERKINI] Harga minyak melonjak lebih 5 peratus akibat konflik di Asia Barat
Harga minyak mentah global melonjak selepas konflik di Asia Barat semakin meruncing. Pada Khamis, minyak mentah Brent naik 5.03%, menokok kepada $77.62 setong, manakala U.S. West Texas Intermediate (WTI) turut meningkat 5.15% kepada $73.71 setong. Kenaikan ini membawa jumlah peningkatan harga minyak minggu ini melebihi 8%, yang tertinggi sejak Januari lalu.
[TERKINI] Perkembangan terkini evakuasi rakyat Malaysia dari Lubnan
Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa seramai empat (4) orang rakyat Malaysia telah
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini,
4 Oktober 2024. Seorang lagi rakyat Malaysia dijadualkan tiba pada petang hari yang sama.
NR-REE: Perak lancar 2 inisiatif, pacu revolusi mineral negara
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, inisiatif itu adalah langkah kerajaan negeri dalam merealisasikan agenda perlombongan bertanggungjawab ekoran penemuan lantanida, sejenis Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) di Mukim Kenering, Hulu Perak.
Melancong ke luar negara boleh jejas aktiviti pelancongan domestik
Bercuti ke luar negara akan menyebabkan lebih banyak aliran keluar mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang dilihat boleh memberi impak kepada industri pelancongan di dalam negara.