MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan menubuhkan Melaka Talent Corp (MTC) sebagai usaha mengumpul pakar dalam pelbagai bidang dalam kalangan anak tempatan bagi mendapatkan khidmat bakti mereka.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata mereka yang dikumpulkan berperanan sebagai badan pemikir atau Think Tank (TT) mengikut bidang masing-masing ke arah pembangunan serta kemajuan negeri yang lebih cemerlang pada masa depan.
"Usaha menubuhkan MTC selaras dengan agenda Madani yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu untuk memenuhi potensi rakyat dan saya lihat banyak anak Melaka mempunyai bakat yang hebat berada di luar negeri.
"Sekiranya mereka kembali ke Melaka untuk menabur bakti menerusi kepakaran dalam pelbagai bidang, saya jangkakan negeri ini berupaya menandingi negeri lain yang jauh lebih maju dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka yang bertemakan 'Menerap Aspirasi Madani, Mencorak Budaya Proaktif'.
Sulaiman berkata mereka yang dipilih menabur bakti dalam MTC akan turut mengganggotai ahli jawatankuasa Majlis Tindakan Negeri Melaka.
"Sebelum ini, saya telah berjumpa dan kenal pasti lebih daripada 10 anak Melaka yang pakar dalam bidang masing-masing seperti agama, ekonomi serta pelancongan dan mereka ini akan dijemput untuk bersama-sama memajukan Melaka," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kakitangan kerajaan negeri Melaka harus memahami agenda Malaysia Madani yang digagaskan perdana menteri.
Katanya, pemahaman berkenaan penting agar perancangan dan aspirasi dapat digerakkan seiring usaha memacu pertumbuhan ekonomi, memperkasa institusi, memperkukuh sosio ekonomi, budaya dan masyarakat serta memastikan kemampanan pembangunan bandar mahupun luar bandar.
"Melalui konsep Malaysia Madani yang disesuaikan dalam konteks Melaka, saya yakin semua wakil rakyat dan penjawat awam dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih berkesan kerana rakyat sentiasa menilai apa yang kita lakukan dan kerangka dasar baharu bukan sahaja akan membawa perubahan besar kepada negara tetapi ia turut dirasai oleh rakyat.
"Sekiranya kita dapat menyalurkan maklumat serta mengikut kerangka agenda pembangunan nasional, rakyat akan yakin dasar baharu itu dapat memacu kemajuan terutama dalam pembangunan ekonomi negeri serta meningkatkan lagi tahap kecekapan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023

Sulaiman berkata mereka yang dikumpulkan berperanan sebagai badan pemikir atau Think Tank (TT) mengikut bidang masing-masing. - Fail/BERNAMA

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

ASEAN perku kekal aman, berkecuali untuk tarik lebih banyak pelabur - Johari
Perkara itu penting kerana tidak ada pihak yang mahu melabur di kawasan bergolak dan susah untuk melakukan perniagaan.

Tun Ameerul Luqman juarai Jelajah PBA dengan perbelanjaan sendiri
Pengorbanan jaguh tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi bersaing wajar diberi pujian penuh.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur
Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur

Santan, dua jenis bawang India dalam Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri 2025
Sebanyak 26 jenis barangan telah dimasukkan ke dalam senarai skim tersebut, termasuk bawang kecil India, barang kecil ros India, dan santan.

Hujan berterusan di empat negeri - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat ini.

Pesara mengaku tidak bersalah cederakan lelaki bukan Islam tidak berpuasa
Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan seorang pemuda bukan Islam yang tidak berpuasa Ahad lalu.

Melaka tubuh MTC, himpun anak tempatan
Kerajaan negeri Melaka akan menubuhkan Melaka Talent Corp (MTC) sebagai usaha mengumpul pakar dalam pelbagai bidang dalam kalangan anak tempatan bagi mendapatkan khidmat bakti mereka.