DUBAI: Kerajaan negeri merancang untuk membina sebuah terowong dasar laut bagi rangkaian sistem rel yang menghubungkan Melaka dan Dumai di Indonesia.
Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata mengikut perancangan, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka.
"Ini adalah perancangan jangka panjang. Jarak paling hampir antara Melaka dan Dumai ialah 47 kilometer," katanya pada sidang media selepas Pelancaran Melaka Week di Expo 2020 Dubai di Pavilion Malaysia hari ini.
Mengulas perkara sama, EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata setakat ini, sebuah firma menyatakan minat untuk membina terowong itu.
Beliau berkata bagaimanapun, projek itu memerlukan persetujuan dan kelulusan kerajaan Indonesia sebelum pembinaannya dijalankan.
"Firma dari Malaysia hanya mampu menampung 50 peratus daripada kos keseluruhan projek.
"Jika semuanya berjalan lancar, pembinaan terowong itu akan mengambil masa empat ke lima tahun," katanya.
Projek itu dijangka mampu menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang lebih tinggi bagi Melaka.
Ketika ini, ekonomi Melaka banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan namun sektor pembuatan juga semakin menunjukkan peningkatan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 14 2022
Sulaiman berkata mengikut perancangan, terowong itu akan dibina merentasi Selat Melaka. - Gambar/ Bernama
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Usul tubuh Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka diluluskan
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini meluluskan usul bagi menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Masyarakat Negeri Melaka.
Melaka mohon semula untuk bangunkan kawasan tambakan laut Tapak Warisan Dunia UNESCO
Kerajaan Melaka akan membuat permohonan semula kepada Jabatan Warisan Negara bagi membangunkan kawasan tambak laut yang digazetkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Kos tajaan Fan Bingbing sebagai duta pelancongan hampir RM500,000
Kos tajaan bagi melantik bintang antarabangsa Fan Bingbing sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) mencecah RM498,347.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
KPKM salur RM34.09 juta kepada Melaka sokong agenda pembangunan industri agromakanan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyalurkan RM34.09 juta kepada Melaka tahun ini bagi menyokong agenda pembangunan industri agromakanan.
Tahap kesedaran aspek keselamatan sektor pelancongan masih rendah - NIOSH
Masih ramai yang lihat isu keselamatan dalam industri pelancongan sebagai sesuatu yang kecil berbanding sektor pembinaan dan pengilangan.
Karnival D'Bendang Sungai Rambai sasar kehadiran 20,000 pengunjung
Karnival yang memasuki tahun kedua penganjuran dan diadakan sempena TMM 2024 itu menampilkan 40 acara termasuk sukan tradisional.
Tiada tanah bertukar milik, terjual kepada mana-mana pihak di Melaka - Felda
Felda memaklumkan tiada sebarang tanah milik agensi itu yang bertukar hak milik atau terjual dalam urus niaga sindiket penjualan tanah.
Lelaki OKU nafi cabul remaja OKU di tandas surau
Seorang lelaki OKU fizikal didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin, atas pertuduhan mencabul remaja perempuan OKU di sebuah tandas surau.
Lima individu termasuk peguam direman bantu siasatan kes rasuah firma guaman
Lima termasuk dua peguam direman bagi membantu siasatan kes penawaran dan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman di Melaka.